Tetaplah Disisiku
Ya Allah…
Dimanakah ku harus berlabuh…
Saat semua dermaga menutup pintu,
Dan berkata “ ini bukan untukmu…”
“Segara menjauh karna disini bukan tempatmu….!!!
”Ya Allah…Katakan padaku, dermaga untukku berlabuh…???
Agar ku segera menghela nafas kehidupan yang baru.
Sampai kapan ku harus arungi waktu,..
Ku lelah Menunggu suatu yang tak pasti walau hanya Satu,..
Ya Allah …
Beri aku penerang jalan-Mu
Agar tak tersesat saat ku melaju,..
Kuatkan awak kapalku,
Saat badai menghalangi jalankuYa Allah …
Tetaplah disisiku,Jangan Engkau menjauh dariku…
Karna ku mati tanpa hadir-Mu
**********************************************************************************
Bismillahirrahmanirrahim.....
Menuju puncak sayang dan cinta pada Ilahi bukanlah angan2 kosong..namun perlu menjadi impian dan harapan dalam diri setiap insan yang lahir ke dunia. :) Salam pertemuan buat kesekian kalinya.
Hari ini genap tempoh sebulan sembilan hari ana tidak mengupdate madrasah kesayangan ana memandangkan kekangan yang tidak dapat dielakkan. Alhamdulillah masih berpeluang untuk bernafas dan berceloteh bersama-sama rakan2 sekuliah....masih mampu untuk mengusik sahabat2 dan adik2 di kampus....masih hadir untuk menyayangi insan2 yang sentiasa menyokong diri ini......dan yang indahnya, masih ada saki baki ruang untuk mengucapkan syukur pada Allah atas kurniaan hidup ini. :)
Jika tidak mampu untuk teruskan kehidupan kerana diri sendiri, hiduplah dan teruskanlah perjuangan demi orang2 yang menyayangi diri..........kata2 ini terngiang2 dalam benak fikiran di saat berlabuhnya rasa lemah dan tidak terdaya. Betul..kena sentiasa kuat semangat...
sepotong ayat Al-Qur'an ada menitipkan...La Tahzan, innallahhama'ana........InsyaAllah, menjadi bekalan dalam kehidupan.Hidup adalah perjuangan. :)
Dunia dinihari melampiaskan pelbagai persoalan dalam ruang minda diri...bukan sekali dua namun sentiasa. Masa terus beredar dengan beredarnya teknologi yang semakin mapan, keadaan masyarakat yang semakin terdedah kepada pelbagai keadaan mahupun baik ataupun tidak....hakikatnya dunia terus berputar dan kita terus berjalan dan terus berjalan sehingga ajal datang menitipkan salam pertemuan, maka pada masa itu 'salam perpisahan dunia" kita hulurkan.
Ramai yang menggunakan kata2 bahawa hidup ini umpama roda...sentiasa berputar...kadang-kala kita berada di puncak..dan adakala di bawah menjadi tempat kita. Hakikat itu memang benar...:) Namun, sejauh mana kita menghargai nikmat kehidupan yang sebenarnya telah direzekikan kepada kita? Ana selalu diingatkan bahawa hargai apa yang ada di hadapan mata daripada mengejar sesuatu yang belum pasti bermanfaat pada kita....Allah memberi apa yang kita perlu daripada memberi apa yang kita mahu. maka bersyukurlah. :) Renungilah dan hayatilah bait-bait kata dalam Surah Ar-Rahman..Allah berulang2 kali menyatakan ayatNya yang bermaksud...Nikmat apakah yang kamu dustakan?...:)
Sahabat-sahabat...menjadi diri kita sendiri, menyayangi apa yang telah Allah kurniakan kepada kita dan menerima semua seadanya adalah satu kemanisan yang pasti kita tidak akan mampu tandingi dengan yang lain. Moga kesabaran sentiasa di hati kita, syukur sentiasa kita ucapkan dan redha menjadi pengukuhan dalam jiwa. Tanpa Tuhan ..hidup menjadi tiada arah...tanpa ibu bapa, tiada kita di dunia..tanpa teman2 terasa kosong hidup di dunia...tanpa amalan dan ibadat..tenang tidak berjaya kita kecapi..Banyak sebenarnya yang menyokong dan mendokong diri kita sama ada kita sedar atau tidak..Jadi diri kita seadanya..buat yang terbaik dalam kehidupan...dan sayangi semua yang ada disekeliling kita. Hidup adalah untuk memberi...Mudah-mudahan baik yang kita beri, baik juga pulangannya nanti.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment