Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Saturday, April 7, 2012




Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah...masih kuat untuk mengharungi ujian dunia....Ujian sebenar dunia....diuji dengan harta...rezeki wang....dan sebagainya.Semuanya membuatkan diri saya berasa benar-benar tidak berupaya dan kerdil di sisi Allah.Tanpa Allah pasti saya tewas..Tewas dalam kehidupan ini.

Saya belajar dan diajar untuk menjadi seorang yang sentiasa membantu....memberi.... Benar,semakin banyak kita membantu dan memberi....semakin itu jugalah kita diuji .....adakah kita akan masih membantu dan memberi?ataupun putus asa dengan rahmat Allah dan berhenti?Saya berdoa agar saya juga akan dibantu apabila saya memerlukan pertolongan...apabila saya meminta.....hanya kerana saya manusia biasa..memerlukan bantuan dan bantuan dan bantuan....nasihat dan nasihat dan nasihat.....sokongan dan sokongan dan sokongan....untuk terus berjuang di muka bumi Allah ini.Saya pasti yang lain juga begitu....:)


Terima kasih buat yang membantu ketika saya memerlukan......Menyokong bila saya lemah...Menemani saya tatkala saya resah...Semuanya insan-insan yang dihantar Allah kepada saya...Saya akan menghargainya..Terima kasih...

Wassalam.
Yang lemah lagi hina
~Nursolehah Ahmad~

“Tiap-tiap kesulitan itu ada kemudahan.Ada hikmah yang kita tidak tahu.Iringi dengan solat,sabar dan doa....sertakan jua usaha dan tawakkal.Moga semua kuat semangat dalam mengharungi kehidupan ini.Ameen”



WAHAI MUJAHIDAH
KAU TELAH MELAFAZKAN JANJI TAAT SETIA
KAU TELAH JUA PASAKKAN HATIMU PADA PERJUANGAN INI
MESKIPUN KAU TAHU 
KAU BAKAL BERPENAT LELAH
UNTUK MEREALISASIKANNYA

NAMUN,
KERANA YAKINMU PADA JANJI SANG PENCIPTA'
KAU RELAKAN DIRIMU DITARBIYYAH
DENGAN HARAPAN
KAU MAMPU MEMIMPIN PERUBAHAN
MENGORAK LANGKAH PERJUANGAN
MELANGKAH KALIMAH TAKBIR
DEMI DAULAH ISLAM YANG INGIN KAU DIRIKAN


MUJAHIDAH SOLEHAH
TERUSKAN LANGKAHMU
JGN MENGALAH DGN CUBAAN DUNIA
KERANA KAU HARUS YAKIN DAN PERCAYA
ALLAH ADA BERSAMA.

~Nursolehah Ahmad~

Friday, March 2, 2012

Erti seorang lelaki...


Sunnatullah dan Syariatullah 
Memahami syariatullah , iaitu segala hukum hakam yang termaktub di dalam quran dan hadis. Seorang suami juga, perlu memahami sunnatullah seorang wanita (isteri), yang Allah jadikannya lain dari dirinya. 

Seorang wanita, sifatnya lain sifat seorang lelaki,pelengkap dirinya, maka perlu difahami akan hakikat seorang wanita yang perasaannya lebih halus dari dirinya. 

*Syariatullah pada seorang suami kepada isteri : 

Nafkah zahir - tempat tinggal, makan minum. 
Nafkah batin - merasa selamat dibawah naungan suaminya, tempat berteduh bagi dirinya, tempat tumpuan kasih sayang , tempat kemesraan dan segala yang berkait rapat dengan perasaan. 

Inilah hak-hak kejiwaan yang perlu dimainkan peranan oleh seorang suami kepada isterinya. Seorang suami perlu juga melihat dunia kekeluargaan dari sudut pandang seorang isteri. Kerana seorang wanita punyai pandangan yang berbeza dari seorang lelaki. Kombinasi pandangannya dan isteri memainkan peranan dalam menjamin keutuhan dan keharmonian keluarga. 

Kombinasi antara pengetahuan tentang syariatullah dan kefahaman terhadap sunnatullah , insyaAllah, akan melahirkan keluarga yang penyejuk di mata penawar di hati, bahagia di dunia cemerlang di akhirat. 

Uswah hasanah seorang suami merupakan suri tauladan untuk keluarganya. Segala tindak-tanduknya menjadi perhatian seisi keluarganya. Anak-anak lebih mudah meniru apa yang dibuat berbanding mendengar apa yang diucap oleh ayahnya. Seorang isteri juga lebih mudah mengikut apabila suaminya lebih perihatin terhadap dirinya juga perasaannya. 

Seorang suami merupakan pemimpin bagi keluarganya. Jadikan diri contoh terbaik di dalam keluarga. Amanah (tanggungjawab) Menjadi seorang suami merupakan amanah besar yang dipikul bagi seorang lelaki. Bila berjayanya akad nikah, maka seorang lelaki memikul tanggungjawab seorang wanita yang sebelumnya berada di bawah tanggungan ayahnya, kini berada di bawah tanggungannya. Didikan, agama, nafkah dan sebagainya yang ditanggung oleh seorang ayah.


 Perkataan amanah ini perlulah selalu diletakkan di dalam minda bahawa bukan perkara kecil dalam membina daulah islamiyah yang terkecil dalam masyarakat,iaitu keluarga. Ilmu memainkan peranan dalam menjalankan amanah sebagai suami, dan juga amanah apabila sudah bergelar seorang ayah. 

Matlamat seorang suami atau ayah atau lelaki, perlulah punyai matlamat kemanakah hala tuju yang ingin dibawa olehnya dalam kehidupan berkeluarga ini. Sama ada ke syurga atau ke neraka?.. Mahu memberikan kemewahan dunia yang sementara dan berpoya-poya selagi nyawa masih ada? Mahu menjadikan anak-anak dan isteri sebagai perhiasan dunia semata atau sehingga ke dalam syurga? Jika mahu dibawa ke syurga, bagaimana caranya, apakah sudah ada? 

Matlamat ini perlulah disematkan seboleh-boleh sebelum perkahwinan dilangsungkan , atau selepas bergelar suami. Jika sudah terlajak, masih boleh diperbetulkan matlamat ini, selagi nyawa dikandung badan. 

Istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami, sifat istiqamah atau berterusan dalam melakukan amalan sangat-sangat menjadi titik penting dalam menjaga keharmonian dan juga kesan didikan kepada isi keluarga. Jika seorang suami atau ayah, tidak istiqamah dalam perbuatannya, manakan mungkin dia akan menjadi uswah (ikutan) terbaik bagi isteri dan anak-anaknya. 

Didikan seorang ayah / suami yang dalam tegasnya terselit didikan, dalam garangnya punyai asuhan dan dalam tuturnya penuh dengan kemesraan. Semuanya perlulah dalam kadar yang berterusan. Didikan kepada anak-anak dan isteri jika tiada sifat istiqamah ini, boleh runtuh sebuah institusi keluarga.

 Kesimpulan

S - Sunnatullah & Syaratullah 
U - Uswah hasanah 
A - Amanah 
M - Matlamat 
I - Istiqamah 


Sumber-iluvislam.

Si gadis kesayanganku-Siti Aishah Bakri

Bismillahirrahmanirrahim......

1 Mac tiba lagi.......kalau kau masih hidup,pasti kita akan meraikan ulangtahun kelahiranmu bersama...walau sejauh mana kita...walau sesibuk manapun kita,kita pasti akan menyatakan sesuatu yang menenangkan hati kita-"Aku mencintaimu sahabatku kerana Allah.


Tahun berganti tahun,sudah 3 tahun lebih kau meninggalkanku.Sahabat yang tiada gantinya....menyayangiku sepenuh rasa......


Hari ini,kupakai tudung pemberianmu bersama senyuman kasih..rindu benar aku padamu sahabatku.....Moga kau aman disana selalu,sahabatku....kakakku....
Al-fatihah......

Saturday, December 31, 2011

Sekali Kurebah,Sejuta Kali Kubangkit.....

Bismillahirrahmanirrahim......


"Sekali kurebah,sejuta kali kubangkit"
(Novel Cinta Sufi;Ramlee Awang Murshid)


Assalamua'laikum..kita jumpa lagi...Alhamdulillah,hari ini berpeluang untuk menaip di blog hati ini.Seusai menghabiskan dua novel termasuk cerita epik thriller:Cinta Sufi ...:) Sebuah buku lagi..."Cinta..Tiada Akhirnya-Fauziah Ashari".Buku ni kesinambungan buku"Ombak Rindu".Emmm...sekali sekala menatap buku-buku novel ni....seronok juga.Puas rasanya...Apa agaknya akan terjadi kalau sehari tanpa buku?:) Mungkin boleh jadi gila agaknya.......

Meminjam ayat2 Novel Cinta Sufi....:Sekali kurebah,sejuta kali kubangkit" umpama kata2 motivasi...Buku-buku adalah kata-kata tanpa bicara.....buku yang terbaik ialah buku yang memberikan kita sesuatu nilai/ilmu yang berguna sebaik sahaja kita membacanya.Mungkin juga bermanfaat untuk panduan kita dalam melayari kehidupan....pendek kata...jangan sombong dengan buku....yea...walaupun kita telah ada pelbagai teknologi moden......emmm...mungkin boleh juga kita manfaatkan dengan mengunjungi e-book...setuju?:)

Hati seorang Isteri

(Kisah ini saya jumpa dalam folder dakwah dalam hardisk saya....saya ambil dari sahabat2 semasa di universiti dulu.Sekadar perkongsian buat yang bergelar wanita dan yang sedang/akan berkongsi hidup dengan seorang yang bergelar wanita. :) )

********************************************************

HATI SEORANG ISTERI...

 Wahai manusia! Bertaqwalah kamu kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu dari diri yang satu, dan menjadikan isteri daripadanya, dan daripada keduanya, berkembang biak lelaki, dan perempuan dengan banyaknya…”
An-Nisa' : 1.

Hanan tahu.  Perempuan dicipta untuk lelaki, dan begitulah sebaliknya.  Hawa dijadikan Allah sebagai pengisi kekosongan Adam.  Allah tahu.  Allah Maha Tahu.  Adam tidak betah keseorangan.  Lalu terciptalah Hawa.  Hawalah penyeri.  Hawalah penghibur.  Hawa jua racun berbisa.  Bila mana iblis gagal menggoda Adam, lalu diganggunya Siti Hawa.  Pujuk rayu Hawa akhirnya menundukkan ketaatan Adam terhadap Yang Esa.  Lantas dicampakkan ke dunia.  Dunia yang penuh kekejaman.  Penuh noda.  Penuh sengsara.  Itulah wanita.  Kuasa wanita bukan terletak kepada kekuatannya.  Adam jatuh kerana Siti Hawa.  Habil, dan Qabil berbunuhan kerana  hawa.  Bill Clinton  menggemparkan dunia ekoran dakwaan si hawa.  Pemimpin agung negara juga tersungkur kerana seorang wanita.

Thursday, December 29, 2011

KITA MASIH DIAJAR DAN BELAJAR......:)



Bismillahirrahmanirrahim...... J
Salam pertemuan buat semua pembaca alam maya..juga buat sahabat2x yang kenal hati budi penulis ini.Moga kita sentiasa lapang dada dan redha dengan ujian daripada Allah s.w.t. Ujian bukan untuk melemahkan kita...tetapi untuk menguatkan kita...juga sebagai kifarah dosa.Mudah-mudahan kita tidak cepat melatah dan bersyukur dengan ujian daripada-Nya.Tidak semua Allah uji dengan kepayahan..begitu juga dengan kesenangan..yang pasti..kita sentiasa layak untuk diuji.Kita hidup mengikut arus yang Allah bawa..bukan arus yang kita mahu.Mudah-mudahan kita sabar...sentiasa bersihkan hati...insyaAllah,akan sentiasa ingin dekat pada Allah.Ameen...

Monday, December 19, 2011

Let's Remain Thankful with what we have!

Assalamua'laikum kawan-kawan maya!Sihat?Mudah-mudahan semua sihat hendaknya.Ameen...

Hari ni cuaca kurang cerah...hujan sejak dari pagi. :) Alhamdulillah...mudah-mudahan ia membawa rahmat.Apabila kita memandang ciptaan Allah,bersyukur dan bertasbih...dah boleh dapat pahala....hehe...Kalau kita pandang wajah ibu bapa kita dengan penuh kasih sayang...dapat pahala juga....kalau senyumpun boleh pahala.....:) senangkan nak cari pahala?:) 

:) Emmm..tapi bila fikir dosa...memang menakutkan....Ahli sufi,Rabiatul Adawiyah sendiri menyifatkan bahawa dosa-dosa umpama pepasir di pantai.Tidak terhitung banyaknya....sebab tu kita kena sentiasa berusaha untuk muhasabah diri....yang mana yang dirasakan tidak patut kita buat/lakukan...cepat-cepat tinggal dan mohon ampun pada Allah.Moga Allah ampunkan kita..ameen.

Saya tengah mendengar lagu Alhamdulillah (Yassin dan Too Phat)....:) layan lagu rap kejap....sambil-sambil tu,menaipla di madrasah hati ini.:) Cantik liriknya.....

"jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah

entah apabila persimpangan tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba
ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
sentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi
sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
alhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam perjalanan ini"

Sunday, December 11, 2011

Kita sahabat sebab kita "sekun"?

Kamus Dewan DBP m/s 1213- Sekun (bahasa Kelantan)= sesuai/serasi
****************************************************************************
"Ku akan bernyanyi dan terus bernyanyi..ku tak ingin lihat kau bersedih"
"Sahabat...untuk selamanya....Kau dan aku sahabat...untuk selamanya...."

Saturday, December 3, 2011

Apabila Mata Melihat dan Hati Berasa..


Bismillahirrahmanirrahim.......
Allah Yang Maha melimpahkan segala rezeki....sesuai dengan diri kita dan keperluan kita.Hanya pada-Nya hamba yang hina ini beserah diri agar tidak terpesong dari landasan Hidayah-Nya.
Moga semuanya dalam rahmat dan perlindungan Allah.ameen.
*****************************************************************************


Assalamu'alaikum...ucapan salam buat insan yang bertuhankan Allah.Pencipta Alam Maya.salam Kasih sayang buat semua makhluk ciptaan-Nya....redhalah dengan apa yang Allah berikan kepada kita kerana ia adalah yang terbaik buat kita.insyaAllah... :)


Apabila mata melihat dan hati merasainya......
Mata melihat didunia ini tiada siapa yang sempurna...hati berasa rendah diri lantas bersyukur kesempurnaan hanyalah milik Allah,
Mata melihat kesenangan,mata yang melihat kesusahan....
mata yang melihat kesengsaraan jua kesedihan..
mata yang melihat kegembiraan...
lantas hati berasa terpanggil untuk sedar dan bersyukur......nikmat Allah kurnia pada diri..memang banyak tak ternilai.....


Biarlah mata sentiasa melihat.....biarlah hati sentiasa berasa.....
Agar tidak terleka dengan dunia....
Agar sentiasa bersyukur pada-Nya.....
Kita di dunia tidak lama...
Sampai masa diserulah kita....
Wahai manusia..kembalilah kepada Tuhanmu...
Allah Pencipta Alam semesta....

Wednesday, November 9, 2011

Al-Mu'min al-Qawiy wa Al-mu'min ad-dho'if

"Sebagai seorang mukmin,kita ditegah daripada bersikap lemah.Emmm..tidak kiralah sama ada lemah fizikal,lemah minda..lebih-lebih lagi lemah jiwa dan lemah iman.Mukmin terbahagi kepada dua iaitu al-mu'min ad-dhoif(mukmin yang lemah) dan al-mu'min al-qawiy (mukmin yang kuat).Kedua-dua golongan ini menurut Nabi s.a.w baik belaka...bahkan Islam meraikan keduanya...akan tetapi Nabi s.a.w menegaskan bahawa mukmin terbaik yang disukai Allah ialah mukmin yang kuat."

"Seseorang berasa dirinya lemah serba serbi akan berhadapan dengan sindrom tidak percaya dan kurang yakin pada diri sendiri.Justeru itu..apabila ia terjadi,maka hidup tidak jadi produktif bahkan semua perkara dilihat negatif.Bagaimana untuk mendepani gelanggang jihad dan dakwah yang sangat mencabar lagi menuntut kekuatan dan kemantapan?"
(LEMBUTKANLAH HATIMU-USTAZ AMALUDDIN MOHD NAPIAH:www.ustazamal.com)

Tuesday, November 8, 2011

BBTM dan GS


Assalamu'alaikum, sawaddhi khah.....buat semua.


Saya mulakan pertemuan kali ini dengan membawa para pelawat menghayati sebuah kisah yang mungkin kita biasa lihat..namun tidak semua peduli.....berfikir dan menghargai diri sendiri ....itulah kebahagiaan yang nyata.


"Seorang lelaki berpakaian compang camping,seperti tidak terurus duduk di bawah tangga jejantas.Beralaskan surat khabar,dia duduk melihat orang yang lalu lalang.....ada ketikanya nampak dia agak kurang senang dengan tingkah laku insan-insan yang mentertawa dan memperlekehkannya......mungkin hatinya terusik dan berkata.."Kenapa?aku ada buat salahkah?Aku tak kacau korangpun..." Kalau benar itu yang ada di fikirannya..bukankah dia juga ada hati dan perasaan untuk hidup tenang dan bahagia?Ada hati,ada jiwa untuk dihormati dan dibelas kasihan oleh masyarakat...bukan maki hamun..bukan sumpah seranah...tapi nilai murni.... :)

Semua inginkan diri dihargai....diterima seadanya..dibantu..disokong..bukan dibanding,bukan dihina,diperlekehkan......ya..dalam kitaran kehidupan manusia,pasti ada masa seseorang itu berada dalam situasi "tidak berupaya" dalam meneruskan kehidupannya..semangat yang ada jua ada masanya lesap tiba-tiba....namun dimanakah perlu kita mencarinya tanpa bantuan daripada insan-insan yang memahami? Lelaki yang difikirkan gila itu mungkin sebenarnya masih ada harapan untuk pulih andai ada sokongan daripada insan yang disayanginya..yang menghargainya.........perempuan tua yang terlantar sakit mungkin akan bahagia walaupun derita menanggung kesakitan asalkan ada anak-anaknya di sampingnya menemani dan bersembang dengannya sementara menunggu dirinya menghadap Tuhan........dan insan-insan yang dirundung kesedihan,kegelisahan dan masalah mungkin akan tenang dan damai andai semuanya diadu pada Pemilik alam....Allah yang Maha Penyayang.....

Wednesday, October 5, 2011

Lawak Giler!!!! - Jenaka dan Gurau Senda



“Along! Along! Nak baca tak buku ni?Lawak giler.....hehe..Tadi Ira pinjam kat Perpustakaan Bergerak kat sekolah.Nak bagi Ecah baca...dia dah tidurla pula....”

“Best ker? Cubala pinjam buku pelajaran ke.....ada pla pinjam buku macam ni.....Hehe..lawak yea...meh Along baca...”

“Ala...bukan selalupun pinjam buku macam ni..time Ira dan kawan-kawan tension..kitorang carila buku macam ni.....hehe...Macam mana?Best tak?”

“Hehe....malam ni Along pinjam.....68 m/s jea pun...emmm...boleh tahanla lawak ni...”

“Ye ke?nampak Along selok suker......hehehe....habiskan malam ni,esok nak bagi Ecah baca.”

“Emm..yela....Dahla,pegi tidur.Esok nak pegi sekolah.”

“okayyy Along”

Kehidupan yang kita lalui takkan terhias tanpa senda gurau dan lawak....Elemen ini  tetap penting seperti elemen lain...kerohanian yang bersih, jiwa yang tenang, fizikal yang sihat,ekonomi yang stabil, hubungan yang baik antara Pencipta dan sesama manusia dan sebagainya.

Saya memang gemar  bergurau.....dan ada beberapa koleksi buku simpanan saya semata-mata berkisar tentang kisah-kisah lucu...sama ada kisah lucu kanak-kanak ataupun kisah lucu pada zaman dahulu kala.Memang meriah jadinya bila dapat tersenyum dan tergelak sendirian. Menghiburkan hati...memang memerlukan banyak kaedah. Asal jangan melampaui batas...sudahlah.

Sedikit perkongsian untuk para sahabat alam maya saya.......moga dalam kita bergerak sebagai seorang musafir di dunia Allah ini,ada titipan untuk kita amati.Hargai diri dan orang yang menyayangi diri kita...dan senyumlah..riangkan hati dengan perkara2x yang kita suka.