Salam pertemuan buat insan2 yang sudi menjengah
madrasah hati hidayah ini. Rasanya masih belum terlewat untuk Solehah berbicara mengenai task yang Solehah kendalikan bersama-sama sahabat2 praktikal di UPSI minggu lalu. Sekadar coretan kenangan buat sahabat2 yang baru berjumpa di UPSI..InsyaAllah, panjang umur dan jika ada kesempatan dan kelapangan , pasti Solehah menjengah ke sana.
Syarikat di mana tempat Solehah menjalani praktikal telah menghantar wakil yang diberi nama "TEAM IMP" untuk ke UPSI sempena Fiesta Ilmu, Kolej Aminuddin Baki. Kami membawa misi memperkenalkan piawaian IMP atau Islamic manufacturing practice(amalan pengilangan Islam) kepada para pengunjung.Berlandaskan HALAL lagi BAIK, kami ditugaskan untuk memperkenalkan IMP dan produk-produk yang menggunakan piawaian IMP. Cabaran kami dalam tempoh praktikal ini, namun ia sesuatu yang menyeronokkan.
Gerai pameran yang diadakan di tapak Kolej Aminuddin Baki itu turut disertai dengan pameran dan jualan2 lain yang terdiri daripada orang luar dan mahasiswa universiti. Kami belajar cara berinteraksi dengan lebih tersusun dan bagaimana cara menyampaikan sesuatu maklumat baru kepada pengunjung. Agak penat tetapi Solehah dapat pengalaman baru!!!!!
Kenangan di UPSI diimbau lagi apabila Solehah berjumpa dengan sahabat2 baru di sana...Peramah dan memang boleh masuk dengan Solehah.........
Walaupun pertemuan antara kami berlaku dalam waktu yang singkat, namun Alhamdulillah..ukhuwwah telah berjaya dijalinkan sehingga kini..Syukran UPSI. Ada kesempatan Solehah datang lagi!!!
Buat ukhti-ukhti yang sudi menerima kedatangan Solehah , Solehah ucapkan ribuan terima kasih..Moga ada perkongsian ilmu dan pendapat selepas ini...
UMS-Universiti Malaysia Sabah...kau tetap di hatiku....
Buat semua sahabat2 seperjuangan...moga bahagia dan kuat semangat untuk meneruskan kembara...Doakan juga Solehah kuat semangat di sini walau apapun dugaan dan cabaran dari Allah s.w.t. Jika ada rezeki dan rahmat Allah, insyaAllah kita jumpa lagi.
p/s : Syukran buat sahabat2 di UPSI- ukhti Salmiati, ukhti Wani, ukhti Safrina, ukhti amienatul, akhi ashrul , asmaa, ijmal dan penghuni Rumah SB, Kolej Za'ba. Ukhwah fillah.wsalm.
Salam sayang dan salam kemaafan.-hd
No comments:
Post a Comment