Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Wednesday, September 7, 2011

Ceritakan Kepada Saya...

Assalamualaikum :) Emmm.. Lama tak sembang tentang hal kewanitaan. Nak bawa sikit tentang ilmu "tentang gadis". Semasa balik bercuti, ditambah lagi situasi Ramadhan yang lalu, ramai adik2x comel bertanya tentang itu dan ini.. Maklumlah, sudah berada di darjah 5,6, tingkatan 1... Banyak perubahan dan pastinya permulaan bagi mereka untuk belajar menjadi si gadis yang berilmu dan bijak menghadapi situasi walaupun sudah akil baligh. Haid atau mestruasi atau period merupakan salah satu "task" yang hadir pada diri setiap wanita. Jadi normalla ya adik2x!! :-) Untuk kawan2x perempuan, disini saya ingin berkongsi beberapa istilah yang mungkin kita tak biasa dengar.

DISMENOREA
Kesakitan yang dialami ketika awal haid. Bahasa paling mudah ialah senggugut. Ada yang mengalami senggugut yang teruk, tetapi ada yang bernasib baik dengan mengalami sakit yang sedikit.

METRORAGIA
Kitaran tidak tetap. Ini bermakna haid mungkin datang setiap 3-6 minggu.

OLIGOMENOREA
Aliran haid yang sangat sedikit yang terjadi secara tidak tetap (haid mungkin datang 2x setahun).

POLIMENOREA
Haid yang datang dengan kerap (haid datang/berlaku setiap 2-3 minggu).

MENORAGIA
Terdapat pendarahan banyak semasa haid (yang ni kena jumpa doktor!!) 

OK! Sedikit perkongsian untuk kali ini. Nanti bolehla gunakan istilah diatas bila ada yang bertanya.. :-)






No comments:

Post a Comment