Kawal marah
"Janganlah kamu marah,nescaya bagimu syurga".
(Hadith Riwayat Thabrani)
Assalamua'laikum semua.Moga dalam pemeliharaan Allah dimanapun saya dan kalian berada.
Dan walau apapun bentuk ujian yang kita hadapi,mengadu dan bersandarkanlah pada Allah.Tuhan sekalian makhluk.
Pemikiran,hati dan pergerakan kita..Allah sudah atur dan tetapkan penghujungnya.
Semoga adanya hikmah di setiap pengorbanan yang kita lakukan.Semoga ada keberanian yang Allah titipkan di saat kita sendiri rasa dah terlalu gerun dengan hakikat kegelapan.
Sinar...semoga tetap ada di pengakhiran.
Bercakap tentang 'marah'. Siapa sahaja yang tidak pernah marah?
Semua orang pernah bukan? Ya...semua orang pernah merasainya.
Jadi kali ini saya ingin berkongsi salah satu cara yang saya buat untuk melepaskan kemarahan saya dan ia agak berkesan untuk saya.
Sebelumnya,mari kita ingat kembali apa yang biasa kita dengar untuk mengawal kemarahan seseorang individu.
Jika terasa hendak marah:-
1) Tarik nafas dalam-dalam dan hembus.
2) Apabila marah dalam keadaan berdiri,maka duduklah.
3) Jauhkan diri seketika daripada orang yang kita marah.Beri ruang kepada diri.
4) Ambil wudhu'
5) Solat sunat.
6) Menangis jika ia dapat melepaskan amarah.
7) Jika individu yang kita marah itu sejenis manusia yang boleh terima silap dirinya..boleh saja terus jujur. Huhu.
Selain daripada itu,apa yang saya buat ialah mencatat.
Saya ada 1 whatsapp / nota catatan di telefon pintar saya.
Setiap kali saya sedang marah,saya akan taip semahu saya.
Kadang kala boleh cecah status karangan standard peperiksaan lah!🤣 Itulah...geram dan marah punya fasal.
Dan bila saya dah 'cool',saya akan baca semula catatan saya itu..kebanyakannya saya amat bersyukur kerana tidak sempat marah, tidak sempat meluahkannya di media sosial dan biasanya saya akan berfikir bahawa isu yang membuatkan saya marah itu sebenarnya boleh sahaja dibincangkan dengan cara yang baik.
Andai tak dapat selesaikannya...mungkin langkah yang baik ialah menjauhi spesies manusia yang 'tidak masuk' dengan kita itu.
Dan nikmatilah hidup dengan ketenangan.Kita berhak untuk tenang!
No comments:
Post a Comment