Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Tuesday, January 26, 2010

SELAMAT MAJU JAYA SEMUA!


( kenangan semasa PRK JAKMAS E 08/09)

Pemerintahan JAKMAS E sesi 2008/09 telahpun melabuhkan tirai setelah sekian lamanya mentadbir. Patah tumbuh silih berganti, begitu jua hakikat dalam kepimpinan. Ambil yang baik dan bermanfaat, jadikan kelemahan sebagai tauladan .

Buat semua rakan setugas, JAKMAS E – Romy, Yun, Kak Ros, Laini, Hui San , Sathia, Saras, Syukri dan Ilham…selamat maju jaya. Tidak lupa rakan-rakan MPP , JAKMAS AB,CD,IP,KF ,PM Sekolah yang banyak membantu. Semoga semuanya Berjaya dan bahagia.

Pengetua E : En Raffie , Dr Andika(kini) dan juga Felo-felo semua, staf2 HEP dan pentadbiran universiti. Maaf atas salah silap dan terima kasih atas segala tunjuk ajar.

Buat semua yang mengenali diri, maaf atas salah dan silap semasa mentadbir. Mohon dihalalkan apa yang tidak terlaksana baik amanah dan juga tanggungjawab.

TERIMA KASIH SEMUA YANG MEMBANTU BAIK SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG.

Bagi yang bertanding dalam pilihanraya kampus.. ..ALL THE BEST semua. ….UNDILAH PEMIMPIN YANG ANDA PERCAYA DAPAT MEMIMPIN DAN MEMBAWA KEBAJIKAN KEPADA SEMUA BAIK DUNIA DAN JUGA AKHIRAT...

“KEPIMPINAN MEMBAWA PERUBAHAN”

Mantan Bendahari (Exco Kewangan dan Keusahawanan), JAKMAS E .

700

“700”

Ganjaran Pahala Sedekah.

1 x 7 x 100 = 700

Surah al-baqarah ayat 261 :

Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai , pada tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.

Wednesday, January 13, 2010

Because We Love Allah...


Salam pertemuan di alam maya. Menerobus ruang ini, Solehah ingin berkongsi sedikit pengisian buat semua hasil pembacaan Solehah beberapa hari ini. Moga ada manfaatnya.

Kisah Pemimpin Yang Sebenar.

Seorang wartawan diberi peluang untuk makan malam bersama dua orang calon perdana menteri, secara berasingan. Dia diminta untuk menilai siapakah yang lebih layak untuk menjadi perdana menteri di antara 2 calon itu.

Pada hari pertama, wartawan tersebutpun makan bersama calon PM yang pertama. Mereka berbual pelbagai topik dan isu. Perbualan itu hebat, berlangsung lebih 2 jam, penuh rancak dan menarik. Seusainya, beliau ditanya: Bagaimana dengan makan malam bersama dengan calon PM itu?

Tanpa teragak-agak beliau menjawab: “ Saya mendapat banyak input yang bermanfaat. Tidak syak lagi dialah manusia yang paling bijak dan berkemampuan.”

Esoknya giliran beliau makan malam bersama calon PM yang kedua. Sama seperti yang pertama, perbualan menarik dan rancak, turut berlangsung selama 2 jam. Apabila selesai, wartawan itu ditanya lagi : ‘Bagaimana dengan makan malam bersama calon PM itu?’

Tanpa berfikir panjang beliau menjawab: ‘Saya berasa sayalah orang yang paling bijak dan paling berkemampuan!”

Jadi, siapa yang layak menjadi PM?

Wartawan itu menjawab: Calon kedua.

“rasanya saudara kata calon pertama lebih bijak...”

Jawab wartawan itu: ‘Bukan itu kriteria utama menjadi seorang pemimpin. Seorang pemimpin mesti mampu membuat orang di bawah pimpinannya rasa bijak. Bukannya dia hanya membuat pengikutnya kagum dengan kebijaksanaannya’.


Kesimpulan daripada cerita .

Pemimpin mesti sentiasa berfikir demi kemaslahatan pengikutnya. Bukan berfikir untuk kepentingan dirinya. Kebijaksanaan sahaja tidak cukup untuk memimpin dengan baik. Sikap amanah dan prihatin kerap kali mengatasi kebijaksanaan dalam menawan hati pengikut.

PEMIMPIN YANG SEBENAR....

Dalam hal memilih pemimpin, Islam menetapkan garis panduannya dengan jelas. Oleh kerana Al-Qur’an adalah panduan dan peraturan, maka pemimpin yang hendak dituruti dan dipatuhi ialah pemimpin yang patuh kepada kehendak Al-Qur’an yang memimpin ke arah ketaqwaan

Orang-orang yang beriman tidak wajar memilih pemimpin semata-mata kerana mereka ada pangkat, kekayaan dan juga kekuasaan. Dengan harta, pangkat dan kekuasaan belum pasti pemimpin itu layak dituruti kerana belum pasti mereka dapat membawa pengikutnya kepada keredhaan Allah swt.

Orang-orang yang menjadi pemimpin biarlah yang tahu halal dan haram, dosa dan pahala. Pemimpin mestilah yang celik Al-Qur’an supaya bukan sahaja pemimpin itu bertaqwa tetapi juga menjadi pemimpin kepada orang-orang bertaqwa.

Firman Allah dalam Surah al-Furqan (25 : 74 ) yang bermaksud:

“Dan (wahai Tuhan) jadikanlah kami imam (pemimpin) kepada orang-orang yang bertaqwa.”

Dan

Surah An-Nisa’: 59

Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul(Muhammad), dan ulil amri (pemegang kekuasaan)203 di antara kamu. Kemudian, jika kamu berbeda pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah (Al-Qur’an ) dan Rasul(sunahnya) , jika kamu beriman kepada Allah dan Hari kemudian. Yang demikian lebih utama bagimu dan lebih baik akibatnya.

Asbabun Nuzul ayat 59, Surah An-Nisa’:

Ibnu ‘Abbas menjelaskan bahawa ayat ini diturunkan sehubungan dengan Abdullah bin Hudzafah bin qais, ketika ia diutus Rasullullah untuk memimpin pasukan perang. (H.R Bukhari)

(203: Pemimpin yang selagi mana berpegang pada Al-Qur’an dan as-sunnah).

Selain itu janganlah pula orang-orang yang beriman menjadi pengikut kepada pemimpin yang tidak menghiraukan halal haram, sesungguhnya sikap pemimpin yang demikian itu adalah melampaui batas-batas Allah (taghut).

Janganlah di akhirat kelak orang-orang yang tergolong celik agama tetapi berada dalam barisan menuju neraka, iaitu di bawah pimpinan manusia yang bertaraf taghut. Sesungguhnya akan diseru manusia di akhirat kelak supaya mengikut di belakang pemimpin yang mereka taati.

Justeru janganlah jangan sampai tersalah memilih pemimpin kerana pemimpin itu mempunyai tanggungjawab bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.


Sumber Rujukan : Sumber : Tafsir Al-Qur’an Per Kata oleh Dr. Ahmad Hatta,MA.

Buku ‘Bertemu Janji Allah’ – Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Majalah Solusi Edisi ke-15.- Hijrah atau Kalah.


Friday, January 8, 2010

Make a strong character to move!!!


Salam sayang semua!!!
Antara ayat2 yang Solehah ingat semasa kami tengah brnstmg...

'Saya nak kamu semua fikir cadangan pembaikan bukan hanya bangkitkan permasalahan tetapi terhenti di situ saja.Jangan ingat kita sentiasa betul dan sentiasa tahu!!Find solutions from problems.

'I need something from all of you. When you all come here, u all should learn something. We get something from u, and u get something from us. This is opportunity. Learn and learn!! Sharing your knowledge...'

I want you to take note what i want to talk:

From theory war of Tsu Zhu;(rasanya..seingat Solehah)

Know yourself
Know your enemy
Know your strength
Know your illness
And Use your strength..

Get it?
Yes, sir!!!

rasanya itu sahaja setakat ini. Salam sayang, ingatan buat sahabat2 dari kejauhan.
hd

MUSLIMAT!!!!POWER3x!!!!!

Friday, January 1, 2010

Tiada Noktah dalam Persaudaraan.

Aku memohon keampunan kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang Hidup lagi berdiri dengan sendirinya dan aku bertaubat kepada-Nya.

Bismillahirrahmanirrahim,

Ya Allah,
Sahabat2ku adalah jiwaku,
Tanpa mereka terseksa diriku,
Maka lindungilah mereka walau diriku tiada di sisi mereka.

Ya Allah,
Sahabat2ku adalah cerminan peribadiku,
Selalu menegur dan menyayangiku,
Tanpa mereka sedihnya diriku,
Maka peliharalah mereka walau diriku tiada disisi mereka.

Ya Allah,
mudahkanlah mereka dalam setiap urusan,
kuatkanlah semangat mereka dalam berjuang,
Jagalah mereka,sayangilah mereka
kerana
mereka menyayangiku spenuh jiwa.

Ya Allah,
ampunkanlah kami semua atas apa yang tidak termampu untuk kami pikul dalam melaksanakan amanah dari-Mu,
Moga Rahmat-Mu sentiasa brsama kami semua
sehingga akhirat sana.


"Dengan nama Allah aku serahkan jiwaku, hartaku dan agamaku(kepadaNya) ,
Ya Allah ya Tuhanku, jadikan aku redha dengan keputusanMU, berikanlah keberkatan terhadap apa yang ditakdirkan bagi diriku,sehingga aku tiada lagi menginginkan penyegeraan terhadap apa yang Engkau tundakan dan tidak pula penundaan apa yang Engkau segerakan."
Amin...

Wednesday, December 16, 2009

Untukku Wanita


Tudung dan Maruah Wanita Islam.

Marwa al-Sharbini - Pejuang Hijab Dijemput Syahid.

Wanita ini sudah berumah tangga. Bersuamikan seorang doktor dan menetap di German. Wanita ini syahid (ditikam oleh pihak-pihak yang benci pada Islam) kerana mempertahankan hijab yang dipakainya. Tambah mengharukan dan menyedihkan...wanita ini hamil 3 bulan. Suaminya yang mempertahankannya turut terkorban. Semoga Allah memberkati Marwa dan suaminya..Amiinn.


Membaca kisah wanita ini membuat hati tersentuh. Hijab atau tudung yang dipakai akan tetap dipertahankan ..InsyaAllah.


(gambar sekadar hiasan..sebab gambar ni..comel!!)

Ustazah nak kamu semua pakai tudung tahun hadapan masa masuk tahun 3. Kena....!! Sebab semua dah besar. Rambut kena tutup...jangan bagi orang bukan muhrim nampak...Berdosa! Faham?”

Semua senyap....Namun ada yang menggangguk..taat pada ustazah!


Masuk tahun 3..umur baru 9 tahun.., adala beberapa anak gadis ustazah yang mula memakai tudung....Lawak jugak..Senget..tak centre...tapi itulah pengalaman semasa kecil...Berdikit-dikit berubah...Semakin meningkat dewasa, semakin faham kenapa disuruh begini...mengapa dilarang buat begitu...


Al-Qur’an; Surah An-Nur: 31

.....................Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkn perhiasannya(auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, ....................................................................................................... ( boleh rujuk tafsir)


Islam menyuruh wanita-wanita Islam memakai hijab atau tudung atas beberapa sebab seperti perlindungan, keselamatan, maruah. Ada yang berkata ,”Rambut mahkota wanita”..jadi perlu dilindungi dan dijaga. ....


Perumpamaan wanita2 yang menutup aurat umpama makanan yang dilindung di dalam tudung saji..tidak semua dapat melihatnya....berbeza dengan makanan yang tidak bertutup...mudah dihinggapi lalat...Macam2 perumpamaan lagi...

Ada benarnya....memakai tudung memberi satu kekuatan kepada seorang wanita untuk berubah ke arah yang lebih positif.. Motivasi dari tudung membawa pengajaran yang tersendiri pada dalam diri setiap wanita.

Buatmu wanita...moga kita istiqamah dalam perjuangan ini. Menuju Redha Ilahi..

Wassalam,


Friday, December 11, 2009

Menentang Budaya KONSERT



Menentang Budaya Konsert : Apakah justifikasi Gerakan Pelajar?

Semasa membelek buku2 untuk dijadikan bahan bacaan, terpandang sebuah buku berkulit kuning. Emph...macam menarik! Sehelai demi sehelai lembaran dibuka. Oklah....nak beli buku ni...macam best!!!

Di bilik terus Solehah buka dan baca. Antara kandungan yang menarik perhatian ialah berkaitan dengan Konsert. Sekarang KONSERT bermaharajalela......disini ada, di sana ada...DAH X KIRA TEMPAT( contohnya di tempat yang kita istilahkan sebagai GEDUNG ILMU) , x kira masa.....mungkin lagi cepat dan kerap tumbuh berbanding cendawan....apala nak jadi....

Sahabat2, mungkin kita perlu cakna dan ambil perhatian tentang perkara sebegini. Setiap hari media elektronik memaparkan rancangan2 hiburan; tidak terlepas konsert2 ( rasanya sahabat2 faham konteks konsert yanga Solehah maksudkan). Jika banyak kebaikan tidak mengapa, ini lebih banyak keburukan berbanding manfaat. Pengaruh negatif lebih tinggi vs positif.


Sedikit perkongsian berkaitan isu ini.


Buku: Potret Perjuangan Mahasiswa Dalam Cerminan Dekad (m/s 62, 63, 64).

Penulis : Riduan Mohamad Nor.

Kesan Daripada penguasaan kelompok Islamis di kampus telah menyebabkan mereka sangat kritis dengan budaya konsert dan pihak penganjur konsert sehingga pernah terjadi perdebatan isu di antara Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan dengan pimpinan-pimpinan pelajar pada Febuari 1988. Konsert yang ditentang oleh pelajar bukan sahaja yang hendak diadakan di kampus tetapi juga di luar kampus seperti di Stadium Merdeka . Menurut memorandum BBMN(Barisan Bertindak Mahasiswa Negara) berkaitan dengan bantahan konsert, alasan mereka menentang ialah kerana :


1. Budaya rock bertentangan dengan falsafah kebudayaan yang sedang diusahakan sekarang.

2. Tidak menghormati ucapan PM (ketika ini era pemerintahan Tun Dr Mahathir) ketika merasmikan Minggu Penyiaran yang tidak mahu budaya kuning diamalkan di Malaysia.

3. Suatu penghinaan terhadp usaha kerajaan untuk membantu umat Islam di Palestin sedangkan dalam masa yang sama membenarkan propaganda Yahudi dijalankan dengan sewenang-wenangnya.

4. Dalam keadaan negara yang tidak menentu ini, adalah kurang wajar ditambah dengan masalah-masalah yang tidak menguntungkan rakyat.

5. Keuntungan yang didapati daripada konsert ini amat kecil jika dibandingkan dengan tergadainya maruah rakyat dan negara.

6. Budaya rock adalah budaya yang mementingkan keseronokan, keganasan dan liar, dan kebanyakan propaganda Yahudi untuk menghancurkan umat Islam.

7. Mewujudkan masyarakat yang suka berhibur dan pengalaman budaya kuning yang tidak menjamin keutuhan kepimpinan masa akan datang.

8. Menjerumuskan belia-belia khususnya belia-belia Islam ke arah keseronokan dan kelalaian semata-mata tanpa mengikut batas-batas berhibur yang dikehendaki oleh Islam.

9. Menambah-pesatkan gejala dadah dan sosial yang mana sebelum ini tidak dapat dibendung bahkan ratusan juta wang kerajaan telah dibelanjakan untuk pemulihan dan kawalan ke atas gejala ini.


Peratusan penonton yang terlibat adalah daripada kalangan belia Melayu yang mengaku Islam. Oleh itu untuk menjadikan belia contoh kepada belia-belia bukan Melayu adalah amat menyedihkan.

Namun terdapat sisi yang berbeza bagi Hishamuddin Rais (2001) dalam melihat bantahan demi bantahan kelompok Islam terhadap budaya konsert di kampus universiti.


“Berita seperti ini (bantahan konsert:penulis) memperlihatkan warga kampus universiti 2 semakin tidak berupaya menyediakan ruang ilmu dan ruang demokrasi untuk menerima, melihat atau menilai kelahiran bentuk-bentuk seni yang baru, sihat dan mencabar. Apa yang beranak-pinak di kampus hari ini hanyalah kejulingan dan kekolotan pemahaman tentang budaya dan bentuk-bentuk seni budaya. Suasana kolet dan gering ini telah lama berakar umbi di kampus-kampus. Justeru, kampus2 telah menjadi padang jarak padang terkukur vis-a-vis aktiviti budaya dan sosial anak-anak pelajar. Cuaca dan suhu budaya kampus seperti ini telah melahirkan fenomena yang boleh kita gendrekan sebagai fenomena antikegembiraan hidup”.


Pelbagai pandangan telah dilontarkan masyarakat dalam menyikapi sikap pelajar, ada yang melihat di sisi hitam namun ada yang menyokong sikap tegas gerakan mahasiswa dalam mengangkat martabat generasi muda supaya menjadi aset negara . Kerajaan juga terpaksa akur dengan asakan gerakan pelajar ini dengan membatalkan konsert kumpulan Scorpions dan MJ. Pihak pentadbiran universiti juga menjalankan dasar berhati-hati dalam meluluskan sebarang konsert di kampus akibat daripada dominannya pengaruh kelompok Islamis dalam persatuan pelajar termasuk kepimpinan peringkat kolej kediaman.

Mahasiswa Memimpin Perubahan.

11 Dis 2009, 7:00 am waktu Malaysia.

Mandat Pemerintahan Kepada Pemimpin



Cikgu Zaleha bertanya kepada para pelajarnya yang baru berusia 8 tahun tentang cita-cita mereka. Ramai yang ingin menjadi doktor, polis, askar, cikgu.....tak ramai yang ingin menjadi angkasawan mahupun juruterbang kerana masih belum dibuka seluasnya minda mereka berkaitan profesion kerjaya. Apa yang biasa dihadapkan dihadapan mereka, itulah yang lebih mudah mempengaruhi minda dan jiwa mereka. Tiba-tiba seorang pelajarnya berkata ;


“Cikgu! Cikgu! Saya nak jadi Perdana Menteri.......Saya nak jadi ketua. Bagi arahan.”


Semua bertepuk tangan memberikan sokongan disertai dengan tawa riang... Mungkin sedikit geli hati dengan cita-cita tersebut...

Cikgu Zaleha tersenyum dan setelah demokrasi berjalan dalam pemilihan ketua darjah, budak pelik ini menjadi ketua darjah. Emph....tersipu-sipu malu dia menerima jawatan itu.Kini budak itu telah dewasa. Dengan keyakinan dan kepimpinan yang ditanam dalam dirinya semenjak kecil, budak kecil itu masih diberi mandat pemerintahan untuk memimpin dalam organisasinya.



Kepimpinan luas skopnya. Kepimpinan dalam diri sendiri, dalam organisasi dan pertubuhan, kepimpinan dalam siasah, kepimpinan dalam bidang agama dan sebagainya. Pemimpin itu tidak lahir dengan sendirinya tetapi memerlukan latihan yang berpanjangan serta pengalaman yang pelbagai.

Adakah kita pemimpin?

Allah telah berfirman di dalam Al-Qur’an bahawa manusia ialah khalifah di muka bumi ini. Jadi tidak salah jika Solehah mengatakan bahawa mandat pemerintahan telah diamanahkan kepada kita iaitu manusia.

Sejauh mana kita menunaikannya????? Masing2 ada jawapan..

Mari kita lihat dalam skop yang lain pula. Teringat pula kisah Saidina Umar berkaitan mandat pemerintahan untuk pemimpin....


Saidina Umar pernah bertanya kepada sahabat2,

“ Jika aku telah melantik orang yang baik sebagai pemimpin2 membantuku, apakah aku telah melaksanakn amanah kepimpinan ini denagn baik?

Sahabat2 menjawab:

“Sudah tentu, wahai amirul mukminin ...” sebaliknya Umar menjawab,

“Belum. Sehingga aku memastikan orang yang baik itu melaksanakan kebaikannya!”

Bagaimanakah barisan kepimpinan kita? Sudahkah dilantik orang yang baik? Itu pun sudah terlalu sukar. Dan sudahkah orang yang baik itu melaksanakan kebaikannya? Hal yang kedua ini jauh lebih sukar.


Sahabat2 mesti pernah menjadi pemimpin kepada organisasi bukan? Tidak kiralah AJK program atau AJK kelas sekalipun...setiap jawatan masing2 menuntut agar pelaksanaan dijalankan sebaik mungkin. Buat bersungguh2....


Teringat kata2 sahabat Solehah, semakin tinggi atau banyak amanah, semakin dekat dengan neraka. Apabila memegang jawatan, ironinya atau bidalannya ..kita telah meletakkan sebelah kaki ke neraka..Berat amanah ini sebenarnya....makin tinggi, makin dalam...


Melalui kepimpinan juga kita akan lebih nampak kelebihan mahupun kekurangan kita. Semakin banyak teguran dan kata2 menghiris hati tiba berganti2 dengan kata2 sokongan. Hakikat dunia kepimpinan, ada pasang ada surut...

Walau apa jua posisi kita sama ada pemimpin kepada diri sendiri atau sebagainya, mari kita sama2 menjadi pemimpin sebaik mungkin yang tidak tegar meninggalkan amanah sewenang2nya. Benar, kita tidak sempurna, ada masanya semangat kita merundum dan kita tidak terdaya langsung untuk bangkit....tetapi kita juga bukan insan yang mudah patah semangat. Semoga keberkatan Allah ada bersama2 kita wahai sahabat2...


Salam kepimpinan. Kepimpinan membawa perubahan ke arah yang lebih baik. InsyaAllah.

11 Dis 09: 2:04 am.