Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Sunday, December 11, 2011

Kita sahabat sebab kita "sekun"?

Kamus Dewan DBP m/s 1213- Sekun (bahasa Kelantan)= sesuai/serasi
****************************************************************************
"Ku akan bernyanyi dan terus bernyanyi..ku tak ingin lihat kau bersedih"
"Sahabat...untuk selamanya....Kau dan aku sahabat...untuk selamanya...."

Assalamua'laikum dan selamat malam semua....
Lama tak menulis di blog sendiri...rindu rasanya....Alhamdulillah,malam ni ada kesempatan ruang dan peluang untuk mencoretkan sedikit rasa hati.Buat semua yang menyayangi teman....buat semua yang menyayangi sahabat.....tetaplah sayang selamanya walaupun tanpa mereka sedar dan tahu.....tetapi alangkah bagusnya jika sama2 tahu..dapatlah saling menghargai antara satu sama lain...betul tak?:)

Sahabat2 alam maya...cuba kita luangkan sedikit masa....fikir dan senaraikan kawan2 yang kita ingat..kita sayang....agak2 banyak tak?Banyak?Alhamdulillah....bagusla kalau banyak...Sebenarnya kawan/sahabat yang baik memang sukar untuk dicari......apabila dah ada dengan kita..kena jaga dan hargai baik2....Barulah kita mensyukuri nikmat namanya....:) Cuba kita fikir...sahabat2 disekeliling kita jenis yang macam mana?hehe....Ustazah pernah cakap....kalau kita ikhlas nak jadi baik...nak perbaiki diri ke arah yang baik...insyaAllah,Allah akan hantarkan seseorang yang baik untuk mendidik dan menjadi teladan kepada kita....namun bila Allah inginkan sebaliknya,Allah akan hantar kawan yang menyesatkan kita...
Sejarah Islam juga telah memberi contoh terbaik berkenaan persahabatan. Rasulullah s.a.w dikurniakan sahabat2 yang setia berjuang untuk Islam bersama2 baginda seperti isteri baginda iaitu Siti Khadijah, Abu Bakar as-siddiq,Umar al-khattab dan banyak lagi...
Terpulang kepada kita untuk menilai dan memilih....namun kepada Allah jualah kita mohon hidayah agar sentiasa berada dalam lingkungan orang yang baik dan beriman.Ameen...

Kita sahabat sebab kita "sekun"?
Hehe....sayapun tak tau sesuai atau tidak ayat saya...sedang membelek-belek kamus dewan di rumah...terjumpa pula perkataan ini..macam jarang digunakan ..jadi nak cubalah...Kita kena perkayakan bahasa kita..Betul tak?:)
Emm....kenapa kita dapat berkawan lama dengan seseorang/dengan ramai orang yang sampai sekarang tetap kita rapat,masih kita hubungi...mestila sebab kita "boleh masuk"atau serasi dengannyakan?Keserasian juga merupakan elemen yang penting dalam mewujudkan suatu ikatan persahabatan yang erat.Bergaduh dan berselisih faham pasti wujud...memang susah nak elak..tapi bila kita ada elemen serasi ditambah dengan toleransi...memang akan selesai....:)
Jadi sahabat semua....:) sama2lah kita hargai sahabat2 kita...walaupun mereka tahu ataupun tidak kita sayang dan hargai mereka....yang penting doakan mereka selalu.....seperti mana kita doakan ibu bapa,keluarga,umat Islam dan semua orang yang kita sayang!!!! 

Wassalam.

No comments:

Post a Comment