Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Friday, December 11, 2009

Menentang Budaya KONSERT



Menentang Budaya Konsert : Apakah justifikasi Gerakan Pelajar?

Semasa membelek buku2 untuk dijadikan bahan bacaan, terpandang sebuah buku berkulit kuning. Emph...macam menarik! Sehelai demi sehelai lembaran dibuka. Oklah....nak beli buku ni...macam best!!!

Di bilik terus Solehah buka dan baca. Antara kandungan yang menarik perhatian ialah berkaitan dengan Konsert. Sekarang KONSERT bermaharajalela......disini ada, di sana ada...DAH X KIRA TEMPAT( contohnya di tempat yang kita istilahkan sebagai GEDUNG ILMU) , x kira masa.....mungkin lagi cepat dan kerap tumbuh berbanding cendawan....apala nak jadi....

Sahabat2, mungkin kita perlu cakna dan ambil perhatian tentang perkara sebegini. Setiap hari media elektronik memaparkan rancangan2 hiburan; tidak terlepas konsert2 ( rasanya sahabat2 faham konteks konsert yanga Solehah maksudkan). Jika banyak kebaikan tidak mengapa, ini lebih banyak keburukan berbanding manfaat. Pengaruh negatif lebih tinggi vs positif.


Sedikit perkongsian berkaitan isu ini.


Buku: Potret Perjuangan Mahasiswa Dalam Cerminan Dekad (m/s 62, 63, 64).

Penulis : Riduan Mohamad Nor.

Kesan Daripada penguasaan kelompok Islamis di kampus telah menyebabkan mereka sangat kritis dengan budaya konsert dan pihak penganjur konsert sehingga pernah terjadi perdebatan isu di antara Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan dengan pimpinan-pimpinan pelajar pada Febuari 1988. Konsert yang ditentang oleh pelajar bukan sahaja yang hendak diadakan di kampus tetapi juga di luar kampus seperti di Stadium Merdeka . Menurut memorandum BBMN(Barisan Bertindak Mahasiswa Negara) berkaitan dengan bantahan konsert, alasan mereka menentang ialah kerana :


1. Budaya rock bertentangan dengan falsafah kebudayaan yang sedang diusahakan sekarang.

2. Tidak menghormati ucapan PM (ketika ini era pemerintahan Tun Dr Mahathir) ketika merasmikan Minggu Penyiaran yang tidak mahu budaya kuning diamalkan di Malaysia.

3. Suatu penghinaan terhadp usaha kerajaan untuk membantu umat Islam di Palestin sedangkan dalam masa yang sama membenarkan propaganda Yahudi dijalankan dengan sewenang-wenangnya.

4. Dalam keadaan negara yang tidak menentu ini, adalah kurang wajar ditambah dengan masalah-masalah yang tidak menguntungkan rakyat.

5. Keuntungan yang didapati daripada konsert ini amat kecil jika dibandingkan dengan tergadainya maruah rakyat dan negara.

6. Budaya rock adalah budaya yang mementingkan keseronokan, keganasan dan liar, dan kebanyakan propaganda Yahudi untuk menghancurkan umat Islam.

7. Mewujudkan masyarakat yang suka berhibur dan pengalaman budaya kuning yang tidak menjamin keutuhan kepimpinan masa akan datang.

8. Menjerumuskan belia-belia khususnya belia-belia Islam ke arah keseronokan dan kelalaian semata-mata tanpa mengikut batas-batas berhibur yang dikehendaki oleh Islam.

9. Menambah-pesatkan gejala dadah dan sosial yang mana sebelum ini tidak dapat dibendung bahkan ratusan juta wang kerajaan telah dibelanjakan untuk pemulihan dan kawalan ke atas gejala ini.


Peratusan penonton yang terlibat adalah daripada kalangan belia Melayu yang mengaku Islam. Oleh itu untuk menjadikan belia contoh kepada belia-belia bukan Melayu adalah amat menyedihkan.

Namun terdapat sisi yang berbeza bagi Hishamuddin Rais (2001) dalam melihat bantahan demi bantahan kelompok Islam terhadap budaya konsert di kampus universiti.


“Berita seperti ini (bantahan konsert:penulis) memperlihatkan warga kampus universiti 2 semakin tidak berupaya menyediakan ruang ilmu dan ruang demokrasi untuk menerima, melihat atau menilai kelahiran bentuk-bentuk seni yang baru, sihat dan mencabar. Apa yang beranak-pinak di kampus hari ini hanyalah kejulingan dan kekolotan pemahaman tentang budaya dan bentuk-bentuk seni budaya. Suasana kolet dan gering ini telah lama berakar umbi di kampus-kampus. Justeru, kampus2 telah menjadi padang jarak padang terkukur vis-a-vis aktiviti budaya dan sosial anak-anak pelajar. Cuaca dan suhu budaya kampus seperti ini telah melahirkan fenomena yang boleh kita gendrekan sebagai fenomena antikegembiraan hidup”.


Pelbagai pandangan telah dilontarkan masyarakat dalam menyikapi sikap pelajar, ada yang melihat di sisi hitam namun ada yang menyokong sikap tegas gerakan mahasiswa dalam mengangkat martabat generasi muda supaya menjadi aset negara . Kerajaan juga terpaksa akur dengan asakan gerakan pelajar ini dengan membatalkan konsert kumpulan Scorpions dan MJ. Pihak pentadbiran universiti juga menjalankan dasar berhati-hati dalam meluluskan sebarang konsert di kampus akibat daripada dominannya pengaruh kelompok Islamis dalam persatuan pelajar termasuk kepimpinan peringkat kolej kediaman.

Mahasiswa Memimpin Perubahan.

11 Dis 2009, 7:00 am waktu Malaysia.

No comments:

Post a Comment