Assalamualaikum
w.b.t
buat sahabat maya semua.....Ucapan salam yang membawa motif keselamatan,kerahmatan
dan keberkatan yang selalu didoakan oleh kita sesama muslim.Dengan izin
Allah,moga kita semua mendapat keselamatan,kerahmatan dan keberkatan dari-Nya.
“Setiap manusia telah Allah sediakan
tempatnya yang tersendiri”.Antara ayat-ayat memujuk yang selalu saya
gunakan pada diri sendiri.Teringat kata-kata Ustaz Nik Abduh ketika beliau
hadir ke Kota Kinabalu dahulu,”Kehidupan
Allah telah rancang,jangan minta rehat dari Allah.Allah uji dengan arus yang
Allah mahu,bukan yang kita mahu”.
Sedar akan kehidupan hanya sekadar
fana,tidak kekal....Sedar juga akan hidup yang umpama roda.Sentiasa berputar
dan berputar.Pasti kita akan melalui fasa-fasa berada di atas, di tepi dan di
bawah.Oleh sebab itu,harapan pada-Nya kena sentiasa kita titipkan,jangan biar
putus dek rasa sedih,kecewa,bongkak,riak dan seumpamanya.
J
J
Pada hari ini,saya telah mengadakan lawatan maya ke media-media untuk menjenguk
berita yang baru dari dalam dan luar negara,blog-blog sahabat yang “diupdate”dengan
pengisian yang menarik,laman sosial ,dan beberapa lokasi wajib saya kunjungi
seperti iluvislam. Banyak isu sensasi yang pasti mampu memanaskan meja
perdebatan antara manusia.Masing-masing ada pendapat dan pegangan tersendiri,mungkin
hebat bertikam lidah,asal jangan sampai bertikam badan sudahlah!Yang benar perlu
ditegakkan agar kebatilan ditenggelamkan dengan jayanya.
Semasa zaman persekolahan,saya seorang pelajar yang sukar diramal dan sentiasa membantah dan berdebat jika tidak kena dengan gaya saya.Walaupun ia berguna ketika memimpin,namun adakalanya saya didiamkan oleh guru-guru.Hehe.....Saya bukan nakal,tetapi saya ingin tahu dan puas hati. Saya pernah mengatakan bahawa alangkah bagusnya jika sistem pendidikan dirombak seperti sistem di Jepun?Guru Matematik Tambahan yang mencuri dengar di dalam kelas spontan mencelah,"Kamu pergilah belajar di sana!".Saya kerap kali pergi ke meja guru apabila tiba pembelajaran subjek Sejarah untuk meminta penjelasan itu dan ini.Pada mulanya guru melayan,namun lama-kelamaan apabila mendapati soalan saya semakin pelik,beliau hanya berkata,"Nanti kamu akan tahu kebenarannya!".Saya mengerutkan dahi tanda tidak faham.Namun setelah dewasa dan berpeluang untuk belajar lebih tinggi,saya akhirnya berjaya mengetahui hal yang sebenar.Emm....agak kecewa setelah mendengar kebenarannya.Lagi kecewa bila tidak dapat meluahkan secara terbuka...."Jaga mulut tu...Nanti kerana mulut badan binasa". Saya hanya dapat berkongsinya bersama teman-teman rapat saya....Oh dunia! Kebebasan bersuara itu ada,namun bila "terlalu bebas"bersuara.....kitapun tahu apa jadinya.Yang benar,yang salah....masing-masing ada nilaian yang berbeza oleh masyarakat.Asal nampak zahirnya baik,namun realitinya masih belum tersingkap secara adil....yang zahir itulah yang disokong kebanyakan manusia.......
Saya bawakan contoh para pendekar Melaka yang gah dalam dunia Sejarah: Hang Tuah dan Hang Jebat.Saya masih ingat ketika kali pertama mendengar kisah "pertarungan Tuah dan Jebat",rata-rata kami menyokong Hang Tuah dan Hang Jebat adalah pengkhianat kerana sanggup menderhaka dan merampas kuasa Sultan.Fokusnya disini adalah Tuah dan Jebat.Tuah adalah pahlawan yang setia pada Sultan Melaka,manakala Jebat setia pada sahabat.Namun, bila kami ditanya kembali ketika di bangku menengah,lain pula jadinya.Ada yang menyokong Tuah..namun ramai yang menyokong Jebat.Tak kurang juga yang mengatakan Sultan mengambil keputusan melulu menurunkan hukuman terhadap Tuah hingga menyebabkan Jebat bertindak sedemikian.Apapun,yang hanya pasti adalah rahsia sejarah yang kita sendiri tidak pasti yang benarnya.Hanya mereka yang berada di zaman itu,yang terlibat secara langsung yang mampu merungkainya.
Apabila kita dihadapkan dengan bermacam-macam isu melalui media-media berita...janganlah menerimanya bulat-bulat tanpa ada pertimbangan yang wajar.Tidak adil bagi kita memuktamadkan sokongan dan bantahan kita secara membabi buta.Guna akal untuk berfikir.Kita manusia yang Allah kurniakan akal bukan? :-)
Wassalam
~Nurhidayah Solehah Ahmad~
No comments:
Post a Comment