Assalamua'laikum..Bismillahirrahmanirrahim..salam pertemuan wahai sahabat2x alam maya.Moga dalam lindungan Allah selalu.
Emmph....Harini guru peribadi saya "outstation" selama 3 hari.Itupun kalau kerjanya selesai...kalau tidak..tak dapatla saya belajar dengannya lagi.Bagi menyahut seruan diri ..sayapun mengambil keputusan untuk mematikan telefon bimbit saya selama 3 hari dan tidak berhubung dengan sesiapapun selama tempoh itu..Memang menyeksa diri....tapi tula...cikgu saya selalu dengan saya,tapi bila dia takda..nak belajar kat rumahpun sunyi....Cikgu..cepat balik yea....Hehe.....(^_^)v.
1 BAHASA 2 MAKNA.
"perbezaan budaya,latar pendidikan,pengalaman adalah penyumbang kepada tafsiran yang pelbagai oleh individu yang berbeza...."emmm,saya tambah sikit...jantinapun sama.
Saya pernah mendengar ceramah yang disampaikan oleh Dato'Dr Fadzilah Kamsah dan Dato'Dr Mashitah dengan moderatornya Aziz Desa...Lelaki dan perempuan berbeda bahasanya....Kita dok faham lain...depapun dok faham lain....Sebabtu perlu wujudkan interaksi dua hala yang mana masing2x bantu-membantu dalam memahami antara satu sama lain.:) Jadi normalla kalau masing2x berlainan pendapat dan pendirian terhadap sesuatu isu.
Allah s.w.t menjadikan setiap ujian dan cabaran sebagai penambahbaik untuk kita.Contohnya...Allah mentakdirkan seorang menantu mendapat ibu mertua yang suka berleter dan tak boleh tengok rumah berselerak.....hari2x kena tahan dengan leterannya...tapi lama kelamaan menantu akan alah bisa tegal biasa...Kuat semangat! Samala juga dengan pelajar yang sentiasa menyertai aktiviti lasak...bila tersesat di hutan atau kena harungi cabaran sedemikian...akan tenang menghadapi situasi dan tahu apa yang patut dilakukan. Adik-beradik yang bergaduh...carik-carik bulu ayam..lama2x bercantum jua...makin faham perangai adik-beradik msg2x...
Semuanya Allah bagi bukan untuk menjadi teruk tetapi adalah untuk jadi yang terbaik buat diri kita sendiri.Bak kata orang.....mungkin ada hikmahnya Allah beri begitu...bukan begini...
Benar...Allah Maha Mengetahui.....jadi kena ambil setiap ujian sebagai suatu bentuk kasih sayang Allah... :)
***********************************************************************
Lapangkan Hatimu Dengan Taubat.
"Cintai-Ku lebih dari kau cinta manusia....kerana Aku Tuhanmu...yang menjadikan-Mu..yang sentiasa menyayangimu....yang ada denganmu dikala suka apatah lagi duka.Selangkah kau kearah-Ku,seribu langkah Ku kearahmu...."
Kenapa rasa sakit dan sedih...sedangkan semuanya adalah dari Allah.Pedih macam manapun kita hadapi cabaran..insyaAllah,pasti ada penyelesaian...kena kuat semangat....
Semasa pergi melawat laman iluvislam sebentar tadi,saya terpikat dengan ayat2xnya...amat menyentuh hati saya...
"Satu cara untuk mengetahui sejauh mana kita benar-benar beriman ialah dengan mengukur sejauh mana kesan dosa terhadap hati kita?
Apakah hati kita akan terasa kesal dan menyesal dengan dosa? Atau kita merasa biasa-biasa sahaja apabila berdosa?
Jika terasa menyesal, itu petanda Iman masih ada di dalam dada. Sebaliknya, jika dosa tidak memberi kesan apa, malah kita tetap gembira...
Itu satu petanda buruk. Iman kita amat lemah, hati kita sedang sakit. Boleh jadi sudah menanti masa sahaja untuk melayang. bacaan lanjut : http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/3581-lapangkan-hatimu-dengan-taubat.html.
InsyaAllah,mudah-mudahan kita sama2x muhasabah diri.
***********************************************************************
5 PERKARA ROSAKKAN AKIDAH MUSLIMAH.
(DR.AIDH AL-QARNI-dalam AS'AD AL-MAR'AH FIL ALAM)
Jangan Resah dan Gelisah
Jangan Sedih dan rasa derita
Jangan Lemah dan Malas
Jangan Banyak berhutang
Jangan kedekut dan pengecut.
Rasullullah s.a.w :
"ya Allah,aku berlindung kepadaMu dari rasa resah gelisah,dari sedih dan derita,dari kelemahan dan kemalasan,dari sifat kedekut dan pengecut dan dari lilitan hutang dan penindasan orang"
(ayat2x ni boleh kita jumpa dalam Al-Mathurat)
************************************************************************
Maafkan Saya...
Semasa saya melewati ia - Lailatul Qadar Berdarah- nurilhakim.blogspot.com. terdetik di hati saya...benar apa yang dikatakan oleh penulis.Krisis iman dalam diri kita sebagai umat Islam... Sejauh mana kita berkorban dan sanggup berkorban....Andai muslimah yang lantang bersuara dan kerap menaip kata2x di madrasahnya ini diberi pedang perjuangan dan diteriak "berjihadlah kamu dengan seluruh tenagamu,hartamu..pemikiranmu...dengan berani ....!!"...apa yang akan dia lakukan?Menangis kerana takut akan mati atau menangis mengharapkan syahid di jalan Allah? Lailahaillallah Muhammadurrasulullah... :")
Jarang untuk saya menghabiskan masa yang lama menulis di alam ini...namun biarlah kali ini semuanya ditaip walaupun tidak sepenuhnya.Di hadapan kita Allah telah hadirkan sesuatu yang baik,indah dan yang terbaik buat kita semua.Mengapa perlu kita menjeling nikmat yang ada pada orang lain?Saban hari ada insan seIslam kita yang tidak menjamah walau setitis air....terseksa diseksa....merekalah yang perlu kita doakan dengan keterbatasan yang kita ada....Subhanallah...dalam pada kita berasa hilang punca....Allah hadirkan rasa bersalah dan bersyukur. Allah tidak tinggalkan kita wahai umat Islam....Innallahama'ana....
Siiru a'la barakatillah.Wassalam
~Nurhidayah solehah Ahmad~
No comments:
Post a Comment