"Sebagai seorang mukmin,kita ditegah daripada bersikap lemah.Emmm..tidak kiralah sama ada lemah fizikal,lemah minda..lebih-lebih lagi lemah jiwa dan lemah iman.Mukmin terbahagi kepada dua iaitu al-mu'min ad-dhoif(mukmin yang lemah) dan al-mu'min al-qawiy (mukmin yang kuat).Kedua-dua golongan ini menurut Nabi s.a.w baik belaka...bahkan Islam meraikan keduanya...akan tetapi Nabi s.a.w menegaskan bahawa mukmin terbaik yang disukai Allah ialah mukmin yang kuat."
"Seseorang berasa dirinya lemah serba serbi akan berhadapan dengan sindrom tidak percaya dan kurang yakin pada diri sendiri.Justeru itu..apabila ia terjadi,maka hidup tidak jadi produktif bahkan semua perkara dilihat negatif.Bagaimana untuk mendepani gelanggang jihad dan dakwah yang sangat mencabar lagi menuntut kekuatan dan kemantapan?"
(LEMBUTKANLAH HATIMU-USTAZ AMALUDDIN MOHD NAPIAH:www.ustazamal.com)










