Disiniku berdiri menjejaki bumi
pernahkah kita berfikir alam penuh rahsia
anugerah yang maha Esa
berjalan bermusafirlah
melihat kebesaran Tuhan
diciptakan untuk mereka berfikir
Berfikir dan bersyukur atas nikmat dan kurniaan
nilai harganya iman dan taqwa
bagi hamba-Nya yang setia
Mengambil sedikit untaian lirik dari kumpulan nasyid Mirwana...benar hikmah kembara ada...bagi mereka yang merasa...
Seorang sahabat pernah ditanya mengapa dia sengaja mencari tempat belajar yang jauh sedangkan yang dekat ada.....jawabnya mudah...nak melihat tempat orang, dapat tambah pengalaman dan ilmu....Berada di tempat yang asing bagi dirinya pada mulanya agak sukar, namun apabila 'Berdikari' itu diaplikasikan..Alhamdulillah, baginya semua boleh ....Bertemu rakan2 dan sahabat2 baru, belajar adat dan budaya ,bahasa, situasi masyarakat, menambah ilmu dan pengalaman ditambah lagi dapat melancong ;melihat dunia luar.....antara kata kuncinya ialah berani untuk berdikari.................
Bagi yang telah dan sedang merasa bagaimana hikmah kembara ini pasti teringat pada cebisan kenangan sepanjang berada di laman orang.....banyak yang ditimba..suka dan duka, susah dan senang...........Yang pastinya, semua kembara dalam kehidupan ini pasti berakhir dengan satu kembara iaitu pengakhiran hidup di alam fana ini...maka cebisan kenangan yang tinggal hanya tinggal kenangan yang juga pasti diingati oleh insan2x yang teristimewa.
..hidup dlm Perjuangan adalah sebaik-baik memori utk di jadikan kenang-kenangan...jiwa yg halus, tabah n cekal yg mengerti nilai susah payah perjuangan ditambah pula kekayaan budi bahasa, maka akan lahir sebuah tulisan yg memberi nasihat tentang perjuangan n kebenaran
ReplyDelete