Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Friday, December 11, 2009

Mandat Pemerintahan Kepada Pemimpin



Cikgu Zaleha bertanya kepada para pelajarnya yang baru berusia 8 tahun tentang cita-cita mereka. Ramai yang ingin menjadi doktor, polis, askar, cikgu.....tak ramai yang ingin menjadi angkasawan mahupun juruterbang kerana masih belum dibuka seluasnya minda mereka berkaitan profesion kerjaya. Apa yang biasa dihadapkan dihadapan mereka, itulah yang lebih mudah mempengaruhi minda dan jiwa mereka. Tiba-tiba seorang pelajarnya berkata ;


“Cikgu! Cikgu! Saya nak jadi Perdana Menteri.......Saya nak jadi ketua. Bagi arahan.”


Semua bertepuk tangan memberikan sokongan disertai dengan tawa riang... Mungkin sedikit geli hati dengan cita-cita tersebut...

Cikgu Zaleha tersenyum dan setelah demokrasi berjalan dalam pemilihan ketua darjah, budak pelik ini menjadi ketua darjah. Emph....tersipu-sipu malu dia menerima jawatan itu.Kini budak itu telah dewasa. Dengan keyakinan dan kepimpinan yang ditanam dalam dirinya semenjak kecil, budak kecil itu masih diberi mandat pemerintahan untuk memimpin dalam organisasinya.



Kepimpinan luas skopnya. Kepimpinan dalam diri sendiri, dalam organisasi dan pertubuhan, kepimpinan dalam siasah, kepimpinan dalam bidang agama dan sebagainya. Pemimpin itu tidak lahir dengan sendirinya tetapi memerlukan latihan yang berpanjangan serta pengalaman yang pelbagai.

Adakah kita pemimpin?

Allah telah berfirman di dalam Al-Qur’an bahawa manusia ialah khalifah di muka bumi ini. Jadi tidak salah jika Solehah mengatakan bahawa mandat pemerintahan telah diamanahkan kepada kita iaitu manusia.

Sejauh mana kita menunaikannya????? Masing2 ada jawapan..

Mari kita lihat dalam skop yang lain pula. Teringat pula kisah Saidina Umar berkaitan mandat pemerintahan untuk pemimpin....


Saidina Umar pernah bertanya kepada sahabat2,

“ Jika aku telah melantik orang yang baik sebagai pemimpin2 membantuku, apakah aku telah melaksanakn amanah kepimpinan ini denagn baik?

Sahabat2 menjawab:

“Sudah tentu, wahai amirul mukminin ...” sebaliknya Umar menjawab,

“Belum. Sehingga aku memastikan orang yang baik itu melaksanakan kebaikannya!”

Bagaimanakah barisan kepimpinan kita? Sudahkah dilantik orang yang baik? Itu pun sudah terlalu sukar. Dan sudahkah orang yang baik itu melaksanakan kebaikannya? Hal yang kedua ini jauh lebih sukar.


Sahabat2 mesti pernah menjadi pemimpin kepada organisasi bukan? Tidak kiralah AJK program atau AJK kelas sekalipun...setiap jawatan masing2 menuntut agar pelaksanaan dijalankan sebaik mungkin. Buat bersungguh2....


Teringat kata2 sahabat Solehah, semakin tinggi atau banyak amanah, semakin dekat dengan neraka. Apabila memegang jawatan, ironinya atau bidalannya ..kita telah meletakkan sebelah kaki ke neraka..Berat amanah ini sebenarnya....makin tinggi, makin dalam...


Melalui kepimpinan juga kita akan lebih nampak kelebihan mahupun kekurangan kita. Semakin banyak teguran dan kata2 menghiris hati tiba berganti2 dengan kata2 sokongan. Hakikat dunia kepimpinan, ada pasang ada surut...

Walau apa jua posisi kita sama ada pemimpin kepada diri sendiri atau sebagainya, mari kita sama2 menjadi pemimpin sebaik mungkin yang tidak tegar meninggalkan amanah sewenang2nya. Benar, kita tidak sempurna, ada masanya semangat kita merundum dan kita tidak terdaya langsung untuk bangkit....tetapi kita juga bukan insan yang mudah patah semangat. Semoga keberkatan Allah ada bersama2 kita wahai sahabat2...


Salam kepimpinan. Kepimpinan membawa perubahan ke arah yang lebih baik. InsyaAllah.

11 Dis 09: 2:04 am.

No comments:

Post a Comment