Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Thursday, December 2, 2010

Cinta Putih 5 : ya Rasullullah...


Bismillahirrahmanirrahim....

:) Sebiru hari ini....

"Selamat Meneruskan Perjuangan di tempat praktikal...Buat yang terbaik...lagi baik dari kakak!Maaf kalau tidak dapat jadi kakak yang sebaiknya... :)"

"Saya percaya apa yang kak buat ada sebab. Benda dah lumrah. Saya masih anggap kak ibarat kak saya sendiri..masih respect seperti hari pertama kenal kak. syukran atas nasihat juga. :)"

-Moga Allah permudahkan urusan adik2ku.amiin.

*********************************************************************************
2 Disember 2010,

"Piqah,....selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-17. Moga diberkati Allah hidup. Buat yang terbaik untuk SPM. Tinggal baki 2 paper lagi..chayok2x! Kena lawan result along ya.."

" Hahaha...doakan piqah, along. Pekse fizik ary ny"

- Emph..hancur penggunaan bahasa kami..biasala..ayat sms. Moga Allah mudahkan urusan adik2ku..amiin.

************************************************************************************

Emph, banyak part hari ni....tu la..macam fikiran ni tengah ligat mencari idea...Seligat bola bowling semalam.. Bersukan seketika..Walaupun tangan sakit sebab banyak kali ambil bola bowling yang berat..tapi best..Lepas ni cuba sukan lain pula. :)

Pergi menerjah mukabuku seketika, lawat blog2 sahabat....rata-ratanya banyak yang memperkatakan tentang luahan hati, perasaan,cabaran akedemik,perjuangan dan keluarga... ada tentang isu semasa juga ....emph.....banyak juga sebut tentang nikah...Hehe, biasalah semua dah besar panjang....dah layakpun untuk menikah. Apa2 pun sahabat2 seangkatan, moga dimudahkan urusan kehidupan. amiin..

*************************************************************************************

CINTA PUTIH 5.

Cinta Putih ana dah menjangkau bahagian ke-5. Suka guna tajuk 'Cinta Putih' ini. Ada kisah di sebaliknya. kali ini ana ingin membawakan suatu kisah daripada kisah kehidupan Rasullullah s.a.w. Teringat zaman kanak-kanak dulu....masuk nasyid...dan kebanyakan lagu2 yang dinasyidkan adalah berkaitan dengan Rasullullah s.a.w. Dalam mengajar kami bernasyid, ustazah tekankan juga kisah2 di sebalik lirik lagu ...dan betapa perlu kita berselawat ke atas Rasullullah s.a.w setiap hari. Jika sahabat2 ada kelapangan, jom explore folder nasyid dan dengarkan lagu2 memperingati Rasullullah s.aw.

Kekasihku ya Rasulullah s.a.w- Cahaya wajah Rasulullah, berdoa dan kisah kijang dan anaknya.

Cahaya Wajah Rasulullah s.a.w.

- Telah diriwayatkan drpd Siti Aishah telah berkata:"Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum dari tanganku, tiba2 kebetulan lampupun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata.

"Ya Rasulullah, alangkah bercahayanya wajahmu!"

Aishah bertanya lagi,"Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"

Rasulullah menjawab,:"Orang yang bakhil. iaitu orang yang ketika disebut namaku di hadapannya, dia tidak mengucap selawat ke atas ku."

Berdoa.

- Berkata al-Barra' r.a. bahawa nabi Muhammad s.a.w. bersabda,"Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."

Kijang dan anaknya.

-Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu disisi Rasulullah s.a.w. dengan membawa kijang yang ditangkapnya. Lalu Allah s.w.t menjadikan kijang itu bercakap kepada Rasulullah s.a.w.:

"Wahai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada beberapa ekor anak yang masih menyusu dan sekarang aku ditangkap sedangkan mereka kelaparan. Oleh itu diharap perintahkanlah orang ini untuk melepaskanku seketika dan aku akan kembali ke sini setelah menyusukan anak2ku".

Bersabda Rasulullah s.a.w: "Bagaimana jika engkau tidak kembali?"

Kijang itu berkata bahawa jika ia tidak datang, Allah akan melaknatnya seperti mana laknatnya Allah terhadap orang2 yg tidak mengucap selawat keatas Nabi s.a.w apabila disebut nama baginda.

lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan kijang itu dilepaskan dengan baginda sebagai penjaminnya dan tidak lama kemudian kijang itu datang kembali.


Maka turunlah malaikat Jibril a.s dan berkata kepada nabi Muhammad s.a.w. : Hai Muhammad, Allah s.w.t mengucapkan salam kepadamu dan Allah berfirman : Demi kemuliaan dan kehormatan-Ku, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak2nya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau (Rasulullah) sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau (Rasullullah).


(mohon dimaklumkan jika terdapat kesalahan dari segi cerita/sumber)
Pengajaran besar dari intipati kisah ini ialah "rajin2 dan ringan2 kanlah mulut berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w." :)

************************************************************************************
"Iman manusia biasa..mudah turun dan mudah naik..Moga Allah seiringkan hati dan jiwa kita semua pada jalan kebaikan dan kebenaran. moga Allah sematkan rasa benci dalam hati kita pada kemungkaran. Moga Allah jumpakan kita pada keinsafan dan jalan redha. Lembutkan lidah kita untuk berkata yang baik2 sahaja, berzikir padaNya , berselawat pada rasul-Nya.Mengizinkan kita hidup dan mati dalam agama-Nya. :) Aminn.."


Moga ada manfaatnya untuk semua.Wassalam-Nursolehah.
2 Disember 2010, Kampus UMS.

No comments:

Post a Comment