Bismillahirrahmanirrahim..
"Takutkan harimau, kita lari menjauhinya, tetapi takutkan Allah, kita datang menghampiri-Nya"
**************************************************
Seindah biasa hari ini berlalu, seperti hari-hari lain. Buat semua makhluk ciptaan Allah. Kenapa? Rasa tak bahagia?Betul... Bukan semua masa kita gembira. Kerana kita perlu juga untuk bersedih dan berduka.. Ini semua rasa yang telah Allah cipta.. Hargainya..
Seindah biasa. Cuba kita bayangkan tatkala ini, bagaimana keadaan orang lain? Kalau kita rasa kita sedih, ada yang gembira dan bahagia. Namun yang perlu kita ingat, ada lagi yang lebih sedih dari kita. Bila kita rasa terlalu gembira.. Ingat, bila-bila masa Allah akan uji kita dengan kesedihan juga. Kita kena sentiasa ingat, segembira dan seseronok manapun kita, ini bukan dunia kekal untuk kita. Berpada-padalah dan beringat-ingatlah! :)
***********************************************************************************
***********************************************************************************
Hari ini banyak bersembang dengan ramai manusia. Ruang menunggu di KKIA dan KLIA ini digunakan sepenuhnya untuk bersembang mesra dengan para penumpang lain. Adala sikit dapat kongsi pengalaman dengan pensyarah, pramugara, uncle dari taiwan dan beberapa orang lagi. Banyak speaking juga.. Huhu.. Yang paling penting, buku "Mukmin Profesional" yang dah lama tak buka menjadi peneman setia sampai sekarang.
Ada baki 15 minit lagi sebelum penerbangan masuk ke Kuantan. Cuaca suram.. Hehe.. Nak hujan dan macam biasa, saya balik berseorangan lagi. Bila la nak berdua, bertiga, berempat ni.. Emmmmmm... Takpela, kita belajar berdikari. Itula yang saya pegang setiap kali saya berpindah mengikut keluarga ke tempat baru. Tinggalkan kawan2x dan cuba cari kawan2x baru. Abah dan mak kata, kita kena belajar berdikari. Nanti bila dah besar, semua kita kena buat, tak boleh terlalu bergantung pada orang lain. Itu pesanan 10-12 tahun yang lalu..
***********************************************************************************
InsyaAllah....panjang umur jumpa lagi. Apapun kena sentiasa ingat. Allah sentiasa ada untuk kita dan cuba jadikan hari-hari kita seindah seceria yang mungkin.. Sayang semua orang yang ada dengan kita.. Hehe... Wassalam.
seindah biasa manusia lebih berminat membuang masa....
ReplyDelete