Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Monday, April 29, 2013

KALI PERTAMA ......INI KALI LAH!!!



KALI PERTAMA....INI KALILAH!
Saban hari membaca akhbar,televisyen dan ‘online”,banyak yang kita perlu fikirkan.Benar, menjadi insan di kalangan masyarakat yang pelbagai ragam adakalanya membuat saya lebih gemar untuk memerhati dan berfikir sendiri berbanding bercakap tanpa fakta dan hanya khabar angin yang belum tentu kebenarannya. Tugas kita sebagai pembaca bukanlah sekadar menerima semuanya dan hadam,tetapi perlu terima,hadam, kaji dan bertindak mengikut pemikiran yang rasional. Pilihan bukan mudah untuk dilakukan,namun ia perlu untuk permulaan yang lebih baik.

Bahang pilihanraya telah terasa.Adakala darjah kepanasannya tinggi, adakala ia suam-suam sahaja.Semuanya bergantung kepada bagaimana pengendalian dilakukan di setiap kawasan yang bertanding.Harap-harap tiadalah rusuhan atau jenayah mahupun adegan yang tidak baik berlaku sepanjang pilihanraya Ahad minggu hadapan.Paling penting pandai kawal emosi dan tidak cari gaduh!

Saya masih ingat lagi ketika pilihanraya 5 tahun lalu,saya masih belum cukup umur untuk mengundi.Bukan setakat tidak dapat mengundi,roh untuk mengikuti perjalanan pilihanraya sepenuhnyapun tidak saya lakukan.Maklumla tidak berminat dan mungkin juga faktor umur yang masih belum matang.Namun,kini saya fikir tindakan saya salah. Sebagai seorang yang berstatus warganegara Malaysia,saya perlu tahu apa yang berlaku,adakah ia akan mempengaruhi keadaan negara?PES kata guruku...Politik,Ekonomi dan Sosial perlu dititik beratkan menyusuri tunjang utama agama,bangsa dan sebagainya.Masa depan negara.......emmmmmm......Memandangkan ini merupakan pengalaman kali pertama mengundi,maka saya akan gunakan dengan sebaiknya. Fikir dan renung siapa layak di barisan hadapan, siapa yang bagus bertindak sebagai pemain simpanan,sebagai penonton atau sebagai pekerja.Pilihan di tangan kita maka pilihlah dengan sebaiknya....
Kepada semua yang berpeluang mengundi, gunakanlah peluang dengan sebaiknya.Pilih calon yang berkebolehan bukan calon yang hanya kata boleh sekadar di mulut sahaja.:) Semoga PRU kali ini menjadi medan pentarbiyahan buat semua.Ambil yang baik, yang tidak jadikan ikhtibar. Selamat mengundi mak abah dan semua rakyat Malaysia.

Salam mengundi !!!! Nursolehah Ahmad.

Thursday, March 7, 2013

IRHAMNA YA ALLAH



07.03.2013 - Masa berlalu dengan pantas sekali. Saya membaca semua isi kandungan blog yang saya tulis satu-persatu....benar,adakalanya kita mampu bertindak sebagai penasihat kepada diri sendiri. Moga Allah sentiasa memberi taufik dan hidayah kepada semua.Ya Rahman,ya Rahim,ya Razzaq...:)
*********************************************************************************

tut...tut......1 message received...... Adawiyah opened her msge and read msge from her friend.....

Sometimes, Allah breaks our spirit to save our soul. He breaks our heart to make us whole. He sends us pain so we can be stronger. He send us failure so we can humble . He sends us failure so we can take care of ourselves.
Sometimes, Allah takes everything away from us so we can learn the value of everything he gave us.....Allah is great! may today and the days ahead bring peace, happiness and progress for the ummah.

*********************************************************************

'Astagfirullah .....ampunkanlah ku . Kuatkanlah diriku Ya Allah......', Adawiyah menarik nafas panjang-panjang sambil beristighfar.....

Alhamdulillah, Allah menghantar seseorang untuk menegurnya dan menenangkan dirinya disaat keadaan dirinya masih tidak stabil dek kerana tekanan dan berita mengejut yang hadir..Di saat harapan menjadi impian bertukar menjadi dugaan yang perlu dihadapinya dengan penuh sabar dan redha...Semuanya tinggal kenangan.........

masih segar dalam ingatan betapa di saat dirinya rebah, ada ibu bapa yang mengangkatnya.....sehingga kini...merekalah yang masih setia menyokong dan memotivasikan Adawiyah.Alhamdulillah, rahmat Allah mengurniakan ibu bapa dan keluarga yang membantu dan memahami. Moga Allah merahmati keluargaku...bisik adawiyah penuh keharuan...

Ayahnya pernah berkata : Adawiyah, fikirkanlah mengapa kita dihidupkan. Hayati doa iftitah yang tiap2x kali kita baca masa sembahyang. hayati maksud ayat al-Qur'an...harta, isteri dan anak pinak cuma perhiasan dunia. hanya amal soleh bekalan akhirat. Kemanisan dan keindahan dunia letak di tapak tangan dan jika jatuh tiada memberi kesan. Jika disimpan di dalam hati jika tidak tercapai kecewa terjadi. Tentu ada hikmah di sebaliknya dan berasa baik sangka dengan Allah kerana Dia Maha Pengampun lagi Penyayang.

Ibu pula tidak kurang dalam memberikan semangat...
"Terima dengan redha. Itu ujian dari Allah. Allah sayang hamba-Nya..Dia bagi banyak ujian . Yang penting Adawiyah jangan putus asa. Banyakkn doa dan bersyukur. Jangan ikutkan hati dan perasaan. InsyaAllah, ibu yakin Adawiyah boleh atasinya. Doa ibu sentiasa untuk anak ibu."

Mengalir air mata Adawiyah.....benar, ibu dan abah tidak pernah putus asa terhadap dirinya....Jadi mengapa dia perlu putus asa dengan begitu mudah putus asa hanya kerana kehilangan sesuatu yang masih belum tentu menjadi miliknya lagi?......Benar...bersangka baik pada Allah..moga taubat dan muhasabah Adawiyah diterima-Nya...

Ya Allah...irhamna Ya rahman.......

fa lakal hamd wa lakas syukr;
(maka bagi-Mu lah(ya Allah) segala pujian dan segala kesyukuran

Sekian.........

Tuesday, December 25, 2012

Kata2 Saidina Ali..
Aku amat takut bila ada orang puji aku,barang siapa memuji aku maka aku akan ambil batu dan baling dia dgn batu itu kerana aku takut dalam hati ini akan  timbul perasaan riak,ujub dan takabbur..
  

Saturday, December 1, 2012

Jalan-jalan Cari Apa?



Assalamua'laikum!!

Salam pertemuan buat semua.Emmm...lama saya tidak menulis di dalam madrasah hati saya ni.Maklumlah tiada kesempatan untuk "online" selalu.Apabila sekali sekala "online",dapat banyak maklumat dan cerita terkini tentang sahabat-sahabat....:) tumpang gembira bila melihat mereka bahagia.Semoga sentiasa ceria dan berusaha untuk menjadi lebih baik lagi! :)

Malam ini saya berpeluang untuk makan malam di luar bersama kawan-kawan,sambil menonton rancangan perlawanan bola sepak Malaysia-Indonesia di skrin besar di restoran.Emmm,memang dahsyat penangan bola sepak di dunia ni.Kalau menghadiri ceramah agama mahupun kuliah agama di masjid semeriah ini tentu lebih bahagia lagikan?:)

Bercakap tentang berjalan-jalan ni,saya telah mencuba banyak aktiviti yang sebenarnya saya dapat secara tidak langsung. Kali pertama mencuba resipi biskut oat, kali pertama menunggang "Forest",si kuda yang gagah perkasa,dan kali pertama merasai keenakan ais krim yogurt......memang aktiviti yang menggembirakan selain bekerja dalam bidang pemakanan dan industri,saya turut berpeluang mempelajari seni mempertahankan diri-silat.Sebenarnya banyak yang boleh dilakukan sekiranya ada ruang dan peluang. :)
Apa kata kita sama-sama jalan-jalan cari ilmu,cari pengalaman?

Emmm...nampaknya masa terlalu mencemburui saya.InsyaAllah pada masa akan datang saya akan berkongsi ilmu dan pengalaman tentang pelbagai cerita yang saya dapat dan yang saya alami.Mana yang bermanfaat,bolehla diambil pengajaran..mana yang sebaliknya,buangla jauh-jauh daripada ingatan. :)

Sekian.salam sayang daripada Nurhidayah Ariffiin.
1 Disember,9 malam,Kuala Kangsar.

Tuesday, October 23, 2012

HATI YANG MENGHARAP



“Bismillahirrahmanirrahim.....................

Syukur kepada Penciptaku yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,mengasihi diriku sepanjang masa.Tidak terabai walau sesaat sekalipun.Syukran Allah!”

J Assalamua’laikum sahabat-sahabat maya yang dihormati.Tidak kira siapa kita,apa bangsa kita,di mana kita....semoga kita sentiasa mentauhidkan Allah,Tuhan kita yang satu.Emmm...hampir 2 bulan saya tidak menjengah madrasah hati saya ini....Hampir saja melupainya dek kerana kesibukan waktu untuk bekerja dan berprogram.Benar,masa tidak menunggu kita...memang tidak cukup masa.Oleh sebab itu,setiap perkara yang kita lakukan perlulah berbaloi dan bermanfaat!Itu yang penting....:)

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dengan kiriman jutaan doa buat sahabat-sahabat baik saya yang telah selamat melangsungkan perkahwinan baru-baru ini.Semoga Allah memberikan rahmat dan zuriat keturunan yang baik dan kuat berpegang kepada agama,InsyaAllah.Tahniah buat sahabat dan adik-adik yang telah bergraduasi baru-baru ini.Salam kerinduan juga buat sahabat-sahabat saya yang kerap menjengah madrasah hati saya ini tatkala saya tidak sempat untuk hadir di depan mata.Semoga Allah sentiasa menjaga ikatan persahabatan kita semua walaupun masing-masing sudah mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tersendiri. J

HATI YANG MENGHARAP.

Perkembangan terkini tentang buku pilihan saya.....emmmm, pada bulan ini baru berkesempatan untuk membaca buku “Cinta High Class”,naskah cinta pengarang kegemaran saya ,Fatimah Syarha dan suaminya Dr Farhan Hadi...Best!Bila mood untuk membaca dimulakan dengan sesuatu yang menarik,memang cepat habislah jawabnya....hehe.Terima kasih untuk “Cinta High Class” ini.

Selain buku-buku novel tarbiah Islam, novel sejarah Islam....saya juga turut mencuri masa membaca beberapa bahan bacaan wajib seperti buku pemakanan dan bioproses untuk memantapkan lagi ilmu yang sekejap ada sekejap terlupa...hehe.....,buku-buku tarbiah seperti Kitab tauhid berorientasikan sudut pandangan  Sains Islam,kitab tafsir Al-Qur’an dan beberapa bahan kajian lain...memang tidak menang tangan untuk membacanya..tetapi hakikatnya perkara ini perlu dilakukan semata-mata untuk mencari ilmu,menambah ilmu untuk membawa kita lebih mengenali Islam dan mencintai Allah....insyaAllah.

Setiap hari saya menyusun jadual agar ia penuh......saya tahu saya akan kepenatan untuk mengejar semua aktiviti,tetapi saya puas.Teringat pula kenangan semasa berprogram dan belajar di universiti  dahulu.Memang tidak menang tangan.....bukan sebab terlalu sibuk,tetapi kurang bijak menyusun jadual dan merancang.Sesibuk manapun sebenarnya jika disiplinkan masa pasti semuanya dapat dilakukan dengan teratur dan berhemah. Kali ini,saya akan lebih belajar dan belajar.:)

“Berdoalah kepada-Ku,nescaya akan Aku makbulkan”

Banyak yang saya minta dari  Allah......terlalu banyak....dari kecil hingga kini,doa sentiasa berterusan.....:) Teringat kata-kata seorang sahabat tentang doa dan pengharapan ini.Katanya cuba kita fikir,dalam pada kita berdoa dan berharap kepada Allah...pernah tak kita kira berapa banyak permintaan kita yang Allah sudah makbulkan?dalam sedar apatah lagi dalam tidak sedar.....Subhanallah,terlalu banyak! Saya tertunduk merenung kembali.....Allah sentiasa memberi........saya?Apa yang saya patut buat?Sudah pasti lebih mencintai Allah dan sentiasa berusaha menjadi lebih baik dari hari ke hari,betul tak?:) Allah beri apa yang perlu,bukan apa yang kita mahu.:) Allah Maha Mengetahui.Namun,kepada Allah jualah kita perlu sentiasa menghadapkan hati dan berharap.

Jika kita rasa lemah,cuba kita hadapkan hati dan fikiran terhadap Allah dan semua nikmat-Nya kepada kita,InsyaAllah kita pasti mampu tersenyum ataupun menangis terharu. Alangkah maha mulianya Tuhanku,Allahuakbar! J


Wednesday, August 29, 2012

Bismillahirrahmanirrahim.....salam syawal! Semegah-megah Pemilik alam ini yang telah menjadikan semuanya dengan penuh hikmah.Marilah kita mengucapkan kesyukuran dengan rasa rendah diri....kita sebagai makhluk Allah yang dicipta dengan sebaik-baik penciptaan.

Lama saya tidak menarikan jari-jemari saya menaip dan menatap di madrasah hati saya ini.Teman maya saya apabila saya kesunyian.Kata-kata yang hadir kebanyakannya adalah dari isi hati saya dan pendapat saya.Naluri manusia yang inginkan kegembiraan dan keseronokan.Banyak cara dan wadah untuk kita lakukan...asalkan ianya bukanlah sesuatu yang tidak baik apatah lagi menyalahi peraturan Allah,bolehla kita teruskan.:)

Emm.....Ramadhan dah berlalu pergi....Syawal pula hadir.Bagi kelompok masyarakat di sekeliling saya rata-ratanya masih mengamalkan rumah terbuka.Semalam sahaja ada tiga jemputan rumah terbuka dan memang kenyang dengan senyumanlah saya dan rakan-rakan sekerja.Hidup di luar bandar,kawasan yang dekat dengan alam semulajadi,kos hidup yang tidak terlalu tinggi,kerja yang selesa,sahabat-sahabat yang baik....memang saya bersyukur dengan semuanya.Walaupun banyak yang saya tidak tahu lakukan,ada saja yang sudi membantu...Alhamdulillah saya tidak keseorangan.Allah ada sentiasa dalam masa yang sama saya belajar hidup bermasyarakat..Terima kasih Allah,terima kasih semua yang hadir dalam hidup saya. :)




Friday, August 3, 2012

Perutusan Buat Teman


Bismillahirrahmanirrahim......Allah yang Maha Pemurah.Maha Pemberi Rezeki buat sesiapa yang dikehendaki-Nya..banyak atau sedikit,besar nilaiannya disisi Allah andai kita bersyukur.

Usia di alam 20-an memberi suatu era cabaran baru yang sentiasa silih berganti.Saya akui banyak yang saya tidak tahu,banyak yang saya kena belajar,banyak kelemahan yang saya perlu baiki...terlalu banyak keperluan untuk muhasabah diri.Saya sedar saya perlu menjadi seorang wanita yang cekal,sentiasa memperkuatkan kesabaran dan sentiasa berubah ke arah kebaikan.

Saya melihat kepada keadaan sekeliling saya dan situasi masyarakat yang ada di hadapan mata saya...semuanya membuatkan saya berfikir dan lebih koreksi diri. Untuk mendapatkan yang baik,saya perlu menjadi baik.....untuk memperoleh yang terbaik,saya perlu bergerak menjadi yang terbaik. Hakikatnya,kita dapat apa yang sesuai untuk kita.Semuanya adalah ketetapan Allah s.w.t.InsyaAllah.


Tahniah dan salam sejahtera buatmu teman yang bertemankan insan yang dicintai.

Tiga bulan ini,kerap benar saya mendapat jemputan walimah teman sekampus.Masing-masing sudah memilih teman hidup dan bakal melayari bahtera perkahwinan.Tahniah untuk semua yang berkenaan.Moga sentiasa menyebarkan kasih sayang dan bahagia bersama hingga ke akhir hayat.

Munakahat atau perkahwinan adalah sesuatu yang suci.Islam sendiri sentiasa menggalakkan umatnya supaya hidup berkeluarga bagi sesiapa sahaja yang mempunyai kemampuan dari segi fizikal,material,keagamaan dan kerohanian.


Jodohku adalah dirimu.

.”Ya Allah kurniakanlah kepadaku pasangan yang menjadi penyejuk mataku dan zuriat keturunan yang soleh........”.

Saya teringat  antara isi ceramah Ustazah Bahyah berkaitan pencarian jodoh ini iaitu mulakan doa agar Allah rezekikan kita jodoh yang baik,jodoh yang bertaqwa seawal mungkin.Ibu dan nenek juga berpesan begitu.Doa dari sekarang.....Pada ketika itu saya masih di matrikulasi  dan agak sukar untuk faham kenapa perlu doa tatkala itu lagi.Yela...belum habis belajar...tetapi lama kelamaan saya dapat faham juga.InsyaAllah masih sentiasa berdoa.Berdoa dan terus berdoa.Moga jodoh saya nanti adalah yang terbaik untuk mendidik saya dan membawa saya dekat lagi dengan Allah dan Islam.

Ada juga orang tua-tua cakap, “kalau jodoh kita,kita jumpa di tempat yang baik seperti di masjid,di majlis ilmu....maknanya baik le tu”.Hehe...macam-macam.Walauapapun cara yang kita lakukan,perlu kita usaha dengan jalan yang baik disertai dengan doa dan tawakal.Bagi yang sudah dilamar dan yang telah melamar,berdoalah moga terus dikukuhkan jodoh sehingga bernikah,sehingga akhir hayat.Benar,jodoh yang baik merupakan rezeki Allah yang amat bernilai.Suami dan isteri yang membawa roh Islam secara keseluruhan di dalam pembinaan keluarga pasti akan berjaya menghasilkan benih yang juga akan membawa Allah dan Islam ke tempat paling atas.InsyaAllah.



Cinta-Ku padamu adalah kerana cintamu pada-KU- NHMA

Buat insan-insan yang masih menanti,jodohmu pasti akan hadir jua.Tidak di dunia..insyaAllah di akhirat sana.
Positifkan dalam diri.Cinta teragung semestinya cinta Ilahi.Teman yang sepi jangan bersedih hati.Masamu pasti tiba nanti.Sementara menunggu teman berkongsi hati,sentiasalah tambah cinta kita kepada Ilahi.

“cinta-Ku adalah agung....kepadamu yang Ku sayang”
“kasih-Ku sangat indah....kepadamu hamba-Ku”
“Bait-bait kata-kata cinta-Ku.....kau temuilah dalam kitab-Ku”
“Baca dan faham,sedar dan kesankan dalam hatimu....”
“Rasul-Ku..Muhammad sayang padamu...begitu juga Aku”
“Sentiasa bersamamu....wahai hamba-Ku”


-Nurhidayah Ariffin,14 Ramadhan 1433 h, Kuala Kangsar-



Tuesday, June 19, 2012

Pentingnya Untuk Bekerja

Bismillahirrahmanirrahim...selamat bekerja buat semua sahabat pena yang Solehah hormati.Seusai menghabiskan pengajian,pasti ramai yang memikirkan tentang pekerjaan..:)tidak kurang juga yang berbicara tentang menamatkan zaman bujang...emmm,terpulanglah kepada individu mahu mengutamakan yang mana.Apa yang penting?:) Kita berusaha menjadi hamba Allah yang sebaiknya...dan bermanfaat kepada makhluk Allah yang lain khususnya manusia.

(Gambar sekadar hiasan)

Pentingnya Untuk Bekerja .  

Apa pentingnya bekerja?Kalau duduk diam..menongkat dagu,menghitung hari kematian....agak-agak sia-sia tak usia yang Allah bagi kepada kita?:) Pasti sia-sia....sedangkan Allah menyatakan bahawa manusia dijadikan Allah ada sebab dan tujuannya...Untuk beribadah kepada Allah,untuk mengimarahkan dunia....menjadi khalifah di muka bumi Allah dan dalam masa yang sama kita bebas untuk melakukan sebarang pekerjaan,belajar,berkahwin dan sebagainya yang mengikut fitrah dan naluri kita sebagai manusia. :)

Sedang membelek-belek buku-buku di pejabat,terjumpa pula surat khabar iluvislam ni membawa Solehah untuk muhasabah diri kembali tentang apa sebenarnya perlu dan pentingnya kita sebagai insan yang bekerja.

1. Kerja menurut Islam segala yang dilakukan meliputi kerja untuk dunia dan kerja untuk akhirat.

2.Kerja untuk kehidupan dunia (bercorak aqli(mental) atau jasmani) adalah dipandang sama penting dan mulia di sisi Islam asal sahaja dibolehkan syarak.

3.Islam mewajibkan kerja ke atas seluruh umatnya tanpa mengira darjat,keturunan atau warna kulit,kerana seluruh umat manusia adalah sama di sisi Allah,melainkan kerana taqwanya.

4.Masyarakat Islam sama-sama tanggungjawab dan bekerjasama melalui kerja masing-masing.Berdasarkan kebolehan dan kelayakan kerana segala kerja adalah bersumberkan iman dan bertujuan melaksanakan amal soleh.

5.Kerja adalah asas penilaian manusia dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya sebagai khalifah Allah dan hamba-Nya untuk memakmurkan bumi ini dan sekaligus beribadat kepada Allah.

6. Kerja merupakan cara yang tabi'i untuk manusia mencari nafkah bagi menyara hidup dan keluarga melalui pelbagai sektor pekerjaan dan perusahaan yang sedia terbuka peluangnya dengan persediaan dan kemudahan alam yang Allah sediakan di atas muka bumi ini.

Moh kite kerja bagus2x! InsyaAllah berjaya!!!!

Sekian,wassalam.
                                               

Monday, May 14, 2012

Ibuku Mamaku Selamanya..



Ummi, 
kita adalah wanita....
pernah menjadi seorang bayi perempuan yang pastinya comel untuk sentiasa dibawa dan digendong...
kita adalah wanita
pernah menjalani kehidupan zaman remaja......penuh riang ria dan gelak ketawa...walau tangis ada namun mudah jua kita lupa dek kerana seronoknya zaman itu..
kita adalah wanita
pernah mengalami zaman dewasa....
zaman yang memberitahu kita cabaran sebenar bergelar wanita...

Ummi...
ummi telah menjadi seorang ibu...
Ibu kepada anak-anak ummi...
Yang mungkin tidak memahami perilaku kita sebagai wanita..
Mungkin tidak sesabar kita dalam melayani karenah manusia...
mungkin tidak sebanyak air mata yang kita tumpahkan disebabkan risau, sayang pada mereka...
Mungkin begitu ummi......

Ummi...
aku akan menjadi seperti dirimu.....
Akan mempunyai suami yang perlu untukku fahami
aku akan menjadi sepertimu..
akan mempunyai  anak-anak yang perlu untukku didik...
Doakanku sabar..ummi...

Sesabar dirimu.....
Doakanku ummi...
secekal hatimu...
Agar bisaku berjuang menjadi srikandi kental...
Berjaya di medan dunia,nikmat syurga menunggu di sana..

~Nursolehah Ahmad~

Tuesday, May 8, 2012

Standard 3.O ?


Assalamua'laikum....salam perkongsian pendapat buat semua.Bagaimana keadaan sahabat maya semua?Bertindak serba tahu tentang isu sekitar atau masih menjadi pihak berkecuali untuk sebarang berita? Nasihat saya,bukalah minda dan mari kita bersifat ambil tahu dan ambil berat tentang perkara yang sepatutnya.Mendengar dan melihat tidak semestinya kita terima bulat-bulat tetapi perlu ada analisis dan berfikir dengan akal fikiran yang waras.Betulkah tindakan itu?Mengapa jadi begitu?Pasti ada yang memacu pergerakannya.Semua perkara terjadi dengan adanya pergerakan...sama ada pergerakan minda mahupun fizikal. :)

Saya terfikir dengan apa yang berlaku kepada dunia kini...makin tidak keruan jadinya bukan?Disini sana ada sahaja pergolakan,penindasan....dunia yang menakutkan.Apabila kebendaan menjadi saingan kepada nilai kemanusiaan dan alam semulajadi...semuanya menjadi berpecah..ada yang menyokong yang benar,banyak yang berdiri di belakang kebatilan.Mana satu yang benar?Mana satu yang salah?Kita menjadi sangsi dengan bukti yang dibentangkan.Itulah hakikat kehidupan kini.Namun,percayalah...lambat laun kebenaran pasti terbukti dan mampu mengatasi kejahilan dan kejahatan.:)

Bercakap tentang "Standard 3.0" adalah suatu tahap yang tinggi.Jika seseorang itu mendapat PNGK 3.0 semasa belajar ,sudah dianggap bagus...Ada sukatan yang sesuai untuk digambarkan mengapa ia digazetkan sebagai 3.0.Pasti ia merupakan suatu tahap kematangan yang boleh dikatakan baik. Saya melihat situasi perhimpunan BERSIH 3.0 dalam mata kaca seorang wanita yang bersifat natural.BERSIH telah mencapai anjuran kali ke-3.Pada pendapat saya,pasti ia suatu proses kematangan penganjuran perhimpunan yang baik kerana telah beberapa kali diadakan perhimpunan seperti itu.Ada beberapa rakan saya yang mengutuk,ada juga yang menyokong...semuanya berdasarkan prinsip mereka masing-masing.Penilaian adalah melalui diri sendiri.Kalau nak sokong,sokong...kalau tidak mahu,cakap saja tidak mahu.Namun setiap sokongan dan bantahan itu perlu kita sandarkan kepada bukti yang realistik dan adil untuk kedua-duanya.:)

Bagi skop kita sebagai manusia,di manakah pencapaian ilmu kita?agama kita?sahsiah kita?ingin mencapai "standard biasa-biasa"atau tahap optimum?Pasti kita ingin mencapai darjat yang terbaik disisi Allah pastinya dan manusia umumnya.Betul?:) Tepuk dada tanya iman.
Wallahua'lam.

~Nursolehah Ahmad~Selangor

Saturday, April 7, 2012

Anak dan Ijazah Akhlak Terpuji

Assalamua'laikum..... :)


Salam kasih sayang saya tujukan kepada semua insan yang bergelar ibu bapa.....dan bakal menjadi ibu bapa.Tidak lupa juga buat insan yang bergelar anak....Ketahuilah kita dijalinkan Allah dengan ikatan kasih sayang.....Moga hati sentiasa dipenuhi rasa ini...Ameen.

Hari ini saya ingin berkongsi cetusan/rasa hati saya kepada sahabat-sahabat blogger dan saudara-saudara alam maya tentang "anak". Berbicara tentang anak,pasti yang dapat merasainya insan-insan yang bergelar ibu bapa.Emak selalu cakap....bukan senang nak jaga dan didik anak-anak....Memang betul...jika salah percaturan,salah didikan,terlalu dimanjakan...apa yang anak-anak ingin,semuanya diberi tanpa pernah berkata "tidak" atau "tak boleh"...maka sudah pasti anak-anak yang dibentuk tidak dapat berdikari.Kesian mereka kelak..kerana pasti sukar untuk bertahan dalam kehidupan jika asyik bergantung kepada ibu bapa.Tanggungjawab ibu bapalah yang sukar untuk difahami dan diertikan melalui kata-kata.Syabas kepada semua ibu bapa yang menjadikan anak-anak mereka insan yang mampu bergerak sendiri,membuat keputusan sendiri,mampu melakukan kerja-kerja....pendek kata mampu meneruskan kehidupan dengan baik. :)

Wahai anak,
Kita adalah hamba Allah yang jua mempunyai hati dan keinginan.Salutlah keinginan,apa jua yang kita mahu dengan panduan aqal dan iman.Semua ibu bapa mahukan yang sebaiknya buat anak-anak,kalau boleh lagi baik..lagi bagus daripada mereka...Pasti!!!!!!!!! Jadi,dari sudut pandangan seorang anak.......jadilah yang terbaik....Bukan hanya berjaya membuktikan "aku mampu berjaya" dalam kehidupan dunia......malah pasti berjaya dalam kehidupan akhirat....:)





Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah...masih kuat untuk mengharungi ujian dunia....Ujian sebenar dunia....diuji dengan harta...rezeki wang....dan sebagainya.Semuanya membuatkan diri saya berasa benar-benar tidak berupaya dan kerdil di sisi Allah.Tanpa Allah pasti saya tewas..Tewas dalam kehidupan ini.

Saya belajar dan diajar untuk menjadi seorang yang sentiasa membantu....memberi.... Benar,semakin banyak kita membantu dan memberi....semakin itu jugalah kita diuji .....adakah kita akan masih membantu dan memberi?ataupun putus asa dengan rahmat Allah dan berhenti?Saya berdoa agar saya juga akan dibantu apabila saya memerlukan pertolongan...apabila saya meminta.....hanya kerana saya manusia biasa..memerlukan bantuan dan bantuan dan bantuan....nasihat dan nasihat dan nasihat.....sokongan dan sokongan dan sokongan....untuk terus berjuang di muka bumi Allah ini.Saya pasti yang lain juga begitu....:)


Terima kasih buat yang membantu ketika saya memerlukan......Menyokong bila saya lemah...Menemani saya tatkala saya resah...Semuanya insan-insan yang dihantar Allah kepada saya...Saya akan menghargainya..Terima kasih...

Wassalam.
Yang lemah lagi hina
~Nursolehah Ahmad~

“Tiap-tiap kesulitan itu ada kemudahan.Ada hikmah yang kita tidak tahu.Iringi dengan solat,sabar dan doa....sertakan jua usaha dan tawakkal.Moga semua kuat semangat dalam mengharungi kehidupan ini.Ameen”



WAHAI MUJAHIDAH
KAU TELAH MELAFAZKAN JANJI TAAT SETIA
KAU TELAH JUA PASAKKAN HATIMU PADA PERJUANGAN INI
MESKIPUN KAU TAHU 
KAU BAKAL BERPENAT LELAH
UNTUK MEREALISASIKANNYA

NAMUN,
KERANA YAKINMU PADA JANJI SANG PENCIPTA'
KAU RELAKAN DIRIMU DITARBIYYAH
DENGAN HARAPAN
KAU MAMPU MEMIMPIN PERUBAHAN
MENGORAK LANGKAH PERJUANGAN
MELANGKAH KALIMAH TAKBIR
DEMI DAULAH ISLAM YANG INGIN KAU DIRIKAN


MUJAHIDAH SOLEHAH
TERUSKAN LANGKAHMU
JGN MENGALAH DGN CUBAAN DUNIA
KERANA KAU HARUS YAKIN DAN PERCAYA
ALLAH ADA BERSAMA.

~Nursolehah Ahmad~