Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Tuesday, February 22, 2011

Cinta Putih 6

"Dalam kegelapan ada cahaya....dalam kesedihan ada gembira....dalam perjuangan ada harapan...mungkin tidak sepenuhnya kini, namun masanya pasti akan datang....ISLAM akan MENANG dan kembali menguasai alam."
***********************************************************************************
Assalamu'alaikum..
Menerjah fikiran yang sentiasa melegarkan perkara2 yang bermacam-macam. Ada baik..kadangkala diakui ada jua yang tidak. Puratanya hanya diri yang tahu..:)
PRK sesi pertama yang mana melibatkan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar telahpun berakhir dengan persaingan yang pada pandangan saya berlaku agak sengit.16 calon bertanding kerusi umum...yang terpilih hanya 7 orang....ada rezeki ada jodoh, maka menanglah...Allah lebih Mengetahui....
Saya pernah menyatakan bahawa saya menyokong adanya pilihanraya kampus pada seorang sahabat yang berpendapat sebaliknya. Banyak yang kami bicarakan yang akhirnya bertitik pada pendapat masing2x. Benar..lain orang lain cara....yang penting perjalanan dakwah Islam perlu diteruskan.
Melihat kepada situasi semasa berjalannya kempen, perang poster dan rapat umum...secara peribadi saya melahirkan rasa yang agak terkilan dan sedih melihat situasi persaingan yang tidak sihat di kalangan "para bakal pemimpin" dan jentera2x yang bertugas. Pada pandangan saya, beberapa perkara dijalankan secara tidak profesional termasuklah cara provokasi pihak lawan dan akhlak semasa berkempen dan rapat umum. Kita adalah mahasiswa yang mampu berfikiran jauh dan tahu mana baik atau buruk...akhlak mana yang perlu dijauhi, yang mana perlu diperbaiki.....Namun bila diterjemahkan melalui perbuatan semasa PRK, indah khabar dari akhlak....Ada yang menangkap gambar perempuan dari jarak yang dekat sesuka hati sedangkan ia adalah hak peribadi,...fitnah dalam bentuk flyers pun ada....Macam berpesta pun ada!!!!...Kelakuan yang tidak menghormati orang lain, kelakuan tidak senonoh...amat menjengkelkan dan membuat ramai yang muak dan menyampah. Namun apa yang nak dikata....tepuk dada tanya diri. Sapa yang makan cili, dia lah yang rasa pedasnya. Bukan menuding jari pada sesiapa, namun itulah sebenarnya yang berlaku. Maka jika kita terasa itu adalah kita...marilah kita sama2 menadah tangan mohon keampunan..moga Allah mencantikkan akhlak kita sesuai dengan diri kita sebagai seorang Islam. Akhlak yang baik perlu ada dalam diri SEMUA yang beragama Islam, bukan hanya budak tudung labuh dan 'pak cik' bersongkok sahaja yang perlu menjaga akhlak, tetapi SEMUA yang MENGAKU DIRINYA MUSLIM. :)
***********************************************************************************
"Ketelusan hati boleh dibina...begitu juga dengan ketelusan dalam pilihanraya kampus" Jika ketelusan berjaya dikuasai...paaasssti tiada yang akan mempertikaikannya lagi....:)
Moga PRK yang akan datang akan telus dan mulus jua....Allah Maha Melihat setiap apa yang kita lakukan....takut dan gentarlah jika salah dalam pertimbangan kerana balasan pasti menanti di sana....:)
************************************************************************************
Para perwakilan yang telah terpilih..jalankanlah amanah sebaik mungkin..Moga kalian bisa menjadikan MPP sebagai wadah mahasiswa bersuara.......Tertarik dengan banyak "tagline' seperti OMBAK, SMART, PERSONA.....Mahasiswa didahulukan,pencapaian diutamakan.....Manis bercakap, manis jua dalam mengerjakan tanggungjawab sebagai wakil para mahasiswa...InsyaAllah, moga dipermudahkan oleh Allah. asal niat tidak terpesong...Allah pasti membantu. Chayok2x!!!!!
************************************************************************************
Menuju kepimpinan berkaliber dan berwawasan merintis ke arah pembinaan sahsiah dan bakal penyambung kepimpinan negara yang mantap....moga menjadi kenyataan. Selamat bergerak kerja dan tahniah buat semua jentera2x yang terlibat secara langsung mahupun tidak.Terima kasih warga mahasiswa yang datang mengundi....terima kasih pihak universiti yang memberi peluang dan ruang untuk mahasiswa menggegar. ..Buat calon2x, anda memang hebat!!!!! :) Terus berjuang....:)
wassalam.

No comments:

Post a Comment