Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Friday, June 17, 2011

Kesihatan : Kempen Kempiskan Perut!

Assalamualaikum...
(^_^)v hehe.. Bila buat simbol ni, teringat lagu nasyid "Kasih sejarak dua jari" nyanyian Mu'az.

Teringat pada sahabat baik yang sudah berada di semenanjung. Kawan-kawan yang mesti tengah berbahagia dengan keluarga..

Emph.. InsyaAllah, panjang umur, jumpalah ana minggu depan dengan keluarga tersayang. Anak gadis mana yang tak rindukan ibu bapa dan keluarganya. Bak kata kawan ana, belajarla sejauh manapun, hati ni tetap duk ingat mak ayah... Memang betul...

*************************************************************************************
Sebelum balik, sempat sahabat ana berpesan. "Hidayah, jangan lupa update blog selalu... Bolehla selalu jumpa di blog!" :-) Jadi, untuk pertemuan maya pada kali ini, ana tertarik untuk mengupas sedikit ilmu berkaitan kesihatan. Sambil-sambil baca majalah wanita (dara.com) ni... Cuit-cuit sikit maklumat dan petua... Jom baca...!

Emmmm... Kata buku ni...hehe... Perut yang buncit menandakan otot perut (abdomen) lemah. Ini menyebabkan lemak cepat berkumpul. Sistem penghadaman yang tidak betul, sukar membuang air besar, tidak bersenam dan banyak mengambil makanan berlemak menjadi punca kepada perut buncit. (dalam hati... Oooooooo, macam tue...hehe.. Ok, kita baca lagi.).

Tip Atasi Perut Buncit

1. Bersarapan dengan yogurt - dipercayai pengambilan yogurt yang rendah lemak dapat membantu menghilangkan lemak pada perut.

2. Jangan gelojoh (betul juga... Makan pelan-pelan, kunyah betul-betul) - Menelan makanan terlalu cepat menyebabkan udara tertahan dan tersekat di dalam usus dan membentuk gas yang sebabkan perut terasa penuh.

3. Kurangkan garam (saper yang hantu garam ni, kena belajar kurangkanla ya) - Garam yg banyak akan sebabkan pertambahan sodium dalam badan yg mana melambatkan mekanisme dan memaksa air keluar dari sel badan, sebabkan perut terasa penuh dan mula mengembung ke hadapan.

4. Minum air - pengambilan air dapat mencairkan kepekatan sodium dalam tubuh, menjamin fungsi hempedu supaya aktif mengeluarkan bendasing dalam badan.

5. Pengambilan serat yang tepat - pengambilan buah-buahan (seperti pear dan epal :-) ) yang mengandungi banyak air dapat imbangi penyimpanan air yg sebabkan perut kembung.

************************************************************************************
Petua Kempiskan Perut

1. Ambil air limau nipis + kapur sirih. Sapu pada perut setiap malam.

2. Asam jawa dan garam dibancuh bersama segelas air panas. Embunkan semalaman. Keesokan pagi, minum sebelum basuh muka atau membuang air kecil.

3. Elak makan nasi sambil minum air. Sebaik-baiknya setengah jam selepas makan (kalau tersedak dikecualikan.... :-))

4. Bersenam.

*************************************************************************************
Jom kita jalankan kempen kurangkan lemak di perut. Bukan hanya untuk penampilan, tetapi yang paling penting adalah untuk kesihatan.. InsyaAllah. Wassalam.

-Nursolehah Ahmad-

No comments:

Post a Comment