Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Monday, April 29, 2013

KALI PERTAMA ......INI KALI LAH!!!



KALI PERTAMA....INI KALILAH!
Saban hari membaca akhbar,televisyen dan ‘online”,banyak yang kita perlu fikirkan.Benar, menjadi insan di kalangan masyarakat yang pelbagai ragam adakalanya membuat saya lebih gemar untuk memerhati dan berfikir sendiri berbanding bercakap tanpa fakta dan hanya khabar angin yang belum tentu kebenarannya. Tugas kita sebagai pembaca bukanlah sekadar menerima semuanya dan hadam,tetapi perlu terima,hadam, kaji dan bertindak mengikut pemikiran yang rasional. Pilihan bukan mudah untuk dilakukan,namun ia perlu untuk permulaan yang lebih baik.

Bahang pilihanraya telah terasa.Adakala darjah kepanasannya tinggi, adakala ia suam-suam sahaja.Semuanya bergantung kepada bagaimana pengendalian dilakukan di setiap kawasan yang bertanding.Harap-harap tiadalah rusuhan atau jenayah mahupun adegan yang tidak baik berlaku sepanjang pilihanraya Ahad minggu hadapan.Paling penting pandai kawal emosi dan tidak cari gaduh!

Saya masih ingat lagi ketika pilihanraya 5 tahun lalu,saya masih belum cukup umur untuk mengundi.Bukan setakat tidak dapat mengundi,roh untuk mengikuti perjalanan pilihanraya sepenuhnyapun tidak saya lakukan.Maklumla tidak berminat dan mungkin juga faktor umur yang masih belum matang.Namun,kini saya fikir tindakan saya salah. Sebagai seorang yang berstatus warganegara Malaysia,saya perlu tahu apa yang berlaku,adakah ia akan mempengaruhi keadaan negara?PES kata guruku...Politik,Ekonomi dan Sosial perlu dititik beratkan menyusuri tunjang utama agama,bangsa dan sebagainya.Masa depan negara.......emmmmmm......Memandangkan ini merupakan pengalaman kali pertama mengundi,maka saya akan gunakan dengan sebaiknya. Fikir dan renung siapa layak di barisan hadapan, siapa yang bagus bertindak sebagai pemain simpanan,sebagai penonton atau sebagai pekerja.Pilihan di tangan kita maka pilihlah dengan sebaiknya....
Kepada semua yang berpeluang mengundi, gunakanlah peluang dengan sebaiknya.Pilih calon yang berkebolehan bukan calon yang hanya kata boleh sekadar di mulut sahaja.:) Semoga PRU kali ini menjadi medan pentarbiyahan buat semua.Ambil yang baik, yang tidak jadikan ikhtibar. Selamat mengundi mak abah dan semua rakyat Malaysia.

Salam mengundi !!!! Nursolehah Ahmad.