Barangsiapa yang JERNIH HATINYA akan diperbaiki ALLAH pula yang nyata di wajahnya - Saidina Umar al-Khattab.
Damba Cinta Ilahi
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Wednesday, February 23, 2011
Tuesday, February 22, 2011
Cinta Putih 6
"Dalam kegelapan ada cahaya....dalam kesedihan ada gembira....dalam perjuangan ada harapan...mungkin tidak sepenuhnya kini, namun masanya pasti akan datang....ISLAM akan MENANG dan kembali menguasai alam."***********************************************************************************
Monday, February 14, 2011
Cerita Tentang S...
(poster diambil dari fb seorang sahabat...cantik dan kreatif...ilham dari Allah.Mudah2an dapat mghasilkan sesuatu yg lebih menarik dan mendalam maknanya..ameen..).************************************************************************************
Firman Allah s.w.t...dalam Al-Qur'an, surah al-mukminun ayat 1-2.......
.."sungguh bahagialah orang2 mukmin, yang khusyuk di dalam solatnya..
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud.."solat adalah tiang agama(Islam).Maka sesiapa yang mendirikan solat bererti dia telah menegakkan agamanya dan sesiapa yang meninggalkan solat bererti dia telah meruntuhkan agamanya..(HR Bukhari dan Muslim).
************************************************************************************
CERITA TENTANG Solat...
"ok....budak-budak..dengar tak tadi?" kakak dah mula bersuara.....:p
"dengar......azan....dah masuk waktu maghrib dah....,"adik2 Husna menjawab lemah...
"pandai adik2 kakak...apalagi..pegi ambik wudhu'..jom solat sama2...hehe....tak boleh skip2x dah......dah besar dah kan....."
"ala kak.....Min budak2 lagi...Min baru 8 tahun...nak skip boleh?bukan dosa lagi..cikgu cakap belum cukup umur.....lagipun penatla, dah main bola.....malasla...."Adik bongsunya mencelah manja.
"emph....baru cadang nak masak kek coklat...tapi ada budak tu malas solat....takpelah, tak jadi...(Husna mengumpan adiknya)"
"HAH?KEK COKLAT!!!!!!Oh tidak.........Kak, buatla..ok3x.....Min solat.....Nanti kakak buat ya...hehe"
"Good boy.....macam ni la baru adik kakak.....kena rajin solat....baru Allah sayang..." Husna tersenyum puas...Budak2 memang mudah untuk diumpan....tapi umpan untuk mengerjakan kebaikan. Mudah sahaja mereka mengikutnya. Terfikir jua di benak fikiran.....bagaimana untuk menarik orang2 yang dah keras..dah liat untuk solat lebih2x lagi orang yang sudah berumur....emph, method yang lebih bijak dan kreatif perlu dijana....
Husna juga dahulunya bukanlah seorang yang rajin solat. Tak pernah cukup 5 waktu...ada sahaja ideanya untuk mengelak daripada melakukan tugas wajib sebagai seorang Islam..Namun, berkat ajaran ustaz dan ustazah di sekolah, ditambah lagi dengan leteran ibu bapa.....tersedar dia dari lamunan dosa....Alhamdulillah..
Kenapa aku mesti solat?kerana kewajipan...kerana aku mahu hidup senang di dunia dan akhirat.....kerana aku adalah hamba dan makhluk ciptaan Allah....kerana aku takut siksaan Allah bagi mereka yang tinggalkan solat....:) macam2 jawaban berlegar di minda.....
Jadi......
S- solat di awal waktu. jangan bertangguh.
dOa-solat adalah doa, fahami makna dan bacaan dalam solat.
L-laksanakan solat dengan tertib dan sempurna.
A-ajak diri untuk sentiasa solat berjemaah.
T-tambahkan ilmu agama, banyakkan membaca dan bertanya orang yg ariff dan berilmu.
Adik2.....solat ni best....JOM Solat.....:)
***********************************************************************************
Wallahu'alam..perkongsian untuk adik2 dan semua. :) PEACE NO WAR....
Saturday, February 12, 2011
Allah Maha Kuat.
Bismillahirrahmanirrahim....Allah uji dengan kesusahan...agar kita lebih dekat dengan-Nya...
Sudah menjadi ketentuan manusia berhadapan dengan ranjau-ranjau kehidupan apatah lagi kita sebagai seorang khalifah Allah s.w.t di muka bumi. Maka dengan Allah kita mohon kekuatan..
Kita hamba yang lemah..cuma Allah sahaja yang Maha Kuat dan kekuatan untuk menghadapi segala cabaran dunia datangnya dari Allah jua..
Kita selalu mengatakan "saya kuat..!!" tetapi kita lupa untuk menitipkan kata2 "saya kuat....insyaAllah." :) kata2 juga ada kalanya menunjukkan kita angkuh dan rasa diri kuat sedangkan kita seharusnya sedar bahawa sebagai hamba Allah, kita lemah dan hina. Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan izin-Nya. :)
Al-Qur'an: surah Yunus :107-
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
"Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia mengkehendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurnia-Nya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hamba-Nya, dan Dialah yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
wallahu'alam.
Monday, February 7, 2011
"Aku Hilang....."

Keikhlasan Hati Insan Bertuhan.....
Mengenal Cinta-Nya membuat aku hilang......
Bismillahirrahmanirrahim.......Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini....
InsyaAllah, sedikit perkongsian untuk pertemuan kali ini. Ana mengambil taipan ilmu ini dari sebuah buku tulisan Zulkifli Mohamad al-Bakri yang membawa pandangan berkaitan tasawuf mengikut pandangan Syeikh Abd.al-Hafiz Faraghli Ali al-Qarani (drpd risalahnya Mabadi' al-Tasawuf al-Islami).
Untuk perkongsian kali ini, ingin ana mengetengahkan maqam ke-4 (sabar) dalam tasawuf. Iaitu selepas maqam taubat,warak, zuhud...kemudian sabar,diikuti fakir, tawakal,redha,syukur,khauf dan raja'.
Maqam ke-4 : Sabar.
Dalam tasawuf...sabar ertinya tahan menempuh suatu yang sukar. sabar yang terpuji ialah sabar mengerjakan taat kepada Allah s.w.t, menjauhi segala maksiat yang dilarang-Nya dan sabar atas segala takdir-Nya.Antara sifat sabar itu...iaitu sabar meninggalkan maksiat dan sabar mengerjakan ketaatan, sabar mengerjakan ketaatan adalah yang lebih utama. Begitu juga sabar atas segala takdir yang amat susah dan menggelisahkan perasaan juga adalah lebih utama daripada sabar yang lain.
Sabar ialah salah satu drpd tangga2 ibadat menurut ahli sunnah waljamaah bahkan ia merupakan darjat dan tangga ibadat paling agung. Allah s.w.t menyebut lebih 90 kali pada pelbagai tempat dalam al-Qur'an.
3 darjat dalam sabar....-SABAR TERHADAP KETAATAN, SABAR TERHADAP KEMAKSIATAN,SABAR TERHADAP KETENTUAN DAN MUSIBAH..
darjat sabar yang paling agung ialah sabar terhadap ketaatan kerana itulah sabar yang paling agung yang diharapkan.tatkala kamu melaksanakan ketaatan, lalu kamu bersabar terhadapnya dan menyabarkan dirimu supaya kamu sentiasa tetap melaksanakannya dalam bentuk paling sempurna dengan segala kekusyukan dan kepatuhannya.
Bagaimana tasawuf mendefinisikan konsep sabar?
Sifat sabar adalah antara asas2x penting dlm tasawuf. "Sabar itu sebahagian drpd iman, ia juga sebahagian drpd yakin, rahsianya adalah dengan menguasai asas2 agama".
Sabar ialah landasan untuk mendapatkan pertolongan Allah, membersihkan diri dengan melalui beberapa ujian yg menguji semangat dan keazaman untuk tetap berada pada jalan Allah.
Antara doa yg diucapkan oleh Imam Abu al-Hasan al-Syazili ialah :
"Ya Allah, kurniakanlah kepadaku sifat sabar untuk mentaati perintahMu, menjauhi laranganMu dan menjauhi nafsu syahwat yang menjauhkan aku dari sisi-Mu."
bagaimana seseorang itu dapat sabar terhadap kemaksiatan?
sabar terhadap kemaksiatan , ialah apabila jiwa seseorang itu sentiasa menyuruh untuk berbuat kejahatan lalu dia tetap bersabar dan mengharapkan pahala hanya drpd Allah s.w.t. sabar menerima takdir Allah , dilakukan apabila Allah menetapkan takdir-Nya atasmu dan untuk meringankan dosa2mu untuk meninggikan darjatmu.
Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah :153 yang bermaksud : wahai orang2 yang beriman jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar.
dan....apakah martabat sabar?
Sabar ada beberapa martabat mengikut pendapat Syeikh hasan Ridhwan.
-sabar kerana Allah sukar serta perlu usaha keras.
-sabar pada Allah menjadi penawar dan fana.
-sabar dengan Allah beroleh baqa'
-sabar beserta Allah berolah kesetiaan.
Sufi yg sabar akan menapak ke hadapan mencapai martabat yg tertinggi pada maqamnya sehingga bersedia untuk menerima apa saja bentuk azab atau seksa. Ketika itu dinamakan memiliki kesabaran yg istimewa iaitu maqam nabi Yaaqub a.s sehingga disebut oleh Allah s.w.t dalam firman-Nya dalam surah yusof ayat 18:
"kalau demikian bersabarlah aku dengan sebaik2nya, dan Allah jualah yg dipohonkan pertolongan_Nya mengenai apa yg kamu katakan itu."
Wallahu'alam.
***********************************************************************************
Dunia yang bukan hanya kita ..manusia..menghuninya..Malah turut sama-sama bertapak dengan haiwan-haiwan..,tumbuh-tumbuhan....jin.......dan semua yang berzarah.....Maha Suci Allah yang menciptakan semuanya mengikut sifat dan aturan sesuai dengan kehendak-Nya. Peristiwa dan pengalaman yang berlaku pada diri.. sama ada baik mahupun tidak...percayalah semuanya mengandungi hikmah....ada yang bertujuan menegur, mengajar, sebagai pengalaman....mahupun kifarah dosa...sedaya upaya untuk menerimanya dan bersangka baik pada Allah kerana Dia yang Maha Mengetahui hakikat kejadian diri kita....dan sentiasa berdoa sepanjang masa agar saat demi saat...keimanan dan ketaqwaan kita kepada-Nya semakin bertambah. wallahu'alam. :)
Tuesday, January 18, 2011
Jom Pergi Lawatan!!!!
Friday, January 14, 2011
Umpama "Air"

Bismillahirrahmanirrahim.....
Walaupun hanya hadir buat seketika ke laman ini, namun biarlah ia menjadi suatu coretan baru pada setiap kali kunjungan..walaupun pendek,walaupun ringkas...penyampaian biar ada..InsyaAllah.
**********************************************************************************
"jadilah seperti air sungai.......terus mengalir dan mengalir....walaupun ada batu-batu besar yang menghalang laluannya...ia tetap mengalir tidak putus-putus sehingga ke muara...Ibarat kehidupan...terus dan terus berjuang......:)"
"air dicincang tidak akan putus.......begitulah ikatan kekeluargaan mahupun ikatan persahabatan atau perhubungan yang dijalinkan atas nama Allah s.w.t...bergaduh, berpisah....asal hati kembali bersatu.....eratlah ia semula.....insyaAllah..:)"
"batu yang keras pasti akan berlekuk jua andai titisan-titisan air tidak putus-putus menitis jatuh padanya..............begitu juga usaha.....asal permulaannya usaha, hasilnya pasti kita terima...ameen.."
"titisan air mata seorang wanita bukan kerana lemahnya dia sebagai seorang wanita..tetapi dengan air mata itulah...dia meluahkan segalanya.....kekuatan dalam diamnya ia untuk bersuara..:)"
"air hujan adalah rahmat daripada Allah s.w.t...mengeringkan kawasan yang kering kontang...menyuburkan bumi agar subur menghijau.....Subhanallah...kuasa Allah,..tiada air..tiada hidupan yang mampu bertahan di muka bumiNya ini tanpa izinNya..."
"air mata mukmin......menangisi kehidupannya penuh dosa dan noda.....mudah terpana dengan dunia......tangisan taubat mengiringinya....moga sejahtera sentiasa dalam rahmat Tuhan yang Esa.Hidup matinya dalam iman dan taqwa..."
***********************************************************************************
"tiada kata secantik bahasa-Nya, ...,tiada indah rupa tanpa akhlak mulia di jiwa,
"tiada coretan kata ini tanpa ilhamNya....,tiada kehidupan ini tanpa izinNya...."
Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidup dan matiku hanya keranaMu..ameen.
wallahu'alam.wslm.-nursolehah.,osc,11:39am,Jumaat,9 safar 1432H.
Monday, January 10, 2011
Mukadimah

Tetaplah Disisiku
Ya Allah…
Dimanakah ku harus berlabuh…
Saat semua dermaga menutup pintu,
Dan berkata “ ini bukan untukmu…”
“Segara menjauh karna disini bukan tempatmu….!!!
”Ya Allah…Katakan padaku, dermaga untukku berlabuh…???
Agar ku segera menghela nafas kehidupan yang baru.
Sampai kapan ku harus arungi waktu,..
Ku lelah Menunggu suatu yang tak pasti walau hanya Satu,..
Ya Allah …
Beri aku penerang jalan-Mu
Agar tak tersesat saat ku melaju,..
Kuatkan awak kapalku,
Saat badai menghalangi jalankuYa Allah …
Tetaplah disisiku,Jangan Engkau menjauh dariku…
Karna ku mati tanpa hadir-Mu
**********************************************************************************
Thursday, December 2, 2010
Cinta Putih 5 : ya Rasullullah...

Bismillahirrahmanirrahim....
:) Sebiru hari ini....
"Selamat Meneruskan Perjuangan di tempat praktikal...Buat yang terbaik...lagi baik dari kakak!Maaf kalau tidak dapat jadi kakak yang sebaiknya... :)"
"Saya percaya apa yang kak buat ada sebab. Benda dah lumrah. Saya masih anggap kak ibarat kak saya sendiri..masih respect seperti hari pertama kenal kak. syukran atas nasihat juga. :)"
-Moga Allah permudahkan urusan adik2ku.amiin.
*********************************************************************************
2 Disember 2010,
"Piqah,....selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-17. Moga diberkati Allah hidup. Buat yang terbaik untuk SPM. Tinggal baki 2 paper lagi..chayok2x! Kena lawan result along ya.."
" Hahaha...doakan piqah, along. Pekse fizik ary ny"
- Emph..hancur penggunaan bahasa kami..biasala..ayat sms. Moga Allah mudahkan urusan adik2ku..amiin.
************************************************************************************
Emph, banyak part hari ni....tu la..macam fikiran ni tengah ligat mencari idea...Seligat bola bowling semalam.. Bersukan seketika..Walaupun tangan sakit sebab banyak kali ambil bola bowling yang berat..tapi best..Lepas ni cuba sukan lain pula. :)
*************************************************************************************
CINTA PUTIH 5.
Cinta Putih ana dah menjangkau bahagian ke-5. Suka guna tajuk 'Cinta Putih' ini. Ada kisah di sebaliknya. kali ini ana ingin membawakan suatu kisah daripada kisah kehidupan Rasullullah s.a.w. Teringat zaman kanak-kanak dulu....masuk nasyid...dan kebanyakan lagu2 yang dinasyidkan adalah berkaitan dengan Rasullullah s.a.w. Dalam mengajar kami bernasyid, ustazah tekankan juga kisah2 di sebalik lirik lagu ...dan betapa perlu kita berselawat ke atas Rasullullah s.a.w setiap hari. Jika sahabat2 ada kelapangan, jom explore folder nasyid dan dengarkan lagu2 memperingati Rasullullah s.aw.
Kekasihku ya Rasulullah s.a.w- Cahaya wajah Rasulullah, berdoa dan kisah kijang dan anaknya.
Cahaya Wajah Rasulullah s.a.w.
- Telah diriwayatkan drpd Siti Aishah telah berkata:"Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum dari tanganku, tiba2 kebetulan lampupun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata.
"Ya Rasulullah, alangkah bercahayanya wajahmu!"
Aishah bertanya lagi,"Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"
Rasulullah menjawab,:"Orang yang bakhil. iaitu orang yang ketika disebut namaku di hadapannya, dia tidak mengucap selawat ke atas ku."
Berdoa.
- Berkata al-Barra' r.a. bahawa nabi Muhammad s.a.w. bersabda,"Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."
Kijang dan anaknya.
-Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu disisi Rasulullah s.a.w. dengan membawa kijang yang ditangkapnya. Lalu Allah s.w.t menjadikan kijang itu bercakap kepada Rasulullah s.a.w.:
"Wahai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada beberapa ekor anak yang masih menyusu dan sekarang aku ditangkap sedangkan mereka kelaparan. Oleh itu diharap perintahkanlah orang ini untuk melepaskanku seketika dan aku akan kembali ke sini setelah menyusukan anak2ku".
Bersabda Rasulullah s.a.w: "Bagaimana jika engkau tidak kembali?"
Kijang itu berkata bahawa jika ia tidak datang, Allah akan melaknatnya seperti mana laknatnya Allah terhadap orang2 yg tidak mengucap selawat keatas Nabi s.a.w apabila disebut nama baginda.
lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan kijang itu dilepaskan dengan baginda sebagai penjaminnya dan tidak lama kemudian kijang itu datang kembali.
Maka turunlah malaikat Jibril a.s dan berkata kepada nabi Muhammad s.a.w. : Hai Muhammad, Allah s.w.t mengucapkan salam kepadamu dan Allah berfirman : Demi kemuliaan dan kehormatan-Ku, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak2nya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau (Rasulullah) sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau (Rasullullah).
(mohon dimaklumkan jika terdapat kesalahan dari segi cerita/sumber)
Pengajaran besar dari intipati kisah ini ialah "rajin2 dan ringan2 kanlah mulut berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w." :)
************************************************************************************
Moga ada manfaatnya untuk semua.Wassalam-Nursolehah.
2 Disember 2010, Kampus UMS.
Sunday, November 28, 2010
Cinta Putih 4 : Dunia Sukarelawan

Wednesday, November 24, 2010
Cinta Putih 3

Saturday, November 20, 2010
Cinta Putih 2

Wednesday, November 3, 2010
Cinta Putih 1
