Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Wednesday, January 13, 2010

Because We Love Allah...


Salam pertemuan di alam maya. Menerobus ruang ini, Solehah ingin berkongsi sedikit pengisian buat semua hasil pembacaan Solehah beberapa hari ini. Moga ada manfaatnya.

Kisah Pemimpin Yang Sebenar.

Seorang wartawan diberi peluang untuk makan malam bersama dua orang calon perdana menteri, secara berasingan. Dia diminta untuk menilai siapakah yang lebih layak untuk menjadi perdana menteri di antara 2 calon itu.

Pada hari pertama, wartawan tersebutpun makan bersama calon PM yang pertama. Mereka berbual pelbagai topik dan isu. Perbualan itu hebat, berlangsung lebih 2 jam, penuh rancak dan menarik. Seusainya, beliau ditanya: Bagaimana dengan makan malam bersama dengan calon PM itu?

Tanpa teragak-agak beliau menjawab: “ Saya mendapat banyak input yang bermanfaat. Tidak syak lagi dialah manusia yang paling bijak dan berkemampuan.”

Esoknya giliran beliau makan malam bersama calon PM yang kedua. Sama seperti yang pertama, perbualan menarik dan rancak, turut berlangsung selama 2 jam. Apabila selesai, wartawan itu ditanya lagi : ‘Bagaimana dengan makan malam bersama calon PM itu?’

Tanpa berfikir panjang beliau menjawab: ‘Saya berasa sayalah orang yang paling bijak dan paling berkemampuan!”

Jadi, siapa yang layak menjadi PM?

Wartawan itu menjawab: Calon kedua.

“rasanya saudara kata calon pertama lebih bijak...”

Jawab wartawan itu: ‘Bukan itu kriteria utama menjadi seorang pemimpin. Seorang pemimpin mesti mampu membuat orang di bawah pimpinannya rasa bijak. Bukannya dia hanya membuat pengikutnya kagum dengan kebijaksanaannya’.


Kesimpulan daripada cerita .

Pemimpin mesti sentiasa berfikir demi kemaslahatan pengikutnya. Bukan berfikir untuk kepentingan dirinya. Kebijaksanaan sahaja tidak cukup untuk memimpin dengan baik. Sikap amanah dan prihatin kerap kali mengatasi kebijaksanaan dalam menawan hati pengikut.

PEMIMPIN YANG SEBENAR....

Dalam hal memilih pemimpin, Islam menetapkan garis panduannya dengan jelas. Oleh kerana Al-Qur’an adalah panduan dan peraturan, maka pemimpin yang hendak dituruti dan dipatuhi ialah pemimpin yang patuh kepada kehendak Al-Qur’an yang memimpin ke arah ketaqwaan

Orang-orang yang beriman tidak wajar memilih pemimpin semata-mata kerana mereka ada pangkat, kekayaan dan juga kekuasaan. Dengan harta, pangkat dan kekuasaan belum pasti pemimpin itu layak dituruti kerana belum pasti mereka dapat membawa pengikutnya kepada keredhaan Allah swt.

Orang-orang yang menjadi pemimpin biarlah yang tahu halal dan haram, dosa dan pahala. Pemimpin mestilah yang celik Al-Qur’an supaya bukan sahaja pemimpin itu bertaqwa tetapi juga menjadi pemimpin kepada orang-orang bertaqwa.

Firman Allah dalam Surah al-Furqan (25 : 74 ) yang bermaksud:

“Dan (wahai Tuhan) jadikanlah kami imam (pemimpin) kepada orang-orang yang bertaqwa.”

Dan

Surah An-Nisa’: 59

Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul(Muhammad), dan ulil amri (pemegang kekuasaan)203 di antara kamu. Kemudian, jika kamu berbeda pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah (Al-Qur’an ) dan Rasul(sunahnya) , jika kamu beriman kepada Allah dan Hari kemudian. Yang demikian lebih utama bagimu dan lebih baik akibatnya.

Asbabun Nuzul ayat 59, Surah An-Nisa’:

Ibnu ‘Abbas menjelaskan bahawa ayat ini diturunkan sehubungan dengan Abdullah bin Hudzafah bin qais, ketika ia diutus Rasullullah untuk memimpin pasukan perang. (H.R Bukhari)

(203: Pemimpin yang selagi mana berpegang pada Al-Qur’an dan as-sunnah).

Selain itu janganlah pula orang-orang yang beriman menjadi pengikut kepada pemimpin yang tidak menghiraukan halal haram, sesungguhnya sikap pemimpin yang demikian itu adalah melampaui batas-batas Allah (taghut).

Janganlah di akhirat kelak orang-orang yang tergolong celik agama tetapi berada dalam barisan menuju neraka, iaitu di bawah pimpinan manusia yang bertaraf taghut. Sesungguhnya akan diseru manusia di akhirat kelak supaya mengikut di belakang pemimpin yang mereka taati.

Justeru janganlah jangan sampai tersalah memilih pemimpin kerana pemimpin itu mempunyai tanggungjawab bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.


Sumber Rujukan : Sumber : Tafsir Al-Qur’an Per Kata oleh Dr. Ahmad Hatta,MA.

Buku ‘Bertemu Janji Allah’ – Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Majalah Solusi Edisi ke-15.- Hijrah atau Kalah.


No comments:

Post a Comment