Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Wednesday, August 11, 2010

Dia Lebih Baik Daripada Diriku



Pagi yang hening....sepi....maklumla jauh daripada orang ramai!!! Namun kedamaian itu ada terbit di jiwa....ombak yang menghempas pantai mengalunkan lagu syahdu buat muhasabah insan yang lemah dan hina ini.. ..


Pernahkah kita berasa yang diri kita seorang yang tidak berguna kepada manusia? dan pernahkah kita berasa yang diri kita mampu melakukan apa saja? pasti pernah...Namun, seperti yang sering sahabat2 katakan....sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Biarpun sekelumit, mahupun sezarah....moga ada manfaat kita semua kepada insan-insan di sekeliling kita. InsyaAllah....


Menjengah bulan mulia...bulan penuh keberkatan, Ramadhan datang lagi.Alhamdulillah, rahmat dan kasih sayang Allah menemukan kita kepada Ramadhan kali ini..Walaupun tidak tahu masih adakah Ramadhan untuk kita pada masa depan, syukur perlu dipanjatkan sepanjang masa. Moga Ramdhan kali ini mampu menyucikan hati, membersihkan jiwa insan-insan yang sememangnya penuh dosa noda.


Dia Lebih Baik daripada Diriku......

Teringat kisah Abu Bakr bin Abdullah al-Muzani rahimahullah...Beliau pernah berkata:

" Tiada seorangpun yang aku lihat lebih tua daripadaku melainkan aku berkata (pada diriku sendiri): 'Nescaya dia lebih baik daripadaku kerana telah mendahuluiku dalam beribadat dan berbuat taat kepada Allah.' Dan tiada seseorangpun yang aku lihat dia lebih muda (lebih kecil) daripadaku melainkan aku berkata : ' Dia lebih baik daripada diriku kerana aku pasti telah mendahului ( melebihinya) dalam perbuatan maksiat.


Benar, siapa pun kita, nescaya ada orang yang lebih tua dan lebih muda berbanding diri kita. Inilah antara Sunnatullah di alam fana ini. kalau perjalanan ini terisi dengan kebaikan dan penuh manfaat maka bersyukurlah kita. Namun jika perjalanan ini terisi dengan kealpaan, kelalaian, tercetuslah penyesalan yang tidak dapat digambarkan (itupun jika ada yang sedar). Alhamdulillah jika hadir penyesalan. Iramna Ya Rahman..

(Lembutkanlah Hatimu; http://www.ustazamal.com/)


Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :

"Sebaik-baik manusia ialah yang panjang umurnya, baik amalnya. Manakala seburuk-buruk manusia ialah yang panjang umurnya, buruk amalnya." (Riwayat Ahmad)


Berasa diri bukanlah terbaik dan sentiasa memahami erti memberi dan makna menerima perlu sentiasa diterapkan dalam diri. Jika berasa diri hebat, ada yang lagi hebat ...dan ada yang Maha Hebat....iaitu Allah...


Subhanaka ya Rabb,

moga Engkau menjaga dan memelihara kami di dunia ini dan moga kami diberi kesempatan untuk sentiasa beribadat, bermuhasabah dan bertaubat pada-Mu.

Salam Ramadhan 1431 H.

No comments:

Post a Comment