Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Friday, September 16, 2011

SASTERA ITU INDAH

Kesunyian malam ini dicuri sedikit oleh bunyian cengkerik.Malam yang dingin selepas hujan pada petang tadi turut membuatkan suasana di rumah agak sunyi.Hanya kedengaran bunyian daripada televisyen beserta cengkerik itu sahaja.Bila didengar berkali-kali,indah bunyinya...boleh dibuat muzik.Buku itu kuambil untuk kubaca setelah sekian kalinya tersimpan kemas di dalam rak bukuku."Koleksi Terpilih Sasterawan Negara:A.Samad Said-DBP 1995."

***************************************************************
Saya merupakan peminat sastera Melayu...baik sajak,pantun,gurindam,syair serta prosa tradisional lain. Begitu juga tarian dan nyanyian tradisional Melayu.Bagi saya ia amat menenangkan saya...mengajar saya untuk menjadi seorang yang perlu bersopan santun,lemah lembut dan berbudi bahasa.Karya sastera yang banyak juga kiasannya memberi pengajaran secara halus dan tidak langsung kepada kita.Bagaimana orang dulu-dulu nak meluah perasaan mereka...ada kiasannya,ada malunya....yang pastinya bertempat.... :)

Mungkin para pembaca blog  boleh jeling-jeling,pandang-pandang seketika hasil karya sastera pilihan para pembaca..... :) Saya tinggalkan madrasah ini dengan membawa semua menghayati bait-bait kata dari A.Samad Said ini...Sekian,wassalam. 

KITA INI TETAMU SENJA

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilak kita kepada-Nya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala.

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula kepada Tuhan kepada insan.

Bila kita lihat manusia lupa tempat
atau segera sesat puja darjat puja pangkat
segera kita ini insaf-kita ini punya kiblat
segera kita ingat-kita ini punya tekad.

Bila kita lihat manusia terbiar larat
hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
harus kita lekas sedar penuh dengan tugas
harus kita tegas sembah seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
bila pulang sekali bawalah bakti padat berkat!

-A.Samad Said,1995-

No comments:

Post a Comment