Bismillahirrahmanirrahim......Allah
yang Maha Pemurah.Maha Pemberi Rezeki buat sesiapa yang dikehendaki-Nya..banyak
atau sedikit,besar nilaiannya disisi Allah andai kita bersyukur.
Usia
di alam 20-an memberi suatu era cabaran baru yang sentiasa silih berganti.Saya
akui banyak yang saya tidak tahu,banyak yang saya kena belajar,banyak kelemahan
yang saya perlu baiki...terlalu banyak keperluan untuk muhasabah diri.Saya
sedar saya perlu menjadi seorang wanita yang cekal,sentiasa memperkuatkan
kesabaran dan sentiasa berubah ke arah kebaikan.
Saya melihat kepada keadaan
sekeliling saya dan situasi masyarakat yang ada di hadapan mata saya...semuanya
membuatkan saya berfikir dan lebih koreksi diri. Untuk mendapatkan yang
baik,saya perlu menjadi baik.....untuk memperoleh yang terbaik,saya perlu
bergerak menjadi yang terbaik. Hakikatnya,kita dapat apa yang sesuai untuk
kita.Semuanya adalah ketetapan Allah s.w.t.InsyaAllah.
Tahniah
dan salam sejahtera buatmu teman yang bertemankan insan yang dicintai.
Tiga
bulan ini,kerap benar saya mendapat jemputan walimah teman
sekampus.Masing-masing sudah memilih teman hidup dan bakal melayari bahtera
perkahwinan.Tahniah untuk semua yang berkenaan.Moga sentiasa menyebarkan kasih
sayang dan bahagia bersama hingga ke akhir hayat.
Munakahat
atau perkahwinan adalah sesuatu yang suci.Islam sendiri sentiasa menggalakkan
umatnya supaya hidup berkeluarga bagi sesiapa sahaja yang mempunyai kemampuan
dari segi fizikal,material,keagamaan dan kerohanian.
Jodohku
adalah dirimu.
.”Ya Allah kurniakanlah
kepadaku pasangan yang menjadi penyejuk mataku dan zuriat keturunan yang
soleh........”.
Saya
teringat antara isi ceramah Ustazah
Bahyah berkaitan pencarian jodoh ini iaitu mulakan doa agar Allah rezekikan
kita jodoh yang baik,jodoh yang bertaqwa seawal mungkin.Ibu dan nenek juga
berpesan begitu.Doa dari sekarang.....Pada ketika itu saya masih di
matrikulasi dan agak sukar untuk faham
kenapa perlu doa tatkala itu lagi.Yela...belum habis belajar...tetapi lama
kelamaan saya dapat faham juga.InsyaAllah masih sentiasa berdoa.Berdoa dan
terus berdoa.Moga jodoh saya nanti adalah yang terbaik untuk mendidik saya dan
membawa saya dekat lagi dengan Allah dan Islam.
Ada
juga orang tua-tua cakap, “kalau jodoh kita,kita jumpa di tempat yang baik
seperti di masjid,di majlis ilmu....maknanya baik le
tu”.Hehe...macam-macam.Walauapapun cara yang kita lakukan,perlu kita usaha
dengan jalan yang baik disertai dengan doa dan tawakal.Bagi yang sudah dilamar
dan yang telah melamar,berdoalah moga terus dikukuhkan jodoh sehingga
bernikah,sehingga akhir hayat.Benar,jodoh yang baik merupakan rezeki Allah yang
amat bernilai.Suami dan isteri yang membawa roh Islam secara keseluruhan di
dalam pembinaan keluarga pasti akan berjaya menghasilkan benih yang juga akan
membawa Allah dan Islam ke tempat paling atas.InsyaAllah.
Cinta-Ku
padamu adalah kerana cintamu pada-KU- NHMA
Buat
insan-insan yang masih menanti,jodohmu pasti akan hadir jua.Tidak di
dunia..insyaAllah di akhirat sana.
Positifkan
dalam diri.Cinta teragung semestinya cinta Ilahi.Teman yang sepi jangan
bersedih hati.Masamu pasti tiba nanti.Sementara menunggu teman berkongsi
hati,sentiasalah tambah cinta kita kepada Ilahi.
“cinta-Ku
adalah agung....kepadamu yang Ku sayang”
“kasih-Ku
sangat indah....kepadamu hamba-Ku”
“Bait-bait
kata-kata cinta-Ku.....kau temuilah dalam kitab-Ku”
“Baca
dan faham,sedar dan kesankan dalam hatimu....”
“Rasul-Ku..Muhammad
sayang padamu...begitu juga Aku”
“Sentiasa
bersamamu....wahai hamba-Ku”
-Nurhidayah
Ariffin,14 Ramadhan 1433 h, Kuala Kangsar-
No comments:
Post a Comment