Assalamua'laikum....salam perkongsian pendapat buat semua.Bagaimana keadaan sahabat maya semua?Bertindak serba tahu tentang isu sekitar atau masih menjadi pihak berkecuali untuk sebarang berita? Nasihat saya,bukalah minda dan mari kita bersifat ambil tahu dan ambil berat tentang perkara yang sepatutnya.Mendengar dan melihat tidak semestinya kita terima bulat-bulat tetapi perlu ada analisis dan berfikir dengan akal fikiran yang waras.Betulkah tindakan itu?Mengapa jadi begitu?Pasti ada yang memacu pergerakannya.Semua perkara terjadi dengan adanya pergerakan...sama ada pergerakan minda mahupun fizikal. :)
Saya terfikir dengan apa yang berlaku kepada dunia kini...makin tidak keruan jadinya bukan?Disini sana ada sahaja pergolakan,penindasan....dunia yang menakutkan.Apabila kebendaan menjadi saingan kepada nilai kemanusiaan dan alam semulajadi...semuanya menjadi berpecah..ada yang menyokong yang benar,banyak yang berdiri di belakang kebatilan.Mana satu yang benar?Mana satu yang salah?Kita menjadi sangsi dengan bukti yang dibentangkan.Itulah hakikat kehidupan kini.Namun,percayalah...lambat laun kebenaran pasti terbukti dan mampu mengatasi kejahilan dan kejahatan.:)
Bercakap tentang "Standard 3.0" adalah suatu tahap yang tinggi.Jika seseorang itu mendapat PNGK 3.0 semasa belajar ,sudah dianggap bagus...Ada sukatan yang sesuai untuk digambarkan mengapa ia digazetkan sebagai 3.0.Pasti ia merupakan suatu tahap kematangan yang boleh dikatakan baik. Saya melihat situasi perhimpunan BERSIH 3.0 dalam mata kaca seorang wanita yang bersifat natural.BERSIH telah mencapai anjuran kali ke-3.Pada pendapat saya,pasti ia suatu proses kematangan penganjuran perhimpunan yang baik kerana telah beberapa kali diadakan perhimpunan seperti itu.Ada beberapa rakan saya yang mengutuk,ada juga yang menyokong...semuanya berdasarkan prinsip mereka masing-masing.Penilaian adalah melalui diri sendiri.Kalau nak sokong,sokong...kalau tidak mahu,cakap saja tidak mahu.Namun setiap sokongan dan bantahan itu perlu kita sandarkan kepada bukti yang realistik dan adil untuk kedua-duanya.:)
Bagi skop kita sebagai manusia,di manakah pencapaian ilmu kita?agama kita?sahsiah kita?ingin mencapai "standard biasa-biasa"atau tahap optimum?Pasti kita ingin mencapai darjat yang terbaik disisi Allah pastinya dan manusia umumnya.Betul?:) Tepuk dada tanya iman.
Wallahua'lam.
~Nursolehah Ahmad~Selangor
No comments:
Post a Comment