Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Thursday, December 2, 2010

Cinta Putih 5 : ya Rasullullah...


Bismillahirrahmanirrahim....

:) Sebiru hari ini....

"Selamat Meneruskan Perjuangan di tempat praktikal...Buat yang terbaik...lagi baik dari kakak!Maaf kalau tidak dapat jadi kakak yang sebaiknya... :)"

"Saya percaya apa yang kak buat ada sebab. Benda dah lumrah. Saya masih anggap kak ibarat kak saya sendiri..masih respect seperti hari pertama kenal kak. syukran atas nasihat juga. :)"

-Moga Allah permudahkan urusan adik2ku.amiin.

*********************************************************************************
2 Disember 2010,

"Piqah,....selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-17. Moga diberkati Allah hidup. Buat yang terbaik untuk SPM. Tinggal baki 2 paper lagi..chayok2x! Kena lawan result along ya.."

" Hahaha...doakan piqah, along. Pekse fizik ary ny"

- Emph..hancur penggunaan bahasa kami..biasala..ayat sms. Moga Allah mudahkan urusan adik2ku..amiin.

************************************************************************************

Emph, banyak part hari ni....tu la..macam fikiran ni tengah ligat mencari idea...Seligat bola bowling semalam.. Bersukan seketika..Walaupun tangan sakit sebab banyak kali ambil bola bowling yang berat..tapi best..Lepas ni cuba sukan lain pula. :)

Pergi menerjah mukabuku seketika, lawat blog2 sahabat....rata-ratanya banyak yang memperkatakan tentang luahan hati, perasaan,cabaran akedemik,perjuangan dan keluarga... ada tentang isu semasa juga ....emph.....banyak juga sebut tentang nikah...Hehe, biasalah semua dah besar panjang....dah layakpun untuk menikah. Apa2 pun sahabat2 seangkatan, moga dimudahkan urusan kehidupan. amiin..

*************************************************************************************

CINTA PUTIH 5.

Cinta Putih ana dah menjangkau bahagian ke-5. Suka guna tajuk 'Cinta Putih' ini. Ada kisah di sebaliknya. kali ini ana ingin membawakan suatu kisah daripada kisah kehidupan Rasullullah s.a.w. Teringat zaman kanak-kanak dulu....masuk nasyid...dan kebanyakan lagu2 yang dinasyidkan adalah berkaitan dengan Rasullullah s.a.w. Dalam mengajar kami bernasyid, ustazah tekankan juga kisah2 di sebalik lirik lagu ...dan betapa perlu kita berselawat ke atas Rasullullah s.a.w setiap hari. Jika sahabat2 ada kelapangan, jom explore folder nasyid dan dengarkan lagu2 memperingati Rasullullah s.aw.

Kekasihku ya Rasulullah s.a.w- Cahaya wajah Rasulullah, berdoa dan kisah kijang dan anaknya.

Cahaya Wajah Rasulullah s.a.w.

- Telah diriwayatkan drpd Siti Aishah telah berkata:"Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum dari tanganku, tiba2 kebetulan lampupun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata.

"Ya Rasulullah, alangkah bercahayanya wajahmu!"

Aishah bertanya lagi,"Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"

Rasulullah menjawab,:"Orang yang bakhil. iaitu orang yang ketika disebut namaku di hadapannya, dia tidak mengucap selawat ke atas ku."

Berdoa.

- Berkata al-Barra' r.a. bahawa nabi Muhammad s.a.w. bersabda,"Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."

Kijang dan anaknya.

-Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu disisi Rasulullah s.a.w. dengan membawa kijang yang ditangkapnya. Lalu Allah s.w.t menjadikan kijang itu bercakap kepada Rasulullah s.a.w.:

"Wahai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada beberapa ekor anak yang masih menyusu dan sekarang aku ditangkap sedangkan mereka kelaparan. Oleh itu diharap perintahkanlah orang ini untuk melepaskanku seketika dan aku akan kembali ke sini setelah menyusukan anak2ku".

Bersabda Rasulullah s.a.w: "Bagaimana jika engkau tidak kembali?"

Kijang itu berkata bahawa jika ia tidak datang, Allah akan melaknatnya seperti mana laknatnya Allah terhadap orang2 yg tidak mengucap selawat keatas Nabi s.a.w apabila disebut nama baginda.

lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan kijang itu dilepaskan dengan baginda sebagai penjaminnya dan tidak lama kemudian kijang itu datang kembali.


Maka turunlah malaikat Jibril a.s dan berkata kepada nabi Muhammad s.a.w. : Hai Muhammad, Allah s.w.t mengucapkan salam kepadamu dan Allah berfirman : Demi kemuliaan dan kehormatan-Ku, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak2nya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau (Rasulullah) sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau (Rasullullah).


(mohon dimaklumkan jika terdapat kesalahan dari segi cerita/sumber)
Pengajaran besar dari intipati kisah ini ialah "rajin2 dan ringan2 kanlah mulut berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w." :)

************************************************************************************
"Iman manusia biasa..mudah turun dan mudah naik..Moga Allah seiringkan hati dan jiwa kita semua pada jalan kebaikan dan kebenaran. moga Allah sematkan rasa benci dalam hati kita pada kemungkaran. Moga Allah jumpakan kita pada keinsafan dan jalan redha. Lembutkan lidah kita untuk berkata yang baik2 sahaja, berzikir padaNya , berselawat pada rasul-Nya.Mengizinkan kita hidup dan mati dalam agama-Nya. :) Aminn.."


Moga ada manfaatnya untuk semua.Wassalam-Nursolehah.
2 Disember 2010, Kampus UMS.

Sunday, November 28, 2010

Cinta Putih 4 : Dunia Sukarelawan


Bismillahirrahmanirrahim....


Alhamdulillah, cantik cuaca hari ini. .

Awan biru dan suasana damai tambah mendamaikan hati. Nikmatnya ketenangan..

.Emph, hari ni nak cakap tentang manusia unggul dan 'sukarelawan" :)


************************************************************************************


Mahu menjadi manusia unggul? Tiba2 teringat tulisan yang dibaca dalam satu majalah ilmu. Emph..susah tu..


Menyemat azam dan menyemai cita-cita untuk menjadi manusia unggul, barangkali boleh jadi penawar kepada kebosanan hidup (bagi yang rasa bosanla..:), tapi harapnya tidak ada..). Siapa yang tidak mahu jadi baik dan unggul, bukan sekadar baik dan unggul di mata manusia tetapi lebih penting...unggul pada pandangan Tuhan. Sebut manusia unggul...apa sebenarnya?....pada pembacaan ana, manusia unggul merujuk kepada manusia yang memenuhi ciri2 individu Islam yang berdasarkan kehendak al-Qur'an dan as-sunnah dalam seluruh aspek kehidupan. Tidak cukup dengan sekadar buat baik tetapi manusia unggul mestilah memiliki ciri2 keunggulan iaiutu iman yang utuh, amal ibadah yang meliputi ibadat khusus dan fardu kifayah dan akhlak mulia yang merupakan cermin keimanan dan amal solih.


Jom kita berusaha ke arah itu!!!!!!!!!! :)

***********************************************************************************


"Seronokkan abah.....kalau dapat tolong ramai orang...Hati gembira dapat tengok orang gembira. Nanti besar nak jadi sukarelawan lah....boleh tak?" anak perempuan Pak Din meluah rasa hatinya. Pak Din tersenyum dan mengangguk.


Malam itu sedang Pak Din, isteri dan anak perempuannya menonton televisyen.....kedengaran si comel 10 tahun itu mengomel seorang diri.....


"ish...apa punya cerita la ni....."..


"kenapa kakak?muncung jer..tengok cerita pun muncung....,"Mak Ani bersuara.Lucu juga melihat anaknya begitu..


'Emak, abah.. tengokla cerita ni...geram betul kakak.Watak orang jahat ni...tak boleh terimala..jahat betul...Ada ka orang jahat macam ni kat dunia. Dia tak rasa salah ke buat benda jahat.....Cerita ni pun satu...buat watak, kalau baik...baik betul..., kalau jahat..jahat sangat...Sakit hatila tengok macam ni..'


"Eh budak ni.....boleh pulak macam tu....Itu kan cerita je..Dia ambil serius pula..' Ketawa Pak Din bersama-sama isterinya....Si comel terus mencebik dan geram....kemudian turut ketawa sekali. Yea...lucu juga..


**************************** 10 tahun kemudian ***********************************


'Emak...kalau kakak nak jadi sukarelawan boleh? seronokla tengok orang2 buat kerja ni. pergi merata2 tempat tolong orang.....pergi indonesia masa tsunami...pegi palestin hantar bantuan kemanusiaan...pegi negara2 miskin..bantu .....emak izinkan tak kakak pergi?"


Mak Ani hanya diam...Memang anaknya mengikut perangai dia dan suaminya. Gemar kepada kerja2 kebajikan. Disebabkan kerja2 khidmat masyarakat yang disertainyalah...dia berjumpa dengan suaminya. Kini, anaknya pula mahu mengikut jejak langkah mereka...Namun hatinya berat untuk melepaskannya pergi jauh.....sayang anak yang satu ini..tiada nilainya..

Akhirnya Mak Ani tersenyum...."kalau kakak rasa kakak nak...emak tak dapat halang...cuma hati2 lah....".Sedar hakikat bahawa perkara ini sukar untuk ditahan memandangkan dirinya jua begitu....InsyaAllah, anaknya selamat...


"Abah, emak dah izin kakak pegi jadi sukarelawan.....tapi kakak start dalam negaralah dulu....harap2 ada peluang pegi bantu yang di luar sana".


"Di mana pun kita pegi kakak...kita masih boleh membantu orang..dengan kata2, dengan perbuatan, dengan doa..bukan sebagai sukarelawan sahaja. Hidup adalah untuk memberi dan berbakti.....Orang yang terbaik adalah orang yang dapat memberikan manfaat pada orang baik. Kita cuba membantu dan memberi..insyaAllah..kita akan gembira. Bonusla kalau kakak dapat menjadi sukarelawan yang bukan hanya membantu tetapi berdakwah, yang penting dapat memuhasabahkan diri kakak.".


Si comel yang telah dewasa tersenyum puas. Ya..aku ingin berbakti!! Izinkanku dan mudahkanku Ya Allah..

***********************************************************************************


Memupuk diri tentang kegiatan sukarelawan adalah bergantung pada individu. Sejauh mana rasa kerelaan untuk membantu dan berkhidmat tanpa ganjaran yang setimpal, tetapi puas. Di sini betapa pentingnya peranan ibu bapa tampil sebagai contoh terbaik ikutan anak2. Asas untuk membentuk semangat kesukarelawanan adalah dari contoh yang ditunjukkan oleh ibu bapa. Anak2 memerhati, menilai dan mencontohi ibu bapa dalam diam2. Jadi berusahalah untuk membina kendiri yang baik dan mulia.....


"dunia sukarelawan dunia yang indah dalam pandangan mata hati" ;)


Wednesday, November 24, 2010

Cinta Putih 3




Bismillahirrahmanirrahim.....


"Sesejuk Maaf di kalbu" karya Nor Atiqah Ghazali..antara titipan ayat2 yang dikarangnya...

: Api yang marak boleh padam dengan sejuknya air. Dendam yang marah, apa pula pemadamnya? Padamkanlah ia dengan sejuknya maaf.....


"Hapuskan Dendam, Bersihkan Jiwa" :)

***********************************************************************************


Assalamualaikum, tepat jam 2 suku pagi, 24 november.....mata belum mampu tertutup, melihat ke luar jendela...bulan dan bintang menyinari malam yang gelap gelita. Sempat mengira bintang di langit...namun tidak ana tahu persis dan jitunya kiraan ini. ..:)


Alhamdulillah, satu kelegaan apabila kami semua telah berjaya menyelesaikan baki peperiksaan semalam dengan pelbagai rasa....hehe..apa yang penting budak-budak makanan dah habis....G,N-N tiochmalihisanes telah berjaya menyiapkan semuanya..selamat berjaya untuk semester 7 ini....kena bersabar untuk baki 1 sem akan datang....thesis, dugaan persahabatan...semua tu akan menanti...mudah2an kita semua akan lebih matang dan berfikiran positif dalam menangani cabaran2 ini...apa yang penting? :) Kuatkan semangat dan redah jer!! Betul tak kawan2x....???? :)


************************************************************************************


Berbicara mengenai "maaf". Ramai yang tahu perlunya memberi kemaafan pada insan2 yang telah mengguris, menyakiti hati atau membuat kesalahan pada insan2 yang dizalimi. namun semudah kalimah 'saya maaf'kan awak kerana Allah' kah ia dipertuturkan?


"Hapuskan dendam, bersihkan hati"

Kelapangan Hati Dengan Kemaafan.....


Gembira, syahdu, syukur, sedih....dan macam2 lagi rasa hati dan perasaan..letaknya di hati kita. semua perasaan2 ini memerlukan hati yang lapang untuk menampungnya....jika sempit hati..maka jawabnya?....:)


Memberi kemaafan adakalanya lebih berat daripada memikul batu. Bergantunglah......

Jika hanya berebut gula-gula kapas ...rasanya tidak ada masalah untuk memaafkannya pada ketika itu juga....bukan masalah besar...

Namun jika melibatkan luka hati yang mengambil masa yang lama....contohnya perang besar dengan sahabat2 karib kerana sesuatu perkara yang serius, dalam organisasi....dan sebagainya....emph....macam lama juga kan?bergantung pada kes yang perlu untuk ditangani......

Apapun yang berlaku....semuanya perlu kembali pada asas atau dasar...cari punca, mengapa boleh berlaku...cari penyelesaian..maafkan dan teruska kehidupan...Namun memang perlu diakui......ada yang mengambil masa yang lama...ada yang hanya seketika sahaja....Apapun yang penting.......ia perlu ditamatkan tanpa sengketa....jadi maafkan dan berusaha untuk memaafkan...


Kemaafan akan membuka pintu kelapangan dalam hati.......pernah dengar tak ada orang yang bercakap..."tenangnyer hati ni..tak de masalah dengan orang......." Mesti dapat rasa kan...betapa bahagianya orang itu.....Bukan mudah untuk mendapatkan ketenangan.....bila dah dapat....nikmat betul.....! Kelapangan perasaan adalah rahsia kebahagiaan hidup insan.Insan yang pemaaf akan menikmati kelapangan jiwa..jauh dari duka, gelisah, sakit hati, wajah yang suram...dan sebenarnya mampu menghakis kebaikan amalan yang telah dilakukan.... dasyatkan?...


Allah Maha Pemaaf.

Sebenarnya...bila fikir2 balik......memangla susah nak maafkan orang lain atas perbuatan2 mereka...tetapi kena ingat juga...mereka juga manusia seperti kita...x sempurna..kerana sempurna hanya selayak dan setingginya untuk Maha Pencipta. Jika Allah Maha Pengampun pada hamba-hambaNya walaupun sentiasa dalam dosa dan kelalaian, apatah lagi kita ;hamba2 Allah yang kerdil dan lemah ini. ..


Hulurkan tangan kemaafan, titipkan kemaafan di hati..belajar untuk memaafkan insan2 lain...

InsyaAllah....Allah berkati dan lindungi diri kita semua dari sifat2 yang keji yang boleh membinasakan....


"Maaf di hati...maafkan insani...'

Salam kemaafan dari nursolehah buat semua... :)

Saturday, November 20, 2010

Cinta Putih 2



Bismillahirrahmanirrahim....


Berkata Sahl bin Abdullah,-Tanda cintakan Allah adalah cintakan al-Qur'an. Tanda cintakan al-Qur'an adalah cintakan Nabi s.a.w. Tanda cintakan Nabi s.a.w adalah cintakan sunnah baginda. Tanda cintakan sunnah Rasul adalah cintakan akhirat. Tanda cintakan akhirat adalah tidak mencintai diri sendiri. tanda tidak mencintai diri sendiri adalah tidak mencintai dunia dan tanda membenci dunia ialah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.

**********************************************************************************


Assalamualaikum,

setelah hampir tiga minggu tidak membuka laman maya ini, terasa perlu untuk dijengah walaupun seketika. Dunia masih meneruskan sisa-sisa umurnya yang ada...begitu jua kita sebagai manusia....tidak kira berhampiran Gunung Merapi kah kita......di Tasik Tonle Sap.....di padang Afrika....kutub utara atau dimana-mana sahaja.........kehidupan perlu diteruskan. Sebagus mana kita semua diangkat dan dipuji, seteruk mana kita dicaci dan diumpat.....semuanya harus ditempuhi dengan hikmah dan bijaksana. pendek tetapi berisi....-kehidupan di dunia tidak kekal...akhirat yang kekal abadi.

************************************************************************************


"berkorban apa saja....harta ataupun nyawa ..itulah kasih mesra...sejati dan mulia....."


sedikit ungkapan daripada lirik nyanyian lagu oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee...Benar...berkata tentang pengorbanan, apa yang terfikir di benak fikiran kita sekarang? Sedang mengimbas kembali bentuk2 pengorbanan, berapa banyak diri berkorban atau pernah dan selalu terkorban?.... :) Pengorbanan menuntut kerelaan dan keikhlasan hati yang penuh....baru terasa nikmatnya pengorbanan.....baru terasa sampai ke hati.....susahnya untuk berkorban......namun bila berdikit2 melakukannya....akan terasa jua walaupun sedikit..

Sebenarnya...sedar ataupun tidak kita telah dan pernah berkorban.....baik untuk orang-orang tersayang , organisasi...dan sebagainya...:)


************************************************************************************


"kak...janganlah macam ni. Ni kan duit yang kakak kumpul untuk kakak, emak dan ayah tunaikan haji tahun ni,' Ehsan menolak pemberian kakaknya.



"tapi Ehsan lagi perlukannya.....kakak boleh kumpul lagi dik...emak dan abah akan tetap pergi sana.kakak....InsyaAllah, ada rezeki kakak...adala untuk kakak sampai ke Mekah nanti. Ehsan lagi penting."



"kak....isk...isk....terima kasih kak. Saya janji..saya akan belajar bersungguh-sungguh ...",ikrar Ehsan.


"Alhamdulillah, ingat ya...peluang datang hanya sekali..Ehsan kena ambil peluang ni... Buktikan pada kakak, emak abah yang Ehsan boleh buat.......yang penting...kena lagi hebat dari kakak.....hehe.."..


pak man dan mak limah menangis syukur....alhamdulillah, berkat doa mereka....bukan sahaja mendapat anak yang soleh solehah tetapi sanggup berkorban dan membantu antara satu sama lain. Benar, walaupun mereka miskin harta, namun jiwa dan akhlak yang terdidik secara baik mampu memandu mereka sekeluarga kepada kasih sayang dan pengorbanan. pak man dan mak limah akan berdoa dan terus berdoa rahmat sentiasa melimpahi keluarganya.....


************************************************************************************


-Pengorbanan kembali kepada Islam...Semoga segala pengorbanan mendekatkan lagi diri kepada-Nya.insyaAllah...-




Wednesday, November 3, 2010

Cinta Putih 1



"Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu,retaknya hatimu,tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya.'
************************************************************************************
"jangan Engkau gantung hatimu pada dunia kerana Allah tidak menciptakan dunia untukmu. Jadikan cintamu kepadaNya sebab Engkau akan kembali kepadanya, bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga, putuskan harapanmu daripada makhluk kerana tiada sedikitpun kuasa pada mereka, rajinlah berdoa kerana pertolonganNya ada pada saat kau meminta padaNya."
***********************************************************************************
(Suatu malam..di atas tikar mengkuang..kelihatan seorang nenek bersama-sama dengan cucunya. Sambil menonton televisyen, mereka sempat bersembang. Cucu yang berumur 10 tahun itu memicit-micit kaki neneknya...sambil tersenyum ...neneknya berbicara...)
"jangan pentingkan diri walaupun dalam berdoa.."nenek tiba-tiba mengeluarkan madahnya.
' aik..dalam doa pun ada yang pentingkan diri ke nek...tak faham.....".
'kakak ada doakan orang lain x ?ke doa untuk diri sendiri je?"tanya neneknya.
'emph...mestila ada...doa untuk ibu abah...nenek,tok wan.....semuala...nape nek?'
"bagus..tapi kena tambah lagi. dalam doapun kita tak boleh pentingkan diri sendiri....ye la ..doa untuk diri sendiri je, tak doakan untuk orang lain....Dalam doa kita pada Allah, kita kena masukkan doa untuk orang lain jugak. selain untuk diri sendiri, ibu abah, nenek, tok wan..kena doa jugak pada keluarga, cikgu2 kakak, kawan2 kakak..orang Islam...yang kat Palestin tu..kat Afrika...banyak..orang Islam kat seluruh dunia....termasuk juga orang2 Islam yang telah Allah ambil nyawa mereka....Itu antara tanggungjawab kita sebagai seorang Islam juga...mendoakan orang2 Islam',syarah neneknya panjang lebar.
'kena yakin dan sentiasa berdoa supaya Allah sentiasa lembutkan hati kita. Percaya bahawa kita mampu untuk membawa diri berubah ke arah kebaikan'.
Pelik pula nenek ni.. Selepas mengaji dengan tok wan tadi....tok wan pun sempat pesan...
'hidup dalam landasan agama. sentiasa bersihkan hati...kalau orang buat jahat pada kita, kita jangan balas jahat balik.....hati kena sentiasa bersih..baru Allah sayang'..
(Rindunya cucu itu pada arwah tok wan dan neneknya. Benar, setiap kehidupan ada aturannya. yang pergi tetap akan pergi..kita yang masih hidup perlu teruskan kehidupan...moga rahmat Allah bersama kita..)
*************************************************************************************

bersambung..........................

Monday, November 1, 2010

Biarku Baca kalimah itu.



Lewat hari ini,

kutemui jejak kebenaran,

Selafaz kalimah suci,

Mengakui kebesaran Ilahi.

Lewat hari ini,

Kudakap sejambak hidayah

Seruan sebening subuh

Mengukir kesaksian diri

Lewat hari ini

Senaskah kitab kudakap erat

Titis basah menyusur pipi

Syukur pada petunjuk diberi

Lewat hari ini

tujuh anggota sujud ke bumi

Solatku, ibadahku, hidupku, matiku

Hanya untuk-Mu, Rabbi.

Sunday, October 31, 2010

Wajah di Hati.


Bismillahirrahmanirrahim....
Menjenguk seketika madrasah hati yang sentiasa menjadi lokasi muhasabah diri. Rindu untuk menggerakkan jari jemari ini menaip pelbagai isu yang berselerakan di dunia....Kalau ikutkan hati....memang tak dapat buat kerja lain..mengadap madrasah hati ini sepanjang masa sambil melawat blog-blog sahabat. :)

Sebelum itu, tahniah buat budak2 Kelantan...nampaknya rezeki Kelantan untuk memenangi gelaran juara Piala Malaysia...:) Semangat betul seorang sahabat karib ana menyampaikan berita mengenai kemenangan pasukan Kelantan pada ana.....walaupun kami dah sepakat untuk "cantikkan rekod"kami supaya dipermudahkan oleh Allah..emph..moga-moga Allah berkati dan melimpahkan rezekiNya buat kami.Amin..
***********************************************************************************

Ana teringat satu ungkapan yang selalu dan sentiasa diberikan kepada ana ..."jaga diri baik-baik"...Ana tertarik untuk menyelami maknanya....Jom.....

"jaga diri baik2......banyak persoalan ana ingin tanya kepada insan ini....apakah maksud di sebalik "jaga diri baik-baik" :) Bagi ana , semua perlu dititikberatkan..keselamatan, kesihatan, adab sopan, perilaku...semuanya perlu dijaga....Dalam maknanya..nantila ana tanya lagi....:)

************************************************************************************

"if ur heart cries, it is smiling actually, smiling to face the obstacles, smiling to face the reality, our heart is smiling cause we are happy to go through the test from Allah!" - for ukhti Solehah, all da best.

Emph....dapat mesej lagi..Alhamdulillah...ada sahaja insan2 yang tergerak hati untuk memberi peringatan pada insan lemah ini. Moga Allah merahmati semuanya..amin...:)

Teringat cerita Umar al-Mujahid dan Asiah Yusro...(ringkasan jer..agar mudah faham..) .Umar seorang yang hebat dengan perjuangan dakwahnya, kredibiliti sebagai seorang pemimpin terserlah sewaktu di Kolej Islam..namun apabila diuji dengan cabaran dunia ketika di universiti, maka ketika itulah dia jauh ..membawa diri..Namun, dengan takdir Allah...ia kembali ke pangkal jalan. Sehebat mana manusia, maka lagi hebat ujian yang Allah beri padanya..sesuai dengan kemampuannya..Peranan sahabat2 dan orang2 yang tersayang amat penting dalam membawa semula insan2 yang jauh kembali....Moga Allah sentiasa memberi petunjuk dalam setiap titian kehidupan manusia yang sentiasa terpedaya dengan nikmat dunia dan hawa nafsu....

************************************************************************************

Banyak juga skop tulisan hari ini....rasa nak tulis apa yang terlintas di fikiran sahaja...:) Banyak perkara yang perlu difikir.....hidup bukan hanya untuk diri sendiri..tetapi hidup juga perlu untuk berjuang demi insan2 yang tersayang. Apa yang paling penting...hapuskan dendam, bersihkan hati......Apa yang penting...jadi insan yang berguna untuk insan2 lain..membantu selagi terdaya......dan yang paling penting ..mendoakan semua insan2 yang kita sayang...semua umat Islam x kira di mana mereka berada..sama ada masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia...moga semua ada makanan untuk dimakan, ada tempat untuk berteduh, ada pakaian untuk dipakai....sentiasa dalam lindungan dan pertolongan Allah...amin..Ingatlah semua, dalam keadaan kita selesa di negara yang Allah kurniakan terlalu banyak rezeki...ada lagi saudara2 seIslam kita yang menghulurkan tangan, memohon pertolongan dan sekecil2 pertolongan kita adalah doa yang tidak pernah putus-putus.

Wajah di hati....wajah yang sentiasa dinanti...wajah di hati, wajah yang sentiasa ingin diingati...wajah di hati, moga sentiasa abadi....Cinta Rabbi, sayang manusia...

Insan, tidak akan kau rasai indahnya cinta andai tiada cinta pada Yang Esa.

-salam muhasabah-Nursolehah.

Bingkisan Doa


Wednesday, October 27, 2010

Phone strap Hijau, Loket dan Doa.


tit..tit...1 mesej diterima...


Peti simpanan mesej dibuka,maka Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi , ayat-ayat mesej diamati satu persatu.....


"Menjadi sebaik-baik hamba dan khalifah bukan semudah memetik dua jari...Itupun belum bisa berbunyi..Hakikat insan memang penuh dengan kekurangan..Namun tidak menjadi satu kesalahan untuk memperbaiki diri menjadi sebaik-baik hamba Tuhan..Teruskan untuk melangkah walaupun dalam kepayahan ..Kita kan khalifah, mengapa mesti diuji dengan perkara yang mudah..Sedang kepayahan itu perkara wajib sebelum tiba di jannah..Lalu, haruskah mengalah pada takdir yang menghadiahi kita dengan kesukaran yang membuatkan kita terduduk menangis hiba? Belajarlah untuk tabah duhai hati seorang pejuang. Tangisan itu pasti tidak akan sia-sia andai langkahmu terus teguh menuju jalanNya.."


:) Alhamdulillah,...datang lagi peringatan walaupun melalui mesej..Mudah-mudahan sentiasa koreksi diri duhai insan kerdil....Amin...

**********************************************************************************

Loket pemberian ibu semenjak kecil x pernah lekang dari dirinya...Pasti dibawanya ke mana-mana. Loket tercatat huruf 'H'..ibu kata sempena nama mereka berdua...Dari hari ke hari..tahun ke tahun dirinya membesar...dari rahim ibu sehinggalah dia mampu pergi menjalankan tanggungjawabnya....mencari ilmu ..Rindu pada ibunya semakin hari semakin bertambah. Alhamdulillah, nikmat yang sangat besar mempunyai ibu yang sentiasa menyokong sepanjang masa. Ibunya bercerita padanya tentang neneknya.....sama macam nenek layan ibu...macam itula ibu layan dirinya...kalau silap ditegur dan dimarah untuk mengajar....Ikatan antara ibu dan neneknya sangat erat..sehingga di saat-saat ajal nenek, nenek masih melayarkan kasihnya pada ibu...Ibu mahu jadi yang terbaik untuk suaminya dan anak-anaknya...dan ibu berjaya sebenarnya menjadikan dirinya disayangi keluarga. gadis itu selalu berkata pada ibu..."nanti nak jadi macam ibu...." Ibunya hanya tersenyum..Mudah-mudahan ibu doakan dan doa ibu dimakbulkan Allah. Loket itu dipegang lagi gadis itu pagi ini....'Moga Allah menjaga dan memelihara ibuku , ayahku dan adik-beradikku, keluargaku dan semua orang yang kusayang...',bisik hati kecilnya penuh sayu..


***********************************************************************************

"simpan baik-baik hadiah ni..."


Phone starp ini comel....hijau...:) tapi penuh dengan peristiwa yang x pernah dirinya jangkakan...Penuh dengan doa dan harapan. Mudah-mudahan Allah makbulkan. amin..


**********************************************************************************

Assalamualaikum.......... banyak perkara, barang, insan yang boleh menjadi asbab penguat semangat dan pendorong kepada setiap yang kita lakukan.hargailah apa yang ada di sisi kita sekarang supaya kita tidak menyesal apabila kehilangannya suatu masa nanti samada disebabkan perpisahan kematian ataupun sebagainya..moga semuanya mempunyai insan2 untuk disayangi....mempunyai insan2 yang menyayangi...memberi cinta pada yang tertinggi (Allah) dan mendapat kasih dan cinta dari Rabbi..:) wslm -Nursolehah.

Wednesday, October 13, 2010

Terima Kasih Mama...




"Seorang anak hanya akan menyedari erti sebenar kasih kedua-dua ibu bapanya apabila dia sendiri mempunyai anak. jangan sekali-kali mungkiri kasih ibu bapa yang telah tua, kelak anak-anak akan dewasa dan memungkiri kasih kita."
Assalamua'laikum, indah nian pagi ini. Angin damai bertiup bagai menyampaikan rasa rindu ibu abah dan adik-adik pada ana. Baru sebentar tadi selesai membaca artikel di iluvislam tentang keluarga ...ibu bapa..Terdetik di hati, apakah diri ini anak yang sentiasa menjalankan tanggungjawab dan amanah kepada mereka? Anak adalah amanah Allah...begitu juga ibu bapa...adalah amanah pada anak ...:)
Menjadi seorang ibu, mama..ummi...emak...bukanlah mudah. Pelbagai tugas dan tanggungjawab menyapa mereka saban hari. Sebagai pendidik keluarga, pemimpin kedua dalam segala hal berkaitan rumah tangga, penasihat, doktor dan jururawat, mendisiplinkan anak-anak, kawan atau sahabat,penyelesai masalah, bendahari kehormat( dalam banyak2 jawatan...yang ni best..bagi anala..hehe..), model pada anak-anak, menjaga harta suami dan keluarga, mendoakan kejayaan anak-anak di dunia dan akhirat.....dan banyak lagi..hebatkan mama?!!! :)
*********************************************************************************
"ibu...boleh ke nak beli mainan tu...Nak main tembak-tembak dengan kawan-kawan....Nanti besar nak jadi pahlawan ..macam saladin.....",pinta anak kecil itu.
"emph....Ahmad pergi tanya ayah dulu....kalau ayah bagi..ibu belikan..:)."bisik lembut seorang ibu...
Anak kecil itu berkejar ke arah ayahnya.....comel betul.....!!!hehe....(agak-agak dapat tak? mestila dapat ...sebab ibu Ahmad dah bagi signal pada ayahnya untuk bagi...lagipun Ahmad bukan jenis yang selalu meminta....kadang-kadang jea...hehe.)
Suatu masa yang lain pula....Ahmad demam panas....Risau betul ibu dan ayahnya. Tidak tidur malam ibu menjaga. Seluruh kasih sayang dicurahkan buat anak tercinta.....Moga anak ini kuat dan terus kuat untuk berjuang.....Ahmad masih kecil untuk menilai kasih sayang ibunya...Tapi dia dapat merasainya.......
dua puluh tahun kemudian...Ahmad dah besar....Dia membesar menjadi anak yang patuh dan taat pada ibu dan ayahnya. Dia cemerlang, akhlaknya baik dan disayangi ramai. Ibu dan ayahnya tidak putus-putus bersyukur dan bersyukur. Moga rahmat Allah sentiasa bersama anak mereka.....
************************************************************************************
Kini...Allah lebih menyayangi ibu...hati mana yang tidak sedih....jiwa mana yang tidak luluh. Sempat dia menatap wajah ibu buat kali terakhir......
Ketika mengemas barang-barang ibunya, dia terjumpa sebuah diari. Dalam diari ibunya terselit luahan hatinya...
Alhamdulillah....Allah telah makbulkan hasratku untuk menimang cahaya mata..
.anak yang kulahirkan dalam Zulkaedah ini moga dalam rahmat-Mu sentiasa,
aku menyayanginya lebih dari aku menyayangi diriku....
Moga dia menyintai-Mu lebih dari segala-galanya....
anakku ini moga Kau memilihnya untuk berjuang di jalan-Mu
jalan menuju redha-Mu..kuatkan kakinya dalam derap langkah seorang pejuang Islam
Lindungi dirinya dari ketakutan selain dari ketakutan pada-Mu..
jauhkan dirinya dari resah gelisah dan penindasan manusia..
jadikan insan-insan di sekelilingnya sebagai insan yang kuat membantu perjuangannya
andai tiada aku disisinya lagi...
Kau jangan lemahkan semangatnya, moga dia menjadi anak yang tabah
membantu dan berjasa pada semua...
Rahmati dia Ya Allah..
kerana dengan izin-Mu..
dia lahir ke dunia.....
Pelihara dia Ya Allah sehingga ajalnya tiba..
Redha dirinya Ya Allah bermula lahirnya sehingga akhirat sana...
Amiinnn...
-Zulkaedah, 1407 H-
Menangis anak itu ...Doa ibunya tidak pernah putus....:"moga Kau bahagiakan ibuku di dalam rahmat-Mu Ya Allah..."
************************************************************************************
Emph...ibu kata menjadi seorang wanita.....kita akan melalui peringkat2 yang telah Allah tetapkan...seorang anak perempuan..seorang gadis...seorang isteri..seorang ibu....nenek...dan seterusnya..Hidup adalah perjalanan. Cuma kita tak tahu setakat mana perjalanan kita. Tiba masa Allah panggil....pergilah kita kepada-Nya. takut macam manapun kita kena hadapi juga perjalanan hidup makhluk yang Allah gelar sebagai wanita. Jadi, kena berjuang!!! :)
Kesimpulannya...hargai semua orang yang kita sayang....dan orang yang sayang kita....Kerana dari kasih sayang itulah kita akan meraih ketenangan dan kebahagiaan. Kasih sayang yang utama pastinya pada Allah..kedua Rasulllullah..ketiga..ibu..dan seterusnya..
Buat insan yang bergelar Ibu, ummi, mama,emak...Terima kasih...!!!!!!!Moga Allah merahmati kalian semua.........:) Doakan kami juga akan sehebat kalian dalam berjuang ....:)

Thursday, October 7, 2010

Aktifkan diri kembali, perbaiki peribadi





Assalamualaikum semua!!!!!!!!!!!!! Semangat betul hari ni...macam best jer walaupun bergelumang dengan amanah akademik dan gerak kerja......Yang penting kita hepi!!!!! kena selalu psiko diri....bukan hebat manapun untuk berbicara tentang bidang psikologi ni...amat berjaya jugakla bila kita berbicara dengan diri sendiri (monolog dalaman) bahawa kita mampu untuk mengharunginya..InsyaAllah...jadi, selamat kembali diriku!!!!!!!!! :)


InsyaAllah kali ini ingin berbicara sedikit tentang beberapa perkara....dalam seminggu dua, ana tidak terlepas dari berasa diri ini tiada kekuatan untuk terus dan terus berjalan........begitu juga dengan beberapa sahabat, adik-adik yang mengalami masalah yang sama...apa puncanya?

Memang tiada lain yang utama melainkan kurangnya amalan sunat ..amalan rohani yang sering diamalkan ketika masa lapang......dek melayan kesibukan yang tidak akan berakhir, roh diri tidak sempat untuk diisi....salah sendiri...:)

Alhamdulillah, selepas berdiskusi dan koreksi diri.....moga2 lepas ni..x jadi lagi....kena istiqomah buat amalan sunat dan tarbiyyah diri selalu...Sifat manusia...x sempurna..kena selalu ingat,teringat dan beringat....:)amiinnn.........

********************************************************************************

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta boleh undur jugak...terlajak taip boleh delete, terlajak kata badan binasa(kalau yang x baikla..)..kalau yang baik Alhamdulillah...terlajak masuk iluvislam....memang x dapat diselamatkan..Semua artikel best2x!!! emph..terpaksala masukkan dalam blog....moga ada manfaatnya...

Bila kita memulakan sesuatu...Kadang-kadang kita lupa letakkan niat.....Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah....Sebab tu bila ada masalah,....Kita cepat menyerah...

Bila kita berniat...Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengolah,Sebab tu bila kerja tak menjadi,Kita mula angkat kaki...

Bila kita berusaha...Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,Siang malam kerah tenaga dan masa...Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,Kita mudah putus asa...

Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.Sebab tu bila dilanda masalah,
Kita marah tak tentu hala...

Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal...Kadang-kadang kita tetap alpa,
Nak sebut Alhamdulillah pun payah,Berdoa pun sekali sekala,Bersyukur sekejap cuma..Sebab tu bila kita berjaya,Allah datangkan ujian dan musibah...Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,
Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..Membenci diri memusuhi nadi.

Sedangkan...Kita manusia ciptaan Allah,Bernafas di udara yang sama,Bila lemah Allah itu ada,Bila derita Allah itu bersama,Senang, susah, sedih, gembira...Allah takkan lupa pada langkah kita. Tapi sememangnya lahiriah kita,

Kadang-kadang lebih suka dipuji,Sebab itu kita jarang memuji Yang Maha Terpuji,Kadang-kadang lebih suka dicintai,Sebab itu kita lupa menyintai Yang Maha Menyintai,Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri,Tapi lupa Allah sedang memerhati...

Sebab itu teruskanlah bermuhasabah pada pencipta,Kerana dalam firman Allah;
"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-Ra'd:11)"


Kerana itu..Pada masalah harus bersabar dan redha
Pada ujian harus tabah dan teguh
Pada kegagalan harus usaha, doa dan tawakkal
Pada kejayaan harus usaha, doa dan tawakkal..
Sama tetapi tidak serupa,
Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sana
Kekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sana
Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sana
Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana...
Di sana itulah yang perlu kita kejar,
Agar dunia mengikuti dengan redha...
Di sana,Akhirat yang pasti...
Syurga yang terindah,
Atau
Neraka yang menyala!
**********************************************************************************
Apa yang baik semuanya dari Allah, apa yang kurang atas kelemahan insan bernama Hidayah.moga ada manfaatnya buat semua pelawat lebih-lebih lagi diri sendiri......wslm. :)

Tuesday, September 28, 2010

G-N,N-Tiocmalihisanes


Bismillahirrahmanirrahim....

Menjengah seketika blog yang menjadi madrasah hati di alam maya. Moga hari ini dan hari mendatang akan terus mengajar dan mengajar diri ini erti kehidupan dan bersabar atas cabaran di atasnya. :)


(Tiba2 rindu dengan sahabat2 ..emph...apala maknanya? hehe..)
***********************************************************************************

"class, today we will learn about protein structure, enzymes and all topics which related with enzymes espeacially in foods.........."

Topik Enzimologi Makanan sangat menarik..Kuliah berjalan seperti biasa dengan munculnya nama-nama cantik seperti Lactobacillus, Azobacter, ditambah lagi dengan Oxidoreductase,transferases, dan seterusnya..............Sambil tersenyum2 kami memikirkan kerelevanan nama2 enzyme2 tersebut.....sangat menarik.......Maka, waktu rehat 10 minit digunakan sepenuhnya oleh kami untuk mencipta enzyme persahabatan..- G-N,N-Tiocmalihisanes....:) gabungan nama-nama kami seramai 8 orang membentuk ikatan enzyme yang semoga hanya ada catalyst yang meningkatkan kadar tindakbalas kami dan terhindarnya perencat yang menjauhkan persahabatan kami..amiinnnn..hehe..

Pertemuan semenjak semester pertama pengajian membuat kami kenal apa itu "suka duka dalam berkawan'...banyak berkongsi masalah dan kegembiraan..banyak juga memendam rasa hati dan menarik muka....namun bila tiba berkumpulnya semua..riuh rendah jadinya....Terima kasih kawan2 semua.....

*********************************************************************************
Apa jadi dengan 4 ekor itik yang masih tinggal? Alhamdulillah..semuanya sihat dan dah besar..bukan anak itik lagi....dah pandai fikir mana baik mana buruk, dah pandai berdikari ...semoga itik2 semua bahagia dan gembira....:)

*********************************************************************************
Adik-beradik semua, kakak2,abang2...? Sihatkah kalian? walau dimana berada..semoga dalam lindungan dan rahmat kasih sayang Allah...maaf..x dapat jenguk dan lawat selalu.......:)

**********************************************************************************
Semoga yang lain juga bahagia dan dipermudahkan Allah setiap urusan... :)

**********************************************************************************

Kehidupan adalah suatu perjalanan yang panjang..ada masa sakit..ada masa sihat...

Teringat kata2 kakak ana ketika Ramadhan yang lalu..dalam kehidupan ada 2 jenis kesakitan..satu,sakit sebab penyakit dan lagi satu sakit sebab kesal.....sakit yang paling sakit adalah sakit kerana kesal..peluang datang sekali sahaja...jadi ambil dan manfaatkan peluang dan rezeki yang Allah bagi....:)

Ana turut terpikat pada satu kata-kata yang ana baca 2 hari yang lalu..

: Ketika ujian menimpa..ingatlah Allah sedang menguji kesabaran dan keikhlasan dirimu..(jadi kena ikhlas dan sabar..:) )

**********************************************************************************

rasanya setakat ini coretan rasa untuk hari ini. apa yang baik ambil sebagai ibrah..mana yang tidak..tinggalkan ia ..wslm...

Saturday, September 18, 2010

Bayu Kasih Seorang Hamba



"aku ingin mencintai-Mu, setulusnya ..sebenar-benar aku cinta..


"dalam doa, dalam ucapan dan setiap langkahku...."


"aku ingin mendekatimu selamanya ......sehingga apapun diriku...


kuberharap untuk bertemu denganmu ya Rabbi..."




antara bait-bait lirik Aku Ingin Mencintai-Mu oleh Opick....


Bismillahirrahmanirrahim...salam Syawal buat semua yang sudi dan setia menjengah seketika ke madrasah hati hidayah....Seperti namanya.....sudut kecil ini merupakan luahan pendapat dan rasa hati ana terhadap situasi dan keadaan sekeliling......sebagai perkongsian...yang mana baik ambilla sebagai panduan yang mana tidak...mohon dimaafkan. :)


********************************************************************************
"Kakak, betulka bila Allah sayang kita...Allah dorongkan hati kita ke arah kebaikan,..bila Allah x sayang Allah dorongkan hati kita pada kejahatan?....takutnya......", seorang adik kecil bertanya pada gadis itu. Tersenyum dia menerima pertanyaan sedemikian rupa....

"ya adik......tapi kita kena berusaha untuk mendapatkan kasih sayang Allah....kena sayang semua orang, x boleh benci....Apa yang Allah suruh buat, kita kena buat....Allah x bagi buat..jangan buat....Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang pada hamba-Nya..Sebab tu kita kena selalu berdoa supaya Allah sentiasa dorongkan hati kita untuk buat baik.....Allah berhak bagi petunjuk kepada sesiapa yang Allah nak bagi.....dan bersyukurlah jika kita diletakkan oleh Allah sebagai golongan yang sedar akan kesilapan kita dan berusaha untuk maju mencari kebaikan...."


"Nak dengar satu cerita tak?......"


Ada sorang budak perempuan.......dia tak reti mengaji Al-Qur'an.....Suatu hari, ketika di sekolah rendah...ada majlis baca Yaasiin..Dia tengok semua kawan-kawan dapat baca...lancar lagi....sedangkan dia tak tau langsung nak baca macam mana sedangkan dia dah besar panjang....Balik rumah..dia menangis....bukan kerana malu tetapi kerana x dapat baca ayat-ayat Al-Qur'an...Budak perempuan tu doa banyak kali...walaupun sebelum ni dia pun x pernah cukup sembahyang 5 waktu sehari.....Sejak hari itu..dia belajar pelan-pelan.....rajin buka Al-Qur'an....rajin sembahyang, rajin berdoa....dan akhirnya dia dapat baca walaupun tersekat-sekat...Seronok betul budak perempuan tu....masuk sekolah menengah....ustaz ustazah banyak membantu....sampaila dia dapat membaca dengan baik..habis sekolah menengah..dia berguru dengan seorang Tok guru....Alhamdulillah....walaupun panjang tempoh pembelajaran ini.....dia x putus asa dengan iringan doa selalu pada Allah....Allah x pernah tinggalkan hamba-Nya...nak-nak yang berazam untuk berubah ke arah kebaikan ...Allah pasti dorongkan hati ke arah kebaikan...Jadi?apala yang kakak nak bagitau adik?....hehe...


"Kena doa selalu supaya Allah bagi petunjuk dan sentiasa tetapkan kita pada landasan yang betul...."Betul ka kak?......


"ya..betul! .dan jangan putus asa dari rahmat dan kasih sayang Allah...." :)


"Emph...lewat sudah ni....kakak minta izin untuk pergi dulu....InsyaAllah panjang umur jumpa lagi..."


*****************************************************************************


Selalu kita lupa yang nikmat Allah sentiasa bersama kita.....Allah bagi apa yang terbaik untuk kita...Allah bagi apa yang kita perlu.....namun amat sedikit limpahan rasa syukur yang kita panjatkan......kadangkala kita lupa untuk mengucap syukur.....kadangkala kita sedih dan terluka dengan apa yang diberikan..padahal kita tidak tahu hikmahnya pada kita.....Jadi...jom kita muhasabah diri kembali....


"kiranya tiada cinta insan untukmu, cukuplah cinta Allah penyuluh hidupmu.
Kelak akan ada cinta untukmu dari insan yang menyintai Allah sebagaimana cintamu pada-Nya"



Sunday, September 5, 2010

Bingkisan di akhir Ramadhan


(Jangan Lupe Solat!!! Betul3x!!!!)
Salam pertemuan buat kesekian kalinya ....Alhamdulillah, sudah masuk 26 Ramadhan.., tinggal baki 4 hari sahaja untuk berpisah dengan Ramadhan. Sekejap sahaja masa berlalu.Entah bertemu atau tidak Ramadhan yang akan datang..(sedihnya...tambah lagi sedih bagi sesiapa yang tidak pulang bercuti sempena Aidilfitri..hehe..)


Bak kata Raihan dan Man Bai...'kumengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat kulalui dengan sempurna, .....tidak aku biarkan Ramadhan berlalu saja,Tuhan pimpinlah diriku yang lemah mengharunginya dengan sabar......'


Masa sekolah, Ustaz ustazah selalu soal...'murid-murid.., sapa tau apa makna puasa?"

Ramai yang cakap tak makan, x minum dari subuh sampai senja...lepastu boleh makan banyak-banyak.. Apabila ditanya sape puasa penuh..emph, x bnyak yang angkat tangan.Maklumla masih budak-budak....tapi semakin besar..berdikit-dikit menambah bilangan hari untuk berpuasa.....Kebanyakan kaedah yang digunakan oleh ibu bapa ialah ganjaran bagi setiap hari anak-anak kecil mereka berpuasa....Ana tidak terlepas juga dari mendapat imbuhan..satu hari satu ringgit..itupun dah macam banyak betul semasa zaman kecil2...:)


Apabila melihat senario masyarakat kini, ada segelintir yang tidak mampu untuk menghormati bulan Ramadhan..masih ada warga dewasa yang tidak faham mengapa dan kenapa perlu berpuasa...Kalau tidak, pasti tidak akan ada gerai-gerai yang dibuka sambil lewa untuk memberikan khidmat makanan kepada warga yang diistilahkan Islam tetapi tidak berpuasa..Mungkin tiada penghayatan, mungkin terlalu naif untuk menerima bahawa puasa terkandung hikmah ..bukan berlapar semata-mata., bukan menyeksa diri semata-mata.Dari sudut kesihatan, dari sudut kemanusian, penerapan nilai-nilai murni dalam diri, pengekangan nafsu diri termasuk jua nafsu syahwat, penghayatan nilai Islam, meringankan badan untuk beribadah, membina sistem ketahanan diri dan membawa diri lebih fleksibel dengan apa jua situasi,cuaca dan persekitaran.( Emph...itu pada pendapat ana selaian dari hikmah2 lain seperti pahala berganda2 dan etc..).


Situasi di kampus agak lengang, sepi tak juga..tapi sunyi..emph..Ramai yang balik ke kampung halaman memandangkan cuti berkembar dengan cuti pertengahan semester. Apapun, selamat menempuhi baki Ramadhan yang tinggal, selamat beribadah, selamat meluangkan masa bersama insan-insan tersayang, selamat menghayati keindahan kehidupan yang Allah kurniakan dan salam Aidilfitri. Maaf zahir dan batin kepada yang mengenali diri. Moga hidup mati kita dalam landasan iman dan taqwa kepada Tuhan Sekalian Alam..Allah s.w.t.




Sunday, August 29, 2010

Yaqut...


Alhamdulillah...19 Ramadhan ....

Allah masih panjangkan umur untuk menjalankan kehidupan dan ibadah puasa.....moga semakin bertambah usia, semakin muhasabah diri..amin..


OK...moga hari ini semua ceria-ceria selalu...yang penting 'jadi diri sendiri'. :)

Sedikit perkongsian berkaitan buku yang sedang sedaya upaya ana habiskan ini- La Tahzan, Jadilah Wanita yang paling bahagia dari Dr 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni. Ayat-ayat yang dikarang sememangnya cantik dan menyeluk rasa hati makhluk emosi dan perasaan (wanita) ini.


'RAHMAT ALLAH MENCAKUP SEGALA SESUATU'

Kebahagiaan itu ada tetapi siapa yang mudah mendapatkannya?


sesorang tidak mungkin akan mendapatkan kebahagiaan kecuali dengan dirinya sendiri. hendaklah dia membawa dirinya ke jalan keutamaan untuk mendapatkan kebahagiaan, perkara ini terangkum dalam kualiti dalam dirinya iaitu kejujuran, keberaniaan, berusaha, rajin, sayang dan kasih antara sesama makhluk, suka bekerjasama, tidak mementingkan diri sendiri dan selalu memiliki hati nurani yang hidup.


kebahagiaan itu bukan khurafat namun adalah hakikat yang nyata. Ramai yang memilikinya..dan peluang juga ada pada kita untuk memilikinya bila kita memanfaatkan cubaan2 dan mengelola pengalaman2 yang kita lalui dalam kehidupan.


apabila kita tahu erti kehidupan, maka pengeksploitasian dari dalam jati diri kita, pembebasan diri dari berbagai penyakit yang mengganggu kesihatan fizik dan kejiwaan akan dapat dilakukan dengan berbekalkan pengetahuan, potensi dan kesabaran. jadi, kita dapat menghayati kehidupan anugerah Allah dengan sikap tidak ingkar, tidak membangkang dan tidak pula menyengsarakan diri sendiri.


sekian, perkongsianku.wslm.

Saturday, August 28, 2010


"Jangan anda membiarkan keletihan dan penderitaan yang anda alami menjadi bahan pembicaraan ,kerana perkara itu akan menjadi penghalang bagi anda untuk meraih kebahagiaan."


Monday, August 16, 2010

AKTIVIS MUSLIMAH HARAPAN RASULULLAH....

(sambungan)

Assalamua'laikum.....jumpa lagi....(x seronok rasanya jika tidak melampirkan sedikit perkongsian pada kali ini..InsyaAllah, moga ada manfaatnya untuk diri dan para tetamu yang dikasihi..)


menjenguk juga blog iluvislam.com.....memang setiap kali lawat, pasti bnyak artikel yang tertarik. Mujurla bukan pakaian, makanan..kalau tidak teruk juga ..maklumla perempuan.sedikit sebanyak fitrah untuk membeli itu ada...Cuma kena guna kerasionalan aqal fikiran.....beli yang perlu, bukan beli yang mahu. Sahabat-sahabat ana juga selalu berpesan pada ana jika ana dalam kesedihan.....kata mereka.....kadang-kadang Allah tidak bagi apa yang kita mahu, tetapi Allah bagi apa yang kita perlu....:)


AKTIVIS MUSLIMAH HARAPAN RASULULLAH s.a.w.


Menjadi wanita memang menyenangkan apalagi wanita muslimah, sebab muslimah bererti wanita yang telah diseleksi (dipilih) oleh Allah untuk menerima hidayah-Nya dan menjalankan kehidupan sesuai dengan sunnah Rasul-Nya. Rasullullah sebagai manusia pilihan Allah sangat peduli terhadap muslimah.


Baginda sangat menyayangi muslimah sehingga baginda berpesan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan Ibnu Abbas, " Tidaklah seorang muslim yang mempunyai dua orang anak perempuan kemudian ia berbuat baik dalam berhubungan dengan keduanya akan bisa memasukkannya ke dalam syurga"


Di masa baginda hidup, kaum wanita merasakan angin segar dalam kehidupannya, setelah sebelumnya zaman jahiliyyah hidup teraniaya. Kehidupan wanita muslimah pada zaman Rasullullah dikata beruntung kerana muslimah relatif hidup dalam komuniti masyarakat yang memahami nilai Islam secara baik. Hidup mereka betul-betul tersanjung, kerana mereka merasakan hidup sesuai fitrahnya.


Berbeza dengan situasi sekarang, banyak wanita menuntut persamaan hak dan darjat. Ada yang tidak memahami nilai-nilai Islam. Ini menyebabkan keserabutan dalam hidup mereka. Sudah tentu muslimah perlu berusaha untuk menghilangkan dugaan tersebut. Caranya ialah dengan mengaktifkan diri dalam pelaksanaan nilai2 Islam serta berupaya mengajak wanita lain untuk beramal Islami.


Ustaz Faisal Maulawi, Mufti Lebanon menyatakan,'saatnya keadaan ummat sedang dalam bahaya, para wanita muslimah yang solehah terjun untuk terlibat aktif dalam membentengi dan memperbaiki ummat.'


Untuk menjadi muslimah yang disayang oleh rasullullah s.a.w hendaknya diperhatikan 4 hal berikut:


1) Faqihah Lidiiniha (faqih terhadap agamanya)

Selayaknya ia dapat membaca Al-Qur'an dengan baik dalam erti tajwid dan makhraj huruf. dapat membaca hadis dan selalu menjadi bacaan harian. Berusaha memperkaya diri dan wawasannya melalui belajar kepada guru yang jujur dalam menyampaikan ilmunya, berusaha banyak membaca buku agama seperti tentang aqidah, akhlaq, sirah, fiqh da'wah, tarikh Islam, sejarah dunia dan ilmu kontemporari lainnya.


2) Najihah fi tarbiyyati Auladiha

Berupaya mendidik anak (bagi yang sudah berumahtangga). Bagi aktivis yang belum berkeluarga juga seharusnya mempelajari bagaimana cara mendidik anak dalam Islam, kerana iimu tersebut fardhu ain. Sehingga ia tahu betul cara mendidik anak dalam Islam yang nantinya anak2 tersebut akan ia persembahkan untuk kejayaan Islam dan kaum muslimin.


3) Muayyidah fi da'wati zaujiha


Kepedulian bukan hanya kepada masalah luaran, mengupayakan pelaksanaan amal Islam terhadap orang lain tetapi juga kepedulian terhadap aktiviti keluarga harus menjadi keutamaan. Menjadi pendorong dan pembantu kepada suami dan anak2.


4)Naafi'ah fi tagyiiri biiatiha

Peduli /cakna terhadap persekitaran.Selalu membuka mata dan telinga untuk mengetahui keadaan sekelilingnya, selalu mengupayakan lingkungannya menjadi lebih baik.


wallahualam.....

******************************************************************************





Jangan LARI fokus..


Assalamua'laikum....jemputla masuk.....

Alhamdulillah.. 6 Ramadhan sudah................


Hari ini Allah beri peluang lagi untuk bernafas...Moga lebih baik dari semalam.....:)

Pertarungan diteruskan...tidak dinafikan sebagai seorang yang bergelar pelajar..banyak perkara yang perlu disiapkan..ke hulu ke hilir mencari penyelesaian tugasan..Senior ana yang telah tamat sempat berpesan....'siapkan tugasan cepat-cepat!!Jangan jadi macam ana terpaksa bertarung last minute..tapi Alhamdulillah, dapat juga grade...'

OK!!!! hehe...tersenyum tapi penuh kerisauan.....emph, betul...seronok bergelar 'budak final year' tapi kena 'kerja lebih'.itu syaratnya..................


Menjengah seketika blog yang menjadi sahabat maya sejak 2 tahun lalu...banyak yang diperoleh...menulis penulisan sendiri adalah sesuatu yang menyeronokkan.....

Bukan terhad hanya di sini sahaja...apa-apa yang kita buat, kalau kita suka dan fokus..pasti menyeronokkan....JANGAN LARI FOKUS........+ ceria-ceria selalu!!!!

*********************************************************************************


Saturday, August 14, 2010

PUTUS.....






Assalamua'laikum ..Alhamdulillah, sudah 4 Ramadhan ....

Emph....di luar sana hujan lebat.....sejuk je rasa, damai dan tenang je jiwa.
Sedang dalam mood online mencari input-input untuk diri, tertarik pada artikel di dalam iluvislam.com. Jom kita baca..terutamanya yang bergelar wanita, perempuan, gadis.....yang pernah putus cinta atau tekad menunggu cinta teman sepanjang hayatnya..mudah-mudahan ada iktibar buat kita para wanita. Benar.., sebesar-besar fitnah kaum lelaki adalah disebabkan wanita...jadi, dalam pada kita berusaha menjaga diri ....moga2 kita jua tidak mengakibatkan dosa kepada kaum adam. Wanita perhiasan dunia, seindah perhiasan adalah wanita yang beriman. Wanita-wanita Islam semua...moga Allah lindungi kita dan sentiasa menjadikan kita insan yang lembut memuhasabahkan diri dan hati kita..Amin...(peringatan lebih2 lagi buat yang menaip ni!!!)
Muslimat power3x!!! :)

*********************************************************************************

MUSLIMAH vs PUTUS CINTA

umum kita sudah mengetahui bahawa berpasangan, bercinta, selain daripada hubungan suami isteri adalah salah dan berdosa di sisi Islam (haramla kiranya..).Namun ramai yang hanyut dalam dunia ini....Setelah terngadah baru tersedar bahawa cinta yang terbina memakan diri sendiri. Cinta yang terjalin akhirnya tinggal impian, punah segala harapan dan janji-janji.


Kesunyian akan datang menerpa. Tetapi ingat wahai muslimah, jangan pernah berkata hati anda kosong hanya kerana- i have no boyfriend..sebab Allah tetap ada..kembalilah bersujud kepadaNya. Tanamkan kepercayaan dan bersangka baik pada Allah...

Sememangnya jodoh itu ketentuan Ilahi. Benar, ia tidak datang bergolek..perlu ada usaha dan doa..Jadi berdoalah kepadaNya moga dipertemukan lelaki yang baik, beriman dan sekufu dengan diri,terima diri seadanya....Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik, begitulah sebaliknya...dan bukan lelaki yang hensem untuk perempuan yang cantik..(lawak juga kan artikel ni!!!hehe..)


Jika inginkan jodoh yang baik perbaikilah diri, muhasabahlah diri , hentikan perkara yang dilarang-Nya dan lakukan suruhan-Nya selagi mana pintu taubat masih terbuka luas..Disini diutarakan beberapa tips kepada para muslimah. Jangan jadikan kegagalan dalam ikatan perhubungan yang putus sebagai penamat riwayat hidup.Teruskan berusaha kerana dirimu begitu berharga!!!


TIP2X....


- Kembali kepada-Nya: banyakkan amal ibadah termasuk amalan sunat.


-sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah:Ingat semua itu adalah ujian daripada-Nya dan Allah tidak menurunkan ujian jika hambaNya tidak mampu.Bersabarlah...


-meminta nasihat dan rujukan daripada ibu bapa dan orang2 yang dipercayai.


-jauhkan semua kenangan daripada penglihatan anda supaya anda tidak sedih.


-sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti.


-muhasabah diri: terima hakikat bahawa dia bukan milik anda dan ada yang lebih baik untuk anda.Allah lebih mengetahui...


-bergaul dan berkawan dengan ramai orang(secara x langsung, sedikit demi sedikit kesedihan akan hilang)..Jadi, perlu berterima kasih pada sesiapa yang setia menemani anda.....!!!


Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu sesiapa yang memerlukan. Ayuh muslimah..bangkitlah dengan kekuatanmu.Cinta manusia bukan segalanya, cinta Allah cinta hakiki. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta pada-Nya, Allah akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.


"A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall of each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late or maybe forever!'


Sulamkanlah cinta dengan ikatan yang sah.wassalam...


********************************************************************************


Teringat pula kata2 Ustazah Bahyah semasa ceramah Ketika Cinta Bertasbih tahun lalu..


Kita orang perempuan, mesti kena jaga maruah. Jika ada lelaki yang cuba goda cakap...


"Don't you ever ever touch me!!!'


hehe....banyakkan perkara yang perlu dijaga sebagai seorang perempuan apatah lagi sebagai perempuan Islam. InsyaAllah, mudah-mudahan kita sentiasa muhasabah diri dan cuba perbaiki diri. sekadar perkongsian. wassalam.



Friday, August 13, 2010

Marhaban yaum al-jumu'ah....



Marhaban Yaum al-jumu'ah.(selamat datang hari Jumaat!!)

Alhamdulillah, masuk sudah pada 3 Ramadhan.....
Emph....rindunya pada masakan ibu dan abah di rumah..Zaman sekolah dulu hari2 makan masakan ibu...kadang-kadang abah yang masak....resepi yang berbeza, namun limpahan kasih sayang sentiasa terasa..manis dan indah....Sekarang kena berdikari sebab dah duk jauh..amanah sebagai pelajar.....hehe...
Sahabat sekalian, sedikit perkongsian daripada ana pada hari ini.Mudah-mudahan mendapat input positif kepada semua...insyaAllah..
SESUATU YANG DIINFAKKAN, ITULAH MILIK KITA...
Alangkah indahnya hidup ini, andai dapat kita rasa kemanisan dalam beramal...
Sesuatu yang sangat baik andainya kita dapat lakukan pada awal pagi ini iaitu bersedeqah menurut kemampuan kita. Lebih baik lagi andainya sedeqah itu tergolong dalam sedekah jariah yang pahalanya pasti bakal mengalir ke alam barzakh kelak.
Tidak kira siapapun daripada kalangan umat ini, baik miskin apalagi kaya, baik sakit apalagi sihat, baik lelaki..perempuan..muda atau tua, mereka amat digalakkan melatih diri supaya mencintai dan melakukan amalan bersedeqah secara istiqomah.
Sahabat Nabi s.a.w, Bilal bin Rabah bukanlah orang kaya. Beliau hidup miskin. Namun kepadanya Rasullullah turut menganjurkan sedeqah. Sedeqah tidak membuatkan rezeki seseorang berkurangan, malah bakal bertambah..Muktamad!.
Bilal tidak ragu untuk bersedekah dengan apa yang dimiliki dengan keadaan sesulit mana sekalipun.Dek kerana itu, Bilal tidak pernah papa atau jatuh melarat. Hidupnya penuh kesederhanaan dan mencukupi..
**********************************************************************************
Allah s.w.t telah mengiktirafkan kaum Ansar di Madinah sebagai sebaik-baik manusia.Allah mahu sekalian manusia mencontohi kemuliaan peribadi mereka.
Rujuk surah al-Hasyr ayat 9;
(maksudnya)
' dan orang yang mendiami kota Madinah serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang yang berhijrah itu; dan mereka mengutamakan (kaum muhajirin) lebih daripada diri sendiri, sekalipun mereka di dalam kesusahan. Dan sesiapa yang memelihara dirinya daripada kebakhilannya, maka mereka itulah orang yang berjaya.'
************************************************************************
Kisah kemuliaan akhlak dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh kaum Ansar terhadap saudara seIslam mereka merupakan contoh terpuji yang patut dipraktikkan oleh umat Islam kini.
(lembutkanlah Hatimu , m/s 115 oleh Ustaz Amaluddin Mohd Napiah)
*****************************************************
InsyaAllah, panjang umur kita jumpa lagi ya Jumaat!!!! Salam Ramdhan..wslm..

Wednesday, August 11, 2010

Dia Lebih Baik Daripada Diriku



Pagi yang hening....sepi....maklumla jauh daripada orang ramai!!! Namun kedamaian itu ada terbit di jiwa....ombak yang menghempas pantai mengalunkan lagu syahdu buat muhasabah insan yang lemah dan hina ini.. ..


Pernahkah kita berasa yang diri kita seorang yang tidak berguna kepada manusia? dan pernahkah kita berasa yang diri kita mampu melakukan apa saja? pasti pernah...Namun, seperti yang sering sahabat2 katakan....sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Biarpun sekelumit, mahupun sezarah....moga ada manfaat kita semua kepada insan-insan di sekeliling kita. InsyaAllah....


Menjengah bulan mulia...bulan penuh keberkatan, Ramadhan datang lagi.Alhamdulillah, rahmat dan kasih sayang Allah menemukan kita kepada Ramadhan kali ini..Walaupun tidak tahu masih adakah Ramadhan untuk kita pada masa depan, syukur perlu dipanjatkan sepanjang masa. Moga Ramdhan kali ini mampu menyucikan hati, membersihkan jiwa insan-insan yang sememangnya penuh dosa noda.


Dia Lebih Baik daripada Diriku......

Teringat kisah Abu Bakr bin Abdullah al-Muzani rahimahullah...Beliau pernah berkata:

" Tiada seorangpun yang aku lihat lebih tua daripadaku melainkan aku berkata (pada diriku sendiri): 'Nescaya dia lebih baik daripadaku kerana telah mendahuluiku dalam beribadat dan berbuat taat kepada Allah.' Dan tiada seseorangpun yang aku lihat dia lebih muda (lebih kecil) daripadaku melainkan aku berkata : ' Dia lebih baik daripada diriku kerana aku pasti telah mendahului ( melebihinya) dalam perbuatan maksiat.


Benar, siapa pun kita, nescaya ada orang yang lebih tua dan lebih muda berbanding diri kita. Inilah antara Sunnatullah di alam fana ini. kalau perjalanan ini terisi dengan kebaikan dan penuh manfaat maka bersyukurlah kita. Namun jika perjalanan ini terisi dengan kealpaan, kelalaian, tercetuslah penyesalan yang tidak dapat digambarkan (itupun jika ada yang sedar). Alhamdulillah jika hadir penyesalan. Iramna Ya Rahman..

(Lembutkanlah Hatimu; http://www.ustazamal.com/)


Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :

"Sebaik-baik manusia ialah yang panjang umurnya, baik amalnya. Manakala seburuk-buruk manusia ialah yang panjang umurnya, buruk amalnya." (Riwayat Ahmad)


Berasa diri bukanlah terbaik dan sentiasa memahami erti memberi dan makna menerima perlu sentiasa diterapkan dalam diri. Jika berasa diri hebat, ada yang lagi hebat ...dan ada yang Maha Hebat....iaitu Allah...


Subhanaka ya Rabb,

moga Engkau menjaga dan memelihara kami di dunia ini dan moga kami diberi kesempatan untuk sentiasa beribadat, bermuhasabah dan bertaubat pada-Mu.

Salam Ramadhan 1431 H.

Saturday, July 31, 2010

Maha Perancang


Bismillahirrahmanirrahim...,
Allah yang Maha Merancang segala yang berlaku ke atas hamba-hambaNya...baik mahupun buruk, cepat mahupun lambat, gembira mahupun sedih ....pasti ada hikmah yang tersembunyi.....moga sabar , tabah dan redha sentiasa dalam diri hamba-Nya yang lemah ini.............
Manusia Merancang, Allah merancang...
Sebaik-baik Perancangan adalah perancangan Allah....
Ibu selalu berkata yang anak ibu ini seorang yang kuat semangat.......'Mesti boleh!!!!!'
Jadi...saya mesti kena kuat semangatkan ibu walau apapun yang berlaku?!!!!!!
Ibu tersenyum dan mengangguk tanda setuju....ayah pula x pernah lekang dengan sokongan.....Jatuh bangun anak mereka , mereka sentiasa ada....
Benar...apa yang berlaku adalah hak Allah untuk memberikannya kepada hamba-hamba-Nya....
Medan Muhasabah.
Ramadhan hampir menjelang tiba.Moga apa yang berlaku menjadi anjakan untuk diri menuju medan muhasabah dan menyucikan hati dan jiwa. Moga Allah memberikan yang terbaik....dan menggantikan apa yang hilang dengan sesuatu yang lebih baik.....
wassalam.
coretan hati-hd.

Sunday, July 25, 2010

Bidadari di hati...


"Menjaga anak perempuan tidak sama dengan anak lelaki..Semua kena jaga...Pergi mana-mana kena berteman, jaga adab sopan orang timur...Jangan sampai terikut benda yang tak elok....Dunia ni macam2x dugaan...kalau x pandai jaga diri, x pandai pilih kawan, x kuat agama.......susah!"
nasihat seorang mak cik kepada anak gadis yang duduk di sebelahnya ketika sama-sama menaiki bas ke bandar.Mengangguk-angguk gadis itu sambil tersenyum.
"kalau jadi manusia, jangan jadi manusia biasa...yang longgar jiwanya, rapuh imannya,sempit mindanya, gelap masa depannya...............
Jadilah manusia yang luar biasa..yang gah jiwanya, kental imannya, tertib solatnya, Al-Qur'an juadahnya, luas pandangannya, gemilang masa depannya....
Sesungguhnya jika Allah menyayangi hamba-Nya akan diujinya..apabila dia sabar, maka dipilihnya dan apabila dia redha..Allah mengasihinya."
Bidadari di Hati....
"anak-anak perempuan ibu adalah bidadari di hati ibu dan abah";)
Bidadari di Hati....
" isteri solehah adalah bidadari di hati seorang suami"
Bidadari di hati...
"sahabat2 muslimah sejati adalah bidadari di hati sahabatnya"
Alangkah indahnya hidup ini andai sentiasa dalam landasan agama....
Tidak mudah terpana dengan nikmat dunia....
Alangkah bahagianya andai jalan menuju akhirat sana...
Cahaya dan rahmat-Nya ada bersama