Kesunyian malam ini dicuri sedikit oleh bunyian cengkerik.Malam yang dingin selepas hujan pada petang tadi turut membuatkan suasana di rumah agak sunyi.Hanya kedengaran bunyian daripada televisyen beserta cengkerik itu sahaja.Bila didengar berkali-kali,indah bunyinya...boleh dibuat muzik.Buku itu kuambil untuk kubaca setelah sekian kalinya tersimpan kemas di dalam rak bukuku."Koleksi Terpilih Sasterawan Negara:A.Samad Said-DBP 1995."
***************************************************************
Saya merupakan peminat sastera Melayu...baik sajak,pantun,gurindam,syair serta prosa tradisional lain. Begitu juga tarian dan nyanyian tradisional Melayu.Bagi saya ia amat menenangkan saya...mengajar saya untuk menjadi seorang yang perlu bersopan santun,lemah lembut dan berbudi bahasa.Karya sastera yang banyak juga kiasannya memberi pengajaran secara halus dan tidak langsung kepada kita.Bagaimana orang dulu-dulu nak meluah perasaan mereka...ada kiasannya,ada malunya....yang pastinya bertempat.... :)
