Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Wednesday, June 22, 2011

Ayat-ayat Mu


"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan dijadikannya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah,maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa berlakunya tiap-tiap sesuatu."

(Kitab Al-Qur'an: Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
************************************************************************************
Bismillahirrahmanirrahim...

Bangun pagi dengan lafaz kesyukuran, masih dikurniakan rezeki nyawa dalam diri.
Sahabat-sahabat yang diingati selalu, semoga hari-hari yang dilalui sentiasa mengajar kita agar sentiasa ingat pada Allah, terima cabaran dan ujian dari-Nya dengan hati yang redha.... Dan bersangka baik pada ketentuan Allah. Kita tahu, kita merancang, namun Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Perancang. Tiada upaya melawan ketentuan takdir.

Mungkin ada antara kita kini yang enak bergembira tanpa rasa sedih dan duka. Mungkin ada yang sedang berseronok dengan dunia. Namun ada insan-insan yang Allah tak biar leka dan dibuai mimpi indah dunia. Sentiasa dimedan koreksi minda, hati dan jiwa.

************************************************************************************
Bila jasad bersujud pada Rabb-nya,
Hati merintih menangis hiba,
Betapa kasih Allah padanya,
Rahmat ujian yang tiada tara.

wassalam


-Nursolehah Ahmad.-

No comments:

Post a Comment