Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Wednesday, November 9, 2011

Al-Mu'min al-Qawiy wa Al-mu'min ad-dho'if

"Sebagai seorang mukmin,kita ditegah daripada bersikap lemah.Emmm..tidak kiralah sama ada lemah fizikal,lemah minda..lebih-lebih lagi lemah jiwa dan lemah iman.Mukmin terbahagi kepada dua iaitu al-mu'min ad-dhoif(mukmin yang lemah) dan al-mu'min al-qawiy (mukmin yang kuat).Kedua-dua golongan ini menurut Nabi s.a.w baik belaka...bahkan Islam meraikan keduanya...akan tetapi Nabi s.a.w menegaskan bahawa mukmin terbaik yang disukai Allah ialah mukmin yang kuat."

"Seseorang berasa dirinya lemah serba serbi akan berhadapan dengan sindrom tidak percaya dan kurang yakin pada diri sendiri.Justeru itu..apabila ia terjadi,maka hidup tidak jadi produktif bahkan semua perkara dilihat negatif.Bagaimana untuk mendepani gelanggang jihad dan dakwah yang sangat mencabar lagi menuntut kekuatan dan kemantapan?"
(LEMBUTKANLAH HATIMU-USTAZ AMALUDDIN MOHD NAPIAH:www.ustazamal.com)
*******************************************************************************
:) Apabila membaca kisah-kisah para pejuang agama pada zaman kegemilangan Islam...malu rasanya.Jika mereka melihat begini rupanya hakikat perjuangan umat akhir zaman..penuh cabaran dan rintangan...Bukan kerana tiada yang berjuang............tetapi kerana ada antara insan2x yang mengaku Islam..lemah di perbaringan pertempuran sebelum berusaha berjuang.Mana rakan-rakan yang akan bersama bertempur demi agama?mana pemuda pemudi yang selama ini teguh di pentas pidato sudah menghilang pergi?lemah...tewas..atau sekadar memerhati?.....Carilah mereka yang hilang itu.....dan kamu-kamu yang berjuang pasti akan mendapatkan jawapan bahawa...."kami sangat merindui perjuangan.....cuma kami lemah...lemah kerana diri kami sendiri"...dakaplah mereka dan bawalah mereka kembali bersama dalam berjuang.....berjuang membaiki diri mereka.....kembali gemilang....dari al-mu'min ad-dhoif kepada al-mu'min al-qawiy.... :) 

Setiap apa yang saya titipkan utamanya adalah teguran untuk diri saya sendiri dan umumnya untuk semua yang sudi membaca. Saya sudahi perkongsian kali ini dengan membawa sahabat-sahabat menghayati maksud ayat al-Qur'an:Surah al-'alaq:6-8,

"Ketahuilah!Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas ketika menganggap dirinya serba cukup.Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmu tempat kembali."

wallahu'alam. 

(Kredit untuk para pejuang Islam yang istiqomah dalam perjuangan sama ada dalam gerakan Islam,dakwah melalui pendidikan..media cetak dan media eletronik..syukran jazilan semua.Moga thabat dalam perjuangan.)

No comments:

Post a Comment