Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Friday, February 12, 2010

Belajar dari Si Kecil dan Si Tua....

Assalamua'laikum..
Bertemu untuk kesekian kalinya di pentas blog. Tidak sedap hati rasanya jika tidak menarikan pena maya pada hari ini walaupun jam sudah agak lewat..

sedang dalam perjalanan ke tempat kerja, sempat terfikir satu perkara...seronok melihat kanak-kanak kecil, pada mereka terselit kasih sayang walaupun x pernah berjumpa....pernah Solehah menghipotesiskan bahawa anak-anak kecil ini tiada dosa ...wajah mereka bersih dan bercahaya...seronok melihat anak-anak ini...dari mereka masih tiada kenal sepenuhnya erti baik dan buruk....Mungkin jika orang dewasa yang berusaha untuk tidak leka dan melakukan perkara mungkar akan tenang wajah mereka...suka untuk dilihat..macam ulama'...ustaz, ustazah...yang menjalankan tanggungjawab hanya kerana Allah....

Pada warga tua jua banyak yang Solehah belajar...Pagi tadi Solehah bersembang dengan seorang mak cik...selayaknya dia digelar 'mak cik' kerana usianya yang sudah lanjut...nak masuk 50 tahun..tapi ramai memanggilnya 'kakak'..Mak cik kata anak-anaknya sebaya Solehah dan ada yang mungkin lagi tua dari Solehah...
"Tapi muka mak cik x nampak tua pun...!"
sempat Solehah mengusik...
mak cik menambah....."Nak awet muda senang ja...rajin wudhu' dan solat jangan tinggal!!!
Tersenyum Solehah....
dalam pada orang2 perempuan ni nak jaga kecantikan luaran...makan awet muda...produk itu ini..cucuk sana sini....baik ikut dan pertimbangkan nasihat mak cik juga...
Pak Din pun banyak nasihat..katanya buat kerja kena senyum..ceria.....yang penting x busuk hati dan jaga perangai baik2.....
dalam kita berpijak dan berjalan mahupun melompat atau berlari di muka bumi Allah ini...banyak kelemahan yang perlu untuk kita perbaiki....iktibar dari semua perkara...dari si kecil semut yang menunjukkan perilaku rajin dan kerjasama sehinggalah alam dan manusia.....sejuta khazanah untuk kita cungkil dan ambil pengajaran....

Si kecil lebih baik dari kita kerana mereka masih tiada menanggung dosa,
Hormatilah Si tua kerana dari mereka banyak pengalaman dan ilmu yang berharga ...

perkongsian buat semua di alam fana..
Memberi sepanjang masa, menerima bila perlu dan adanya manfaat....

salam sayang-hd (1:20am, jumaat)

No comments:

Post a Comment