Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Saturday, December 31, 2011

Sekali Kurebah,Sejuta Kali Kubangkit.....

Bismillahirrahmanirrahim......


"Sekali kurebah,sejuta kali kubangkit"
(Novel Cinta Sufi;Ramlee Awang Murshid)


Assalamua'laikum..kita jumpa lagi...Alhamdulillah,hari ini berpeluang untuk menaip di blog hati ini.Seusai menghabiskan dua novel termasuk cerita epik thriller:Cinta Sufi ...:) Sebuah buku lagi..."Cinta..Tiada Akhirnya-Fauziah Ashari".Buku ni kesinambungan buku"Ombak Rindu".Emmm...sekali sekala menatap buku-buku novel ni....seronok juga.Puas rasanya...Apa agaknya akan terjadi kalau sehari tanpa buku?:) Mungkin boleh jadi gila agaknya.......

Meminjam ayat2 Novel Cinta Sufi....:Sekali kurebah,sejuta kali kubangkit" umpama kata2 motivasi...Buku-buku adalah kata-kata tanpa bicara.....buku yang terbaik ialah buku yang memberikan kita sesuatu nilai/ilmu yang berguna sebaik sahaja kita membacanya.Mungkin juga bermanfaat untuk panduan kita dalam melayari kehidupan....pendek kata...jangan sombong dengan buku....yea...walaupun kita telah ada pelbagai teknologi moden......emmm...mungkin boleh juga kita manfaatkan dengan mengunjungi e-book...setuju?:)

Hari ini sebenarnya saya tidak memfokuskan untuk berbicara tentang apa....apa yang terlintas untuk dikongsi bersama sahabat2 maya....saya tulis.Mungkin berguna...sebagai perkongsian....:)

Tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya malam ini....bersamaan 7 safar 1433 Hijrah....Mesti banyak suka duka yang semua alami selama tempoh setahun ini bukan?:)Bila berkata tentang awal/permulaan..pasti kita perlu berani menghadapi akhir/tamatnya sesuatu.Seperti kita lahir ke dunia.....kita pasti akan meninggal dunia juga kelak.:)
Rindu rasanya kepada ahli keluarga dan sahabat2 yang telah menghadap Ilahi lebih awal...banyak kenangan bersama mereka..terasa segar dalam ingatan..
Antara pesanan arwah Tok wan kepada saya dulu ialah.....biasakan diri mengambil wudhu' setiap kali keluar rumah,pergi sekolah atau pergi bermusafir....Tok Wan kata kita tak tau bila kita akan meninggal dunia.Mudah-mudahan kita meninggal dalam keadaan yang baik dan beriman..arwah opah pula selalu sabar dengan karenah manusia....senyum jea...pesanannya,kalau ada tetamu yang datang ke rumah..layan sebaik-baiknya...katanya..tetamu tak lama di rumah kita,paling lamapun sehari dua...Kalau baik kita buat..orang akan selesa dan ingat,cuba kalau layanan tak baik?Kalau tetamu balik..mesti mereka akan sedih...dan mungkin mengutuk layanan kita.Jadi kena buat yang terbaik.Saya melihat cinta mereka tak pernah pudar walaupun wajah dimamah usia.Masih bersama-sama pergi menangkap ikan keli..ikan puyu di parit dan sungai.Sehinggalah bergandingan tangan menaiki kapal terbang menuju ke Mekah.Kini kedua-duanya sudah tiada untuk saya usik dan bersembang.Saya pasti rindukan mereka.."Opah,Tok wan..terima kasih kerana banyak memberikan tips walaupun tanpa sedar"....:)

Sahabat yang baik...kehadirannya menyenangkan,pemergiannya dirasai....kematiannya ditangisi.....Sudah masuk 3 tahun...saya tetap rindukan arwah Aishah....sukar mencari sahabat muslimah sepertinya kini...dia menerima saya seadanya,dia..gadis yang menjaga aib dan maruah sahabat sendiri,yang sanggup menemani saya dalam saya perlukan sokongan kerana tugasan yang menekan.Dia genggam tangan saya kuat-kuat dan katakan dia ada dengan saya....kini,tinggallah beberapa  orang lagi anak itik yang meneruskan saki baki kehidupan ini..moga ada rezeki berjumpanya nanti...saya betul-betul rindukan dia....:)

Perempuan ini memang tidak mengenali saya....tetapi saya kenal dia.Seorang ibu yang berkorban segalanya buat anak-anaknya.......saya pandang gambarnya....saya senyum dan memanggilnya namanya...saya akan sayang padanya seperti mana saya menyayangi mak saya....Suatu hari nanti saya akan melawat pusaranya..mengunjunginya selalu....banyak yang ingin saya ceritakan kepadanya.
"Ibu..,saya akan lakukan yang terbaik.!". Moga saya dapat jumpa ibu itu kelak.:)

-Al-Fatihah-

Mengingati yang tiada...Menyayangi yang setia...
hargai insan-insan yang ada pada kita.

**********************************************************************************************************
Sahabat2 maya....:) Banyak perkara yang sebenarnya sukar untuk dijelaskan melalui penerangan/penjelasan mahupun bual bicara......penilaian setiap manusia berbeza....kita tidak akan mampu memuaskan hati kesemuanya...hanya penilaian Allah yang jitu dan persis.Setiap manusia pasti ada kebaikan dalam dirinya walaupun sedikit....Setiap perkara..percayalah pada hati....dengan cahaya dan kebersihan hati,dengan semaian akhlak Islam pada diri..InsyaAllah,akan bawa kita kepada jawapannya.
:) Maaf jika tersalah bicara....ambil apa yang berguna. :) wassalam
-Nursolehah ahmad-


No comments:

Post a Comment