Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Friday, May 28, 2010

Mintalah Pada-Ku...


Salam pertemuan. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Manusia adalah hamba Allah s.w.t. yang telah diberi keizinan oleh-Nya untuk hidup di muka bumi ini. Luasnya bumi terbentang indah, memukau pandangan manusia dengan kecantikan dan keunikan tersendiri yang pastinya terjadi diatas kekuasaan Allah s.w.t.
Dalam menyusuri laluan kehidupan...elemen-elemen perasaan yang pelbagai dan cabaran yang bertubi-tubi pasti akan ada.Semuanya untuk menguji sejauh mana kekuatan dan keimanan kita sebagai hamba Allah.Dalam kita berjuang dan terus berjuang dalam kehidupan ini...pasti tidak lekang dalam diri kita 'harapan' dan 'permintaan' kepada Allah...Doa menemani perjalanan kehidupan...........
Doa ialah elemen yang sangat penting dalam kehidupan seorang muslim. Ia merupakan perasaan pengakuan hamba terhadap kekuasaan Allah yang mutlak terhadap segala yang berlaku. Dalam pendefinisian yang lain juga, doa ialah bentuk pengabdian seorang hamba kerana hadirnya perasaan berhajat kepada Allah.
daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. , Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:
'mohonlah kebaikan/kelebihan daripada Allah kerana sesungguhnya Allah suka diminta kebaikan/kelebihan dan sebaik-baik ibadah ialah menunggu kelapangan(terlepas daripada kesusahan)'- hadis riwayat Tirmizi.
Doa adalah senjata orang mukmin...
Doa adalah penggerak dalaman yang memberikan kekuatan, keyakinan, harapan dalam apa jua amal perbuatan. Manusia yang enggan berdoa adalah manusia yang menutupi dirinya daripada pelbagai pintu kebaikan.
Allah amat menyukai hamba-hamba-Nya yang sentiasa meminta pada-Nya.
Firman Allah s.w.t. dalam Al-Qur'an:surah al-Baqarah:186:
"dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) mengenai Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran.'
Allah mendengar segala rintihan hambaNya. Doa adalah jambatan yang menghubungkan hamba dengan Tuhannya-Allah s.w.t. dengan lebih akrab. Allah Maha Pengasih Maha Penyayang, Maha mendengar, maha Pemurah..Mohonlah kepada-Nya dengan hati yang tulus dan rendah diri..Bergantunglah kepada Allah kerana Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya.
salam muhasabah dan salam perkongsian..

No comments:

Post a Comment