Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Saturday, April 7, 2012

Anak dan Ijazah Akhlak Terpuji

Assalamua'laikum..... :)


Salam kasih sayang saya tujukan kepada semua insan yang bergelar ibu bapa.....dan bakal menjadi ibu bapa.Tidak lupa juga buat insan yang bergelar anak....Ketahuilah kita dijalinkan Allah dengan ikatan kasih sayang.....Moga hati sentiasa dipenuhi rasa ini...Ameen.

Hari ini saya ingin berkongsi cetusan/rasa hati saya kepada sahabat-sahabat blogger dan saudara-saudara alam maya tentang "anak". Berbicara tentang anak,pasti yang dapat merasainya insan-insan yang bergelar ibu bapa.Emak selalu cakap....bukan senang nak jaga dan didik anak-anak....Memang betul...jika salah percaturan,salah didikan,terlalu dimanjakan...apa yang anak-anak ingin,semuanya diberi tanpa pernah berkata "tidak" atau "tak boleh"...maka sudah pasti anak-anak yang dibentuk tidak dapat berdikari.Kesian mereka kelak..kerana pasti sukar untuk bertahan dalam kehidupan jika asyik bergantung kepada ibu bapa.Tanggungjawab ibu bapalah yang sukar untuk difahami dan diertikan melalui kata-kata.Syabas kepada semua ibu bapa yang menjadikan anak-anak mereka insan yang mampu bergerak sendiri,membuat keputusan sendiri,mampu melakukan kerja-kerja....pendek kata mampu meneruskan kehidupan dengan baik. :)

Wahai anak,
Kita adalah hamba Allah yang jua mempunyai hati dan keinginan.Salutlah keinginan,apa jua yang kita mahu dengan panduan aqal dan iman.Semua ibu bapa mahukan yang sebaiknya buat anak-anak,kalau boleh lagi baik..lagi bagus daripada mereka...Pasti!!!!!!!!! Jadi,dari sudut pandangan seorang anak.......jadilah yang terbaik....Bukan hanya berjaya membuktikan "aku mampu berjaya" dalam kehidupan dunia......malah pasti berjaya dalam kehidupan akhirat....:)


    
ANAK dan IJAZAH AKHLAK TERPUJI.

"Tengok anak si A tu...tak hormat orang tua langsung..Boleh pula dia lalu depan kita tapi buat buta jea....Takde nak senyum.....salam apatah lagi....."

"Ya Allah...baiknya budak tu...Sapela mak ayahnya...Beruntung betul...Sejuk perut mak mengandung."

Situasi di atas adalah dua situasi yang berbeza untuk kita fikir-fikirkan...Menjadi anak yang mempunyai "degree of good attitude" adalah sesuatu yang sukar tetapi bukan mustahil. Anak yang menjadi penyejuk mata.....sentiasa membahagiakan kedua ibu bapa dengan akhlaknya yang baik,bahasanya yang tersusun,kata-katanya yang sopan....peribadinya yang indah.....Harta yang telah digilap oleh ibu bapa dengan sebaik-baiknya...ditambah pula dengan cintanya pada Allah dan agama.....maka sudah pasti ibu bapa dapat pergi meninggalkan dunia dengan rasa tenang kerana telah menjaga amanah dan tanggungjawab yang Allah beri dengan sebaiknya.

"Anak Soleh dan Solehah sebagai harta ibu bapa yang paling bernilai."

Wahai para ibu,para bapa......didiklah anak-anakmu dengan sebaik-baiknya.....Tidak mengapa jika tidak mampu menyediakan keperluan harta yang banyak buat mereka.Namun didiklah mereka dengan akhlak yang mulia,cinta pada Tuhannya,hormat dan sayang pada orang tua dan saudara-saudaranya......ajar mereka membaca Al-Qur'an...didik mereka memahami Islam...:")

Wahai insan yang bergelar anak.......sayangilah Allah dan rasul,sayangilah ibu bapa yang berkorban segalanya buatmu......jadilah anak yang berjaya memperoleh "Ijazah Akhlak yang mulia"....bantulah apa yang kamu mampu....dan berbahagialah dengan menjadi anak yang soleh,berilmu dan berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat jua.

Wahai para bakal ibu,bakal bapa........dalami ilmu,muhasabah diri selalu....akan datang amanah Allah akan tiba untuk dijaga,dididik,dibelai.....jadilah yang terbaik untuk anak-anak dan buatlah yang sebaiknya....Kita pernah dididik,dijaga...maka akan datang giliran kita pula melakukannya...

~SELAMAT BERJAYA SEMUA! Kita cipta bersama insan-insan yang memiliki "Ijazah Akhlak Terpuji"~

NURSOLEHAH AHMAD 


No comments:

Post a Comment