Anak itik
berenang di kolam,
Airnya jernih
indah pemandangan,
Teringat
kembali kenangan silam,
Bersama
berlima berpimpin tangan.
Duhai rindu
mengusik kalbu,
Tidak
ternilai dek emas dan intan,
Berjumpa
berpisah pasti berlaku,
**************************************************************************************************
“Itik B!!
Itik B!! Sini ba......cuba tengok keychain ni....- Itik A berkata kepada Itik
B.
“Hehe...yela....cantik...boleh
ukir nama pula...Kau mau ka?”-tanya Itik
B kepada Itik A.
“Mau
ba.....kita beli lima ya?Selama ni kita
dakdapun barang yang sama untuk kita simpan.
“Boleh ba
kalau kau..hehe!”
“Kita ukir
gambar itik ya di depan dengan nama kita masing2x...di belakang keychain ni
pula kita letak “Wardatul Shauqi”....”
“Iya
ba....ikut jak...”
Maka,sebanyak
5 keychain telah dibeli...semuanya
berbentuk sama dan diukir dengan tulisan dan gambar yang sama....”Mawar Berduri”
dan “Itik”...hehe..Jenuh juga pengukir membuatnya untuk kami.Namun,hasil yang
diperoleh sangat menggembirakan.Itik A tersenyum puas....Lucu melihat wajahnya
ketika itu.Seperti kanak-kanak riang.Sukar mencari gadis selembut dan sesopan
dirinya.Dia pandai menjaga hatinya...bersih seperti wajahnya. J
Peristiwa
yang berlaku dua bulan sebelum Itik A meninggal dunia menjadi ingatan
buatku.Kini,genap 3 tahun dia pergi....namun,sayangnya tetap tidak luntur.Sesegar
pertemuan kali pertama dengannya ketika masih belajar dahulu.Mungkin
benar,apabila sayang dan kasih pada seseorang dengan ikhlas..walau apa yang
memisahkan..ikatan itu tetap segar.
Benar..orang yang baik,apabila ada
disayangi...bila jauh dirindui,bila tiada ditangisi.
Kembali
muhasabah diri,sejauh mana keikhlasan dalam menyayangi manusia?Apatah lagi
keikhlasan dalam mencintai Tuhan semesta alam? J
IBRAH Kisah
Persahabatan.
Seorang
sahabat saya selalu mengulang barisan ayat ini apabila tiba masanya dia diberi
peluang sebagai pentazkirah mesyuarat.
“Sahabat2x
yang baik adalah anugerah daripada Allah untuk kita.Sebagai penegur,sebagai
penasihat,tempat kita berkongsi suka duka tatkala jauh daripada
keluarga.Kadang2x kita rasa sendiri walaupun ramai di sekeliling
kita.Namun,kita juga jangan lupa,mungkin dalam kita berasa sendirian...ada
sahabat2x yang mendoakan kebaikan buat kita tanpa kita sedari”
Mengharapkan
sentiasa bersama dengan sahabat2x sepanjang tempoh perjalanan adalah sesuatu
yang agak sukar memandangkan masing2x mempunyai kehidupan dan perancangan yang
berbeza.Namun,ikatan rohani perlu sentiasa disegarkan oleh air sejuk kasih
sayang yang sentiasa mengalir melalui doa dan harapan.Mendoakan sesuatu yang
baik untuk mereka dan mengharapkan pengakhiran yang baik untuk mereka adalah
kasih sayang tersembunyi yang boleh kita lakukan walaupun sesukar dan sejauh
mana masing-masing berada. J
-Ada rezeki
berjumpa..pasti akan jumpa-wassalam
Al-Fatihah buat sahabat2xku: Allayarhamah
Siti Aisyah Bakri,Allahyarham Tengku dan Allahyarham Zainuddin,
serta seluruh umat Islam yang telah
pergi menghadap Ilahi.
~Al-Fatihah~
No comments:
Post a Comment