Bismillahirrahmanirrahim......
J
Salam pertemuan
buat semua pembaca alam maya..juga buat sahabat2x yang kenal hati budi penulis
ini.Moga kita sentiasa lapang dada dan redha dengan ujian daripada Allah s.w.t.
Ujian bukan untuk melemahkan kita...tetapi untuk menguatkan kita...juga sebagai
kifarah dosa.Mudah-mudahan kita tidak cepat melatah dan bersyukur dengan ujian
daripada-Nya.Tidak semua Allah uji dengan kepayahan..begitu juga dengan
kesenangan..yang pasti..kita sentiasa layak untuk diuji.Kita hidup mengikut
arus yang Allah bawa..bukan arus yang kita mahu.Mudah-mudahan kita
sabar...sentiasa bersihkan hati...insyaAllah,akan sentiasa ingin dekat pada
Allah.Ameen...
KITA MASIH DIAJAR
DAN BELAJAR....
Alhamdulillah..hari
ini satu lagi cabaran...untuk saya mengakui yang saya benar-benar lemah tanpa
bantuan Allah..tidak mampu untuk saya bangun,tidak mampu untuk saya tahan luka
dan sakit ini,namun Allah mengingatkan saya bahawa saya layak untuk sentiasa
diuji. J InsyaAllah...ada hikmahnya.Begitu juga
buat sahabat maya sekalian.....kena sabar yea...:) Kita kuat sebab kita ada
Yang Maha Kuat. JKita masih
diajar dan belajar untuk menjadi hamba Allah yang taat dan kuat
semangat.Kehidupan bukan untuk sia-sia..:)
BARANGKALI ALLAH MENGADAKAN SESUDAH ITU SUATU PERKARA
YANG BARU.
“Ingatlah akan
hati yang terluka dan air mata yang membasahi pipi”
Seorang penyair
berkata:Bila anda tahu bahawa sesungguhnya anda telah bersumpah demi waktu
bahawa anda akan mendapatkan segala yang anda inginkan dlm setiap urusan di
setiap masa yang anda lalui.Lalu ia telah bersumpah akan memberikan apapun yang
anda sukai,maka pantas saja anda bersedih hati jika kehilangan setiap peluang
yang tidak pernah tercapai.
Jika anda telah
mengetahui tabiat pengambilan dan pengembalian,pemberian dan
pencegahan....pasti anda mengetahui hakikat bahawa semuanya akan kembali
kepada-Nya.Maka rendahkanlah nada kesedihan anda dan usaplah air mata
anda.Kerana bukan hanya anda yang pertama kali terkena racun zaman dan musibah
atas diri anda bukanlah yang pertama terjadi dan dirakam dalam daftar musibah
dan penderitaan.(Buku La Tahzan:Dr'Aidh Abdullah al-Qarni).
Kitab Al-Qur’an: Surah
al-Baqarah:214
“Adakah kamu
menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal kamu belum didatangi ujian
seperti yang dialami oleh orang dahulu.....?”
KETAHUILAH BAHAWA TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH SELAIN ALLAH.HANYA ALLAH YANG LAYAK DISEMBAH.
"Jalan menuju Allah merupakan sebaik-baiknya jalan"
Adakalanya jiwa ini mengeluh kerana musibah yang menimpanya padahal ada jalan keluarnya semudah membuka ikatan.
Seorang suami sedang bertengkar dengan isterinya,lalu ia berkata:"Sesungguhnya aku akan mencelakakan kamu!Sang isteri berkata dengan tenang:"Engkau tidak akan mampu."Suaminya berkata:"Mengapa tidak?"Isterinya menjawab:"Jika kebahagian berada dalam harta,engkau dapat mencegahnya.Jika kebahagiaan berada dalam perhiasan,maka engkau dapat menahannya agar sampai kepadaku.Kebahagiaan itu bukan pada apapun yang engkau miliki,atau yang dimiliki manusia lainnya.Sesungguhnya aku menemukan kebahagiaanku dalam imanku,imanku ada di dalam hatiku dan hatiku tidak dapat dikuasai oleh seorangpun melainkan oleh Tuhanku."
Inilah yang disebut sebagai kebahagiaan iman.Tiada yang dapat merasainya kecuali insan yang kalbunya dikuasai oleh cinta kepada Allah.Sesungguhnya jalan satu-satunya untuk mencapai kebahagiaan adalah dengan mengenal agama yang benar..agama Islam...:)
(Buku La Tahzan:Dr'Aidh Abdullah al-Qarni).
***********************************************************************
:) Dalam kehidupan kita ni...memang banyak yang kita nak....Kita nak bahagia..tapi kita sedih bila datang musibah....memang itu sifat kita sebagai manusia.Tapi kita kena selalu ingat....kita masih diajar dan belajar tentang hakikat kehidupan.Bila rasa diri sedih,bnyk masalah,miskin,sakit...ape-apela.....cuba kita imbas ..ada tak lagi yang diuji lagi oleh Allah keadaannya?Pasti ada....:) Kalau rasa diri kaya,handsome..cantik.....,bijak.....:) passssti ada lagi yang hebat berbanding kita.....:)
Sebab itu..kita kena sentiasa redha untuk diajar dan belajar....:)
wassalam....
No comments:
Post a Comment