(entri khas buat adik-adik sekolah rendah yang mengenali kakak sepanjang kita berprogram...)
Assalamu'alaikum adik2...moga semuanya sihat.Terima kasih sebab ada yang telefon kakak dan sudi jenguk blog kakak..moga semuanya sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t.
memandangkan cuti sekolah baru sahaja habis....semuanya pasti tengah menjalani kehidupan sebagai pelajar....ada yang dah nak UPSR tahun ni.....ada yang masih main-main lagi..maklumlah masih rasa diri kecil.....Apapun adik-adik, langkah demi langkah, peringkat demi peringkat akan terus kita lalui.....sehingga Allah datang jemput kita...Masa tu, dunia dah tak da apa-apa makna buat kita. :)
***********************************************************************************
Emph...kesempatan terkandas disebabkan hujan ni kakak ambil dengan menitipkan sedikit pengalaman semasa cuti yang lalu. Orang kata .."jauh perjalanan luas pemandangan"..memang betul...semakin banyak tempat yang kita pergi, kita jelajah...maka makin banyak budaya, makanan, suasana tempat orang yang kita boleh tahu.
Pengalaman semenjak kecil sampaila sekarang....pergi banyak lawatan!!!!! best sangat...!!!!! Pergi zoo, muzium, air terjun, tempat makan angin..macam Cherating, Pulau Langkawi, ..jelajah banyak tempat.....hehe....suatu keseronokan yang tiada nilaiannya....
Cuti yang lepas,kakak, ibu bapa dan adik2 kakak sempatla melawat beberapa tempat..yang paling best....Zoo Negara...kata adik2 kakak yang dua orang nie(gambar-ira dan alia). Sepanjang beberapa jam berada di dalam zoo...x menang kaki nak melangkah pergi ke serata tempat....namun disebabkan seronok dan asyik mengambil gambar..penatpun mereka tidak terasa. Selepas keluar daripada zoo..sepanjang masa di dalam kereta ..mereka sibuk menceritakan pengalaman mereka, haiwan2 yang mereka lihat..itu ini...sehinggalah penat dan terlelap. :)
Adik2...suatu pengalaman yang menarik sekiranya adik2 berpeluang untuk pergi lawatan dan menimba ilmu di luar bilik darjah...Tidak kisahlah pergi dengan mengikut lawatan dari pihak sekolah, pergi bersama keluarga...dan sebagainya..Yang penting jangan buat lawatan sorang2x......bahaya..:)
Buat guru-guru, ibu bapa....penjaga...tidak salah membawa anak-anak kecil ini berjalan sekali-sekala....hakikatnya, ini juga merupakan satu method atau kaedah dalam memupuk rasa kasih sayang, mengeratkan ikatan ,dan membawa anak-anak menyayangi kehidupan lantas bersyukur atas nikmatNya. Wallahualam..
**********************************************************************************
-Nursolehah, osc,5:54petang,18jan-
No comments:
Post a Comment