Barangsiapa yang JERNIH HATINYA akan diperbaiki ALLAH pula yang nyata di wajahnya - Saidina Umar al-Khattab.
Damba Cinta Ilahi
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam.
Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.
Pemilik Hari Pembalasan.
Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Salam pertemuan buat insan2 yang sudi menjengah madrasah hati hidayah ini.
Rasanya masih belum terlewat untuk Solehah berbicara mengenai task yang Solehah kendalikan bersama-sama sahabat2 praktikal di UPSI minggu lalu. Sekadar coretan kenangan buat sahabat2 yang baru berjumpa di UPSI..InsyaAllah, panjang umur dan jika ada kesempatan dan kelapangan , pasti Solehah menjengah ke sana.
Syarikat di mana tempat Solehah menjalani praktikal telah menghantar wakil yang diberi nama "TEAM IMP" untuk ke UPSI sempena Fiesta Ilmu, Kolej Aminuddin Baki. Kami membawa misi memperkenalkan piawaian IMP atau Islamic manufacturing practice(amalan pengilangan Islam) kepada para pengunjung.Berlandaskan HALAL lagi BAIK, kami ditugaskan untuk memperkenalkan IMP dan produk-produk yang menggunakan piawaian IMP. Cabaran kami dalam tempoh praktikal ini, namun ia sesuatu yang menyeronokkan.
Gerai pameran yang diadakan di tapak Kolej Aminuddin Baki itu turut disertai dengan pameran dan jualan2 lain yang terdiri daripada orang luar dan mahasiswa universiti. Kami belajar cara berinteraksi dengan lebih tersusun dan bagaimana cara menyampaikan sesuatu maklumat baru kepada pengunjung. Agak penat tetapi Solehah dapat pengalaman baru!!!!!
Kenangan di UPSI diimbau lagi apabila Solehah berjumpa dengan sahabat2 baru di sana...Peramah dan memang boleh masuk dengan Solehah.........
Walaupun pertemuan antara kami berlaku dalam waktu yang singkat, namun Alhamdulillah..ukhuwwah telah berjaya dijalinkan sehingga kini..Syukran UPSI. Ada kesempatan Solehah datang lagi!!!
Buat ukhti-ukhti yang sudi menerima kedatangan Solehah , Solehah ucapkan ribuan terima kasih..Moga ada perkongsian ilmu dan pendapat selepas ini...
UMS-Universiti Malaysia Sabah...kau tetap di hatiku....
Buat semua sahabat2 seperjuangan...moga bahagia dan kuat semangat untuk meneruskan kembara...Doakan juga Solehah kuat semangat di sini walau apapun dugaan dan cabaran dari Allah s.w.t. Jika ada rezeki dan rahmat Allah, insyaAllah kita jumpa lagi.
p/s : Syukran buat sahabat2 di UPSI- ukhti Salmiati, ukhti Wani, ukhti Safrina, ukhti amienatul, akhi ashrul , asmaa, ijmal dan penghuni Rumah SB, Kolej Za'ba. Ukhwah fillah.wsalm.
salam muhasabah buat semua. Alhamdulillah, Allah masih memberi kekuatan dan ruang masa pada Solehah untuk terus berjuang dan berjuang di muka bumi ini.
Hari ini 1 Mac 2010....hati tiba2 terusik dengan lambaian kasih seorang sahabat yang dulunya sentiasa menjadi tempat meluah rasa..... Benar.....
Insan yang baik.. Semasa ada disayangi... Semasa tiada ditangisi....
Seorang teman bila berjauhan dia akan menangis kerana rindu, bila dekat dia akan menangis kerana takut berpisah, Jika hari ini ia datang jangan biarkan ia berlalu pergi..Jika esok ia bertandang jangan harap ia kembali lagi...Sesungguhnya yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan, yang pahit itu perpisahan, yang tinggal hanyalah kenangan.
Hakikat yang perlu kita terima..Dunia hanya bersifat sementara...Akan tiba saatnya kita pergi...menyahut panggilan Ilahi. Moga pengakhiran perjalanan duniawi ini,disulami pahala dan disirami tangisan air mata keinsafan..buat-Mu Ilahi.. Al-fatihah buat Allahyarhamah dan saudara2 seIslam yang telah pergi.....
Dalam pada kita berlumba-lumba mencari keseronokan atau pergi ke tempat-tempat hiburan....bagus kita sama-sama menghayati pengisiaan yang bakal disampaikan oleh Ustaz. bahagia dunia dan akhirat.InsyaAllah...
"Begitu tinggi nilai air mata taubat itu sama nilainya dengan darah syuhada' yang tumpah sebagai wira Islam, yang sanggup mengorbankan jiwa demi agama Allah dan keredhaan-Nya."
Bayi yang lahir ke dunia mengucap salam dengan air mata tangisan ......
Teringat semasa kecil dahulu, apabila tidak dapat apa yang diingini seperti makanan kegemaran, permainan kanak-kanak...mudah merajuk dan ada sampai tahap menangis...maklumla masih budak-budak...masih belum panjang akal untuk berfikiran jauh....mengapa dan kenapa adanya larangan...
Apabila usia menjengah dewasa...cabaran demi cabaran yang lebih dalam dan memerlukan pengujian tahap tinggi mula berlegar di sekitar diri...Ada ketikanya terjatuh.....ada ketikanya terpaksa berpaut , dan akan hadir jua titisan-titisan jernih air mata menghiasi kehidupan dan melambaikan ketenangan...
Air Mata Duka , air mata gembira silih berganti.....namun berapa kerap kalikah kita menitiskan air mata duka akibat dosa-dosa kita?!!!! Malu untuk mengaku bahawa kita banyak ketawa daripada mengenang dosa-dosa...malu untuk mengiakan bahawa kita lebih kerap ketawa daripada mengalirkan air mata..Sungguh..kehidupan hanyalah sementara..
Tangisan berlaku mengiringi kesedihan, kepiluan dan penderitaan akibat pelbagai tragedi yang memilukan dan menyayat hati. tangisan adalah pengalaman yang pasti dilalui oleh setiap manusia lebih-lebih lagi kaum wanita , duka dan gembira sentiasa diiringi tangisan hingga digelar makhluk air mata.
Air mata yang mencari REDHA ALLAH.
Hamba Allah yang sentiasa bermuhasabah diri, merasa kesuntukan masa melakukan ketaatan kepada Allah. malam baginya adalah pengabdian kepada Allah. Air mata terus mengalir kerana takutkan kemurkaan Allah , dalam hatinya dipenuhi pertanyaan;adakah layak dirinya memasuki syurga Allah? Sedangkan dia amat sedar ketidakupayaannya untuk menghuni neraka yang dasyat. Lantas dalam situasi dirinya yang lemah dan hina itu dia menyerahkan dirinya kepada Allah s.w.t. Dengan harapan dosanya diampunkan , dia tidak merasa kecewa dan putus asa daripada rahmat Allah kerana Allah s.w.t menerima taubat hamba-Nya.
Rasullullah s.a.w menyatakan bahawa di akhirat kelak , antara golongan manusia yang mendapat perhatian Allah s.w.t ialah mereka menangis kerana Allah s.w.t. Allah s.w.t. berseru , "Di manakah hamba-hamba-Ku yang menangis? lalu Allah perintahkan para malaikat -Nya supaya membawa hamba-hamba-Nya yang menagis di siang hari lebih-lebih lagi di malam hari kerana mengenangkan dosa-dosa mereka
Jika Allah sayang..Allah dorongkan kepada kebaikan,
Jika Allah benci..Allah dorongkan pada kejahatan...
Sebagai seorang insan,kita kena sentiasa bersyukur kepada Allah..hargai kasih sayang Allah s.w.t. Sentiasa istiqamah dan dorongkan hati untuk buat perkara yang Allah sukai.
Allah pilih tapi kita sendiri kena usaha dan ikhtiar.....konsep bertawakal kepada Allah perlu sentiasa ada....
Mukaddimah tazkirah maghrib daripada ustaz yang bertugas membangkitkan minat untuk lebih mendengar dan bermuhasabah......
Hargai apa yang ada pada kita sekarang......kerana kita tidak pasti sama ada ia masih kekal pada kita atau akan diambil Allah.....
Bersyukur dengan apa yang kita ada..kerana ada insan yang lebih sengsara dan terseksa......
Belajar dari orang miskin kerana darinya kita akan dapat melihat erti syukur walaupun dalam keadaan serba kekurangan,
Belajar dari orang yang kaya kerana darinya jua kita dapat melihat erti syukur kerana adanya limpahan rezeki berbentuk kebendaan daripada Allah s.w.t...
Belajar dari orang yang kurang upaya kerana darinya kita belajar erti syukur kerana adanya anggota yang sempurna..
Belajar dari anak-anak kecil dan warga tua erti kasih sayang tiada sempadan usia....
Segala yang kita kecapi datangnya dari Ilahi...
Jika dilihat di sekeliling kita...semua nikmat ada di merata-rata......malu rasanya kerana tidak sentiasa mengucap syukur pada Allah lantaran diri yang lalai dan alpa.....Memang manusia sering lupa....namun x bermakna apabila sedar tiada tindakan untuk menganjakkan diri ke gerbang syukur...Syukur adalah terima kasih pada Allah....lafaznya Alhamdulillah....moga selepas ini ungkapan syukur sentiasa bermain di minda, sentiasa dilafazkan melalui kata-kata, dan sentiasa ditanam dalam hati dan jiwa....selamanya.....
Bersiar-siar sambil menyedut udara segar di taman sambil melihat pohon-pohon melambai-lambai ditiup angin....helaian demi helaian daun jatuh berguguran......Awan berarak pergi kepulan demi kepulan....teringat ais dalam mangkuk ABC yang membukit diselaputi sirap dan jagung....emph...damai dan tenang..
Aku duduk di atas hamparan permaidani rumput hijau sambil tangan menarikan pena menulis puisi kehidupan....
orang yang faham bahawa umur dunia singkat, harta dunia sedikit, perlakuan dan perubahan kepada penghuninya sentiasa silih berganti, maka ia tidak akan bersedih dan berputus asa tentang apa saja yang berhubung dengannya...
Usahlah bersedih walau pa sahaja yang luput darimu berupa keduniaan.
Bukankah kita mempunyai 'rumah lain' yang lebih mulia, kekal, besar dan indah? Itulah rumah akhirat. Pujilah Allah, kerana pastinya ada hari pertemuan dengan Yang Maha Esa.
Peristiwa lalu adalah mimpi dan kenangan,
hari ini adalah realiti dan
hari esok adalah harapan indah.
Memberi sepanjang masa, menerima bila perlu dan adanya manfaat.
Assalamua'laikum.. Bertemu untuk kesekian kalinya di pentas blog. Tidak sedap hati rasanya jika tidak menarikan pena maya pada hari ini walaupun jam sudah agak lewat..
sedang dalam perjalanan ke tempat kerja, sempat terfikir satu perkara...seronok melihat kanak-kanak kecil, pada mereka terselit kasih sayang walaupun x pernah berjumpa....pernah Solehah menghipotesiskan bahawa anak-anak kecil ini tiada dosa ...wajah mereka bersih dan bercahaya...seronok melihat anak-anak ini...dari mereka masih tiada kenal sepenuhnya erti baik dan buruk....Mungkin jika orang dewasa yang berusaha untuk tidak leka dan melakukan perkara mungkar akan tenang wajah mereka...suka untuk dilihat..macam ulama'...ustaz, ustazah...yang menjalankan tanggungjawab hanya kerana Allah....
Pada warga tua jua banyak yang Solehah belajar...Pagi tadi Solehah bersembang dengan seorang mak cik...selayaknya dia digelar 'mak cik' kerana usianya yang sudah lanjut...nak masuk 50 tahun..tapi ramai memanggilnya 'kakak'..Mak cik kata anak-anaknya sebaya Solehah dan ada yang mungkin lagi tua dari Solehah...
"Tapi muka mak cik x nampak tua pun...!"
sempat Solehah mengusik...
mak cik menambah....."Nak awet muda senang ja...rajin wudhu' dan solat jangan tinggal!!!
Tersenyum Solehah....
dalam pada orang2 perempuan ni nak jaga kecantikan luaran...makan awet muda...produk itu ini..cucuk sana sini....baik ikut dan pertimbangkan nasihat mak cik juga...
Pak Din pun banyak nasihat..katanya buat kerja kena senyum..ceria.....yang penting x busuk hati dan jaga perangai baik2.....
dalam kita berpijak dan berjalan mahupun melompat atau berlari di muka bumi Allah ini...banyak kelemahan yang perlu untuk kita perbaiki....iktibar dari semua perkara...dari si kecil semut yang menunjukkan perilaku rajin dan kerjasama sehinggalah alam dan manusia.....sejuta khazanah untuk kita cungkil dan ambil pengajaran....
Si kecil lebih baik dari kita kerana mereka masih tiada menanggung dosa, Hormatilah Si tua kerana dari mereka banyak pengalaman dan ilmu yang berharga ... perkongsian buat semua di alam fana.. Memberi sepanjang masa, menerima bila perlu dan adanya manfaat....
Pemerintahan JAKMAS E sesi 2008/09 telahpun melabuhkan tirai setelah sekian lamanya mentadbir. Patah tumbuh silih berganti, begitu jua hakikat dalam kepimpinan. Ambil yang baik dan bermanfaat, jadikan kelemahan sebagai tauladan .
Buat semua rakan setugas, JAKMAS E – Romy, Yun, Kak Ros, Laini, Hui San , Sathia, Saras, Syukri dan Ilham…selamat maju jaya. Tidak lupa rakan-rakan MPP , JAKMAS AB,CD,IP,KF ,PM Sekolah yang banyak membantu. Semoga semuanya Berjaya dan bahagia.
Pengetua E : En Raffie , Dr Andika(kini) dan juga Felo-felo semua, staf2 HEP dan pentadbiran universiti. Maaf atas salah silap dan terima kasih atas segala tunjuk ajar.
Buat semua yang mengenali diri, maaf atas salah dan silap semasa mentadbir. Mohon dihalalkan apa yang tidak terlaksana baik amanah dan juga tanggungjawab.
TERIMA KASIH SEMUA YANG MEMBANTU BAIK SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG.
Bagi yang bertanding dalam pilihanraya kampus.. ..ALL THE BEST semua. ….UNDILAH PEMIMPIN YANG ANDA PERCAYA DAPAT MEMIMPIN DAN MEMBAWA KEBAJIKAN KEPADA SEMUA BAIK DUNIA DAN JUGA AKHIRAT...
“KEPIMPINAN MEMBAWA PERUBAHAN”
Mantan Bendahari (Exco Kewangan dan Keusahawanan), JAKMAS E .
Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai , pada tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.
Salam pertemuan di alam maya. Menerobus ruang ini, Solehah ingin berkongsi sedikit pengisian buat semua hasil pembacaan Solehah beberapa hari ini. Moga ada manfaatnya.
Kisah Pemimpin Yang Sebenar.
Seorang wartawan diberi peluang untuk makan malam bersama dua orang calon perdana menteri, secara berasingan. Dia diminta untuk menilai siapakah yang lebih layak untuk menjadi perdana menteri di antara 2 calon itu.
Pada hari pertama, wartawan tersebutpun makan bersama calon PM yang pertama. Mereka berbual pelbagai topik dan isu. Perbualan itu hebat, berlangsung lebih 2 jam, penuh rancak dan menarik. Seusainya, beliau ditanya: Bagaimana dengan makan malam bersama dengan calonPM itu?
Tanpa teragak-agak beliau menjawab: “ Saya mendapat banyak input yang bermanfaat. Tidak syak lagi dialah manusia yang paling bijak dan berkemampuan.”
Esoknya giliran beliau makan malam bersama calon PM yang kedua. Sama seperti yang pertama, perbualan menarik dan rancak, turut berlangsung selama 2 jam. Apabila selesai, wartawan itu ditanya lagi : ‘Bagaimana dengan makan malam bersama calon PM itu?’
Tanpa berfikir panjang beliau menjawab: ‘Saya berasa sayalah orang yang paling bijak dan paling berkemampuan!”
Jadi, siapa yang layak menjadi PM?
Wartawan itu menjawab: Calon kedua.
“rasanya saudara kata calon pertama lebih bijak...”
Jawab wartawan itu: ‘Bukan itu kriteria utama menjadi seorang pemimpin. Seorang pemimpin mesti mampu membuat orang di bawah pimpinannya rasa bijak. Bukannya dia hanyamembuat pengikutnya kagum dengan kebijaksanaannya’.
Kesimpulan daripada cerita .
Pemimpin mesti sentiasa berfikir demi kemaslahatan pengikutnya. Bukan berfikir untuk kepentingan dirinya. Kebijaksanaan sahaja tidak cukup untuk memimpin dengan baik. Sikap amanah dan prihatin kerap kali mengatasi kebijaksanaan dalam menawan hati pengikut.
PEMIMPIN YANG SEBENAR....
Dalam hal memilih pemimpin, Islam menetapkan garis panduannya dengan jelas. Oleh kerana Al-Qur’an adalah panduan dan peraturan, maka pemimpin yang hendak dituruti dan dipatuhi ialah pemimpin yang patuh kepada kehendak Al-Qur’an yang memimpin ke arah ketaqwaan
Orang-orang yang beriman tidak wajar memilih pemimpin semata-mata kerana mereka ada pangkat, kekayaan dan juga kekuasaan. Dengan harta, pangkat dan kekuasaan belum pasti pemimpin itu layak dituruti kerana belum pasti mereka dapat membawa pengikutnya kepada keredhaan Allah swt.
Orang-orang yang menjadi pemimpin biarlah yang tahu halal dan haram, dosa dan pahala. Pemimpin mestilah yang celik Al-Qur’an supaya bukan sahaja pemimpin itu bertaqwa tetapi juga menjadi pemimpin kepada orang-orang bertaqwa.
Firman Allah dalam Surah al-Furqan (25 : 74 ) yang bermaksud:
“Dan (wahai Tuhan) jadikanlah kami imam (pemimpin) kepada orang-orang yang bertaqwa.”
Dan
SurahAn-Nisa’: 59
Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul(Muhammad), dan ulil amri (pemegang kekuasaan)203di antara kamu. Kemudian, jika kamu berbeda pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah(Al-Qur’an ) dan Rasul(sunahnya) , jika kamu beriman kepada Allah dan Hari kemudian. Yang demikian lebih utama bagimu dan lebih baik akibatnya.
Asbabun Nuzul ayat 59, Surah An-Nisa’:
Ibnu ‘Abbas menjelaskan bahawa ayat ini diturunkan sehubungan dengan Abdullah bin Hudzafah bin qais, ketika ia diutus Rasullullah untuk memimpin pasukan perang. (H.R Bukhari)
(203: Pemimpin yang selagi mana berpegang pada Al-Qur’an dan as-sunnah).
Selain itu janganlah pula orang-orang yang beriman menjadi pengikut kepada pemimpin yang tidak menghiraukan halal haram, sesungguhnya sikap pemimpinyang demikian itu adalah melampaui batas-batas Allah (taghut).
Janganlah di akhirat kelakorang-orang yang tergolong celik agama tetapi berada dalam barisan menuju neraka, iaitu di bawah pimpinan manusia yang bertaraf taghut. Sesungguhnya akan diseru manusia di akhirat kelak supaya mengikut di belakang pemimpin yang mereka taati.
Justeru janganlah jangan sampai tersalah memilih pemimpin kerana pemimpin itu mempunyai tanggungjawab bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.
Sumber Rujukan :Sumber : Tafsir Al-Qur’an Per Kata oleh Dr. Ahmad Hatta,MA.
Buku ‘Bertemu Janji Allah’ – Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
Salam sayang semua!!! Antara ayat2 yang Solehah ingat semasa kami tengah brnstmg...
'Saya nak kamu semua fikir cadangan pembaikan bukan hanya bangkitkan permasalahan tetapi terhenti di situ saja.Jangan ingat kita sentiasa betul dan sentiasa tahu!!Find solutions from problems.
'I need something from all of you. When you all come here, u all should learn something. We get something from u, and u get something from us. This is opportunity. Learn and learn!! Sharing your knowledge...'
I want you to take note what i want to talk:
From theory war of Tsu Zhu;(rasanya..seingat Solehah)
Know yourself Know your enemy Know your strength Know your illness And Use your strength..
Get it? Yes, sir!!!
rasanya itu sahaja setakat ini. Salam sayang, ingatan buat sahabat2 dari kejauhan. hd
Aku memohon keampunan kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang Hidup lagi berdiri dengan sendirinya dan aku bertaubat kepada-Nya.
Bismillahirrahmanirrahim,
Ya Allah, Sahabat2ku adalah jiwaku, Tanpa mereka terseksa diriku, Maka lindungilah mereka walau diriku tiada di sisi mereka.
Ya Allah, Sahabat2ku adalah cerminan peribadiku, Selalu menegur dan menyayangiku, Tanpa mereka sedihnya diriku, Maka peliharalah mereka walau diriku tiada disisi mereka.
Ya Allah, mudahkanlah mereka dalam setiap urusan, kuatkanlah semangat mereka dalam berjuang, Jagalah mereka,sayangilah mereka kerana mereka menyayangiku spenuh jiwa.
Ya Allah, ampunkanlah kami semua atas apa yang tidak termampu untuk kami pikul dalam melaksanakan amanah dari-Mu, Moga Rahmat-Mu sentiasa brsama kami semua sehingga akhirat sana.
"Dengan nama Allah aku serahkan jiwaku, hartaku dan agamaku(kepadaNya) , Ya Allah ya Tuhanku, jadikan aku redha dengan keputusanMU, berikanlah keberkatan terhadap apa yang ditakdirkan bagi diriku,sehingga aku tiada lagi menginginkan penyegeraan terhadap apa yang Engkau tundakan dan tidak pula penundaan apa yang Engkau segerakan."