Assalamua'laikum kawan-kawan maya!Sihat?Mudah-mudahan semua sihat hendaknya.Ameen...
Hari ni cuaca kurang cerah...hujan sejak dari pagi. :) Alhamdulillah...mudah-mudahan ia membawa rahmat.Apabila kita memandang ciptaan Allah,bersyukur dan bertasbih...dah boleh dapat pahala....hehe...Kalau kita pandang wajah ibu bapa kita dengan penuh kasih sayang...dapat pahala juga....kalau senyumpun boleh pahala.....:) senangkan nak cari pahala?:)
:) Emmm..tapi bila fikir dosa...memang menakutkan....Ahli sufi,Rabiatul Adawiyah sendiri menyifatkan bahawa dosa-dosa umpama pepasir di pantai.Tidak terhitung banyaknya....sebab tu kita kena sentiasa berusaha untuk muhasabah diri....yang mana yang dirasakan tidak patut kita buat/lakukan...cepat-cepat tinggal dan mohon ampun pada Allah.Moga Allah ampunkan kita..ameen.
Saya tengah mendengar lagu Alhamdulillah (Yassin dan Too Phat)....:) layan lagu rap kejap....sambil-sambil tu,menaipla di madrasah hati ini.:) Cantik liriknya.....
"jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah
entah apabila persimpangan tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba
ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
sentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi
sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
I GIVE UP
"Kalau kita dapat sesuatu...kita cakap apa?"Mestilah Alhamdulillah......
Kalau kita tak dapat apa yang kita nak?Apa kita cakap?:) I give up?? atau InsyaAllah,Allah lebih Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita? :)
"Hitunglah semua nikmat Allah yang telah dikurniakan kepada kita,kebahagiaan kita berbeza antara satu sama lain..asal syukur selalu disandarkan dalam diri...InsyaAllah...semua lancar...dan kita akan terima diri kita seadanya." :)
Pada hari ini,saya ingin berkongsi dengan semua tentang mudah menyerah kalah. Bahasa mudahnya...putus asa.Allah amat melarang hamba-Nya memiliki sifat ini.
"Ibrahim berkata:"Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhannya kecuali orang-orang yang sesat"(Al-Qur'an:Al-Hijr ayat 56).
Sesungguhnya kebanyakan manusia itu apabila ditimpa kegagalan/kesedihan pasti akan berasa gelisah dan berputus asa.Ini antara sifat manusia yang jauh dari Allah.Mukmin yang hakiki tidak akan mudah menyerah kalah ketika ditimpa musibah yang tidak disangka-sangka.
Orang yang putus asa adalah tanda dirinya tidak sabar,tidak mensyukuri nikmat Allah dan tidak redha dengan takdir Allah.Jadi...seorang muslim kena belajar dan perkukuhkan sifat sabar dalam diri,sentiasa tenang dan berlapang dada,tidak mengadu/menghebahkan halnya ke sana sini.
Firman Allah dalam Surah At-Thur ayat 48 yang bermaksud:
"Bersabarlah engkau terhadap ketetapan Tuhanmu kerana sesungguhnya engkau dalam pandangan mata Kami(pemeliharaan Kami)."
Sebaliknya hendaklah seorang muslim itu meyakini bahawa segala bencana/kegagalan yang ditimpakan Allah merupakan ujian yang terkandung pelbagai hikmah.Firman Allah dalam Surah Az-Zumar ayat 10 yang bermaksud:
"Orang-orang yang bersabar itu akan disempurnakan pahalanya tanpa kiraan."
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
"Tiada yang menimpa seorang mukmin daripada bala bencana ataupun kesukaran dan kerungsingan sehingga duri yang menyucukinya melainkan Allah akan menebus dengannya segala dosa-dosanya."
Kawan-kawan,seseorang yang redha dengan qada'dan qadar pastinya tidak mudah untuk menyerah kalah.Jika ditimpa kesulitan akan cepat disedarinya bahawa ada orang lain yang lebih menderita darinya.
POSITIF. :)
Saya selalu katakan pada diri...."kena selalu kuatkan semangat,kalau nak menangis...nangislah puas-puas....habis nangis,kena bangun dan teruskan langkah..:)". Antara kata-kata ini juga saya kongsikan bersama sahabat baik saya andai dia turut jatuh dan "hilang".Saya berharap kawan-kawan juga akan sentiasa positifkan diri......Kena kuat semangat ya!!! Kita kena bersyukur selalu dengan apa yang kita ada. ;)
-Jumpa lagi, Wassalam-
No comments:
Post a Comment