Sambutlah warkah dariku untukmu hati...
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahaya tunjukku ke jalan syurga
ku haus di tengah haru
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan
ku sunyi dalam gembira
perit pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci
terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak cinta yang kudamba
tiada yg sempurna hanyalah fana
Tuhan ku ini hambamu
ku rebah didada malam
memecah dendam yang lama diam
kutanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahiku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud
-Tahajjud Cinta -
lirik ini kuhayati ..betapa inginnya insan pada syurga-Nya...namun diri ini.................
Benar...tahajjud cinta pada-Nya perlu sentiasa berlaku............
Sahutan tirai hati yang terlalu kekosongan dengan tarbiyyah...Benar, tarbiyyah harus berlanjutan...jangan biar ia tertinggal di kala diri terus berlalu...masa demi masa....tempoh yang ada masih belum cukup untuk membuat jiwa ini mencari dan terus mencari.....
Bila rindu memanggil....
Bila rindu memanggil...benarkan ia. Masa lampau , sejarah lalu, pengalaman lepas........terbang melintasi ruang minda....benar..masa lalu biarkan berlalu...Bila melihat dan ingat kembali rentetan tarbiyyah yang telah dikurniakan Allah kepada diri..terasa sayu...Insan biasa yang diberi peluang dan nikmat.............
Dunia yang fana ini telah kembali ke zaman lampau, zaman dimana hura haranya masyarakat....pembuangan dan pembunuhan anak-anak, lesbian dan homoseks berleluasa, pertukaran jantina, pembunuhan, peperangan, sekatan ekonomi, keruntuhan moral dan nilai-nilai murni anak-anak muda, berleluasanya hiburan tanpa batasan,....haram di depan mata.....maksiat berleluasa....golongan ulama' dikutuk dihina..yang benar dipandang salah sedangkan yang salah dilihat mulia................hakikat kehidupan kini....................
beranikah kita untuk mengakuinya? sedih bersulam risau......adakah bala datang menjelma....
melihat manusia banyak melupakan Tuhan, hilang panduan dan pedoman...agama ditinggalkan....manusia oh manusia....................
benarkan ia..
benarkan ia, hati ini dan hati semuanya untuk terus sedar dan bermuhasabah...
benarkan mata mengalirkan air mata kerana sedikitnya kesal dan insaf dalam diri....
benarkan hati ini dilembutkan dengan zikir dan bacaan kalimah-Nya....
benarkan ia terus dalam cahaya.......
bila hati ingin berkata 'ya'kepada kebaikan.........jangan ditangguh ia.benarkan ia ke sana...
nafsu dan bisikan syaitan berperang dengan diri.............
sekuat mana untuk bertahan....,
segigih mana mampu dilawan..........
tepuk dada tanya iman....
moga destinasi terakhir adalah destinasi menuju ke arah jiwa bersih dan cinta pada-Nya.
wassalam.
No comments:
Post a Comment