Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Tuesday, November 8, 2011

BBTM dan GS


Assalamu'alaikum, sawaddhi khah.....buat semua.


Saya mulakan pertemuan kali ini dengan membawa para pelawat menghayati sebuah kisah yang mungkin kita biasa lihat..namun tidak semua peduli.....berfikir dan menghargai diri sendiri ....itulah kebahagiaan yang nyata.


"Seorang lelaki berpakaian compang camping,seperti tidak terurus duduk di bawah tangga jejantas.Beralaskan surat khabar,dia duduk melihat orang yang lalu lalang.....ada ketikanya nampak dia agak kurang senang dengan tingkah laku insan-insan yang mentertawa dan memperlekehkannya......mungkin hatinya terusik dan berkata.."Kenapa?aku ada buat salahkah?Aku tak kacau korangpun..." Kalau benar itu yang ada di fikirannya..bukankah dia juga ada hati dan perasaan untuk hidup tenang dan bahagia?Ada hati,ada jiwa untuk dihormati dan dibelas kasihan oleh masyarakat...bukan maki hamun..bukan sumpah seranah...tapi nilai murni.... :)

Semua inginkan diri dihargai....diterima seadanya..dibantu..disokong..bukan dibanding,bukan dihina,diperlekehkan......ya..dalam kitaran kehidupan manusia,pasti ada masa seseorang itu berada dalam situasi "tidak berupaya" dalam meneruskan kehidupannya..semangat yang ada jua ada masanya lesap tiba-tiba....namun dimanakah perlu kita mencarinya tanpa bantuan daripada insan-insan yang memahami? Lelaki yang difikirkan gila itu mungkin sebenarnya masih ada harapan untuk pulih andai ada sokongan daripada insan yang disayanginya..yang menghargainya.........perempuan tua yang terlantar sakit mungkin akan bahagia walaupun derita menanggung kesakitan asalkan ada anak-anaknya di sampingnya menemani dan bersembang dengannya sementara menunggu dirinya menghadap Tuhan........dan insan-insan yang dirundung kesedihan,kegelisahan dan masalah mungkin akan tenang dan damai andai semuanya diadu pada Pemilik alam....Allah yang Maha Penyayang.....


********************************************************************************

“Bibir Tersenyum Hati Menangis”  dan  “Garis Sempadan”

Apa yang ingin dibawa oleh para pengarang pasti motivasi dan kesedaran kepada para pembaca.Muhammad Muhyiddin dan E Pian Pro Poul telah berjaya membawa diri saya untuk menyelami karya mereka dengan khusyuk.Secara jujurnya,saya gembira bertemankan buku-buku ini. Buku ialah rakan karib kita di kala sunyi bukan? Saat kita jauh daripada kelompok manusia...saat itu buku mampu menjadi teman bicara.. J

Pada kesempatan kali ini,saya ingin memberi gambaran serba sedikit tentang kandungan dua buah buku ini yang pada saya sesuai dibaca oleh semua golongan.

Buku “Bibir Tersenyum hati Menangis” mempunyai 7 bab yang antaranya membicarakan berkaitan pilihan hidup,membongkar timbunan masalah,usaha meraih kuasa ikhlas,misteri kehendak,falsafah gurauan,kekuatan prinsip dan kesimpulan tentang keseluruhan buku. Pengarang telah memuatkan pengalamannya bertemu dengan insan-insan yang membuktikan hakikat kehidupan ini sememangnya penuh cabaran.Mengapa bibir tersenyum  tersenyum?Adakah hakikat manusia perlu menyembunyikan kesedihan mereka dan meneruskan kehidupan berhadapan dengan masyarakat dengan mengukir senyuman di bibir?Di sinilah pengarang turut menitipkan kupasan dari perspektif Islam dalam masa yang sama turut memuatkan pendapat dari sumber yang lainnya.

“Garis Sempadan” ialah buku suara hati tentang kehidupan sosial,budaya dan agama masyarakat Siam di Kelantan yang bersempadan dengan Negara Thailand.Memuatkan lebih 20 buah cerpen yang menceritakan aneka ragam watak-watak yang berunsur nasihat.Pada mulanya saya kurang faham tentang cerita di dalam buku ini,namun setelah berulang-ulang kali membacanya..saya mendapat ilmu baru tentang kehidupan bermasyarakat.Paling best dapat belajar sedikit istilah bahasa Thai....emmm..mungkin berguna untuk masa akan datang.Bagi yang sabar dan tekun mengamati bait-bait ayat dalam penulisan...buku ini mungkin sesuai untuk dijadikan pilihan membaca.:)

Sankharn ni man mai thiang...:) (tidak ada yang abadi di alam ini).

No comments:

Post a Comment