Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Saturday, July 3, 2021

Nasihat Sheikh Ali Jaber

Semoga Allah merahmati almarhum Sheikh Ali Jaber dan mengurniakan syurga indah di sana. 


NASIHAT SHEIKH ALI JABER

1. Bahagia itu ibarat kupu-kupu.

Jika kamu mengejarnya, ia lari darimu.

Tapi jika kamu duduk dengan tenang.

Ia akan turun ketanganmu, maka sabarlah, kerana sabar itu indah.

2.Hidup tidak akan berhenti.

Allah akan sentiasa mengiringinya dengan kelembutan dan rencana-Nya dengan harapan baru dan tekat yang tidak pernah hilang.

3. Saat kamu saki gigi.ingatlah Rasulullah yang patah gigi Baginda kerana perang.

Saat kamu difitnah, ingatlah Rasulullah difitnah penyihir dan gila.

4. Jangan memberitahu sesiapapun tentang maksiatmu kerana dua sebab.

Pertama, kerana maksiat bukan untuk dibanggakan.

Kedua, kerana manusia takkan melupakan keburukanmu walaupun kamu telah bertaubat.


5. Bila ditimpa musibah itu orang yang kita cinta.maka kita akan kata itu penghapus dosa, bila yang ditimpa musibah itu orang yang kita benci.

Maka kita akan katakan itu hukuman dari Allah, berhati-hatilah jangan menghukum takdir Allah mengikut hawa nafsu kita.


6. Jika seseorang hamba tahu bagaimana Allah mengatur seluruh hidupnya.

Maka pasti dia akan tahu bahawa Allah menyintainya lebih dari kedua orang tuanya menyintainya, dan automatik hatinya akan condong menyintai Allah.


7. Kaca yang pecah, suaranya akan hilang dan meninggalkan serpihan yang akan melukakan siapa yang menyentuhnya.

Begitu juga perkataan yang melukakan hati, suaranya akan cepat hilang tapi lukanya akan kekal untuk  waktu yang lama.

Oleh itu janganlah berkata sesuatu kecuali yang baik-baik saja.


8. Jika kamu merasa sangat nyaman, aman dan tanpa merasa takut dikediamanmu, apa lagi yang kamu harapkan selain itu.

Atau kamu mahu lautan yang penuh dengan harta.puji dan syukur kepada Allah atas kebahagian yang kamu miliki dan akuilah nikmat tersebut dengan pengakuan yang tulus.


9. Saya sering bilang, jangan pandangi wanita yang belum berhijab, jangan dipandangi ia buruk, barangkali dia punyai dua rakaat tahajud disisi Allah.

Sehingga terampun segala dosanya, kita tidak tahu apa urusan manusia dengan Allah, masing-masing ada rahsia dengan Allah.


10. Hati akan mati tanpa Al-Quran, hati akan keras jika tidak diubat dengan Al-Quran, hati juga tidak akan bahagia kecuali dengan Al-Quran.

Maka jadikan lah Al-Quran sahabat yang selalu menemanimu, sungguh Al-Quran akan memberi petunjuk kejalan yang lurus.


Kredit: Ubat Hati

Kawal Marah

 Kawal marah


"Janganlah kamu marah,nescaya bagimu syurga".

(Hadith Riwayat Thabrani)


Assalamua'laikum semua.Moga dalam pemeliharaan Allah dimanapun saya dan kalian berada.

Dan walau apapun bentuk ujian yang kita hadapi,mengadu dan bersandarkanlah pada Allah.Tuhan sekalian makhluk.

Pemikiran,hati dan pergerakan kita..Allah sudah atur dan tetapkan penghujungnya.

Semoga adanya hikmah di setiap pengorbanan yang kita lakukan.Semoga ada keberanian yang Allah titipkan di saat kita sendiri rasa dah terlalu gerun dengan hakikat kegelapan.

Sinar...semoga tetap ada di pengakhiran.

Bercakap tentang 'marah'. Siapa sahaja yang tidak pernah marah?

Semua orang pernah bukan? Ya...semua orang pernah merasainya.

Jadi kali ini saya ingin berkongsi salah satu cara yang saya buat untuk melepaskan kemarahan saya dan ia agak berkesan untuk saya.

Sebelumnya,mari kita ingat kembali apa yang biasa kita dengar untuk mengawal kemarahan seseorang individu.

Jika terasa hendak marah:-


1) Tarik nafas dalam-dalam dan hembus.

2) Apabila marah dalam keadaan berdiri,maka duduklah.

3) Jauhkan diri seketika daripada orang yang kita marah.Beri ruang kepada diri.

4) Ambil wudhu'

5) Solat sunat.

6) Menangis jika ia dapat melepaskan amarah.

7) Jika individu yang kita marah itu sejenis manusia yang boleh terima silap dirinya..boleh saja terus jujur. Huhu.


Selain daripada itu,apa yang saya buat ialah mencatat.

Saya ada 1 whatsapp / nota catatan di telefon pintar saya.

Setiap kali saya sedang marah,saya akan taip semahu saya.

Kadang kala boleh cecah status karangan standard peperiksaan lah!🤣 Itulah...geram dan marah punya fasal.

Dan bila saya dah 'cool',saya akan baca semula catatan saya itu..kebanyakannya saya amat bersyukur kerana tidak sempat marah, tidak sempat meluahkannya di media sosial dan biasanya saya akan berfikir bahawa isu yang membuatkan saya marah itu sebenarnya boleh sahaja dibincangkan dengan cara yang baik.

Andai tak dapat selesaikannya...mungkin langkah yang baik ialah menjauhi spesies manusia yang 'tidak masuk' dengan kita itu.

Dan nikmatilah hidup dengan ketenangan.Kita berhak untuk tenang!

By Firdaus Syakirin tentang seorang isteri.

Sungguh,saya amat tertarik dengan penulisan beliau.

*********************"

Bila dapat isteri yg baik, maka kita sebagai suami patut jadi "extra baik"...

Kita kena layan dia baik2 dan bukannya menyalahgunakan kebaikan dia tu utk kepentingan diri sendiri...

Patut bersyukur sgt bila dpt isteri yg baik sbb ada suami yg dpt isteri yg ego, yg susah dibimbing dan dibentuk, yg xnak dgr ckp, xmkn nasihat dan sebagainya...bukan senang nk hadap isteri yg mcm tu...kesabaran kita yg lelaki ni bukannya tinggi sgt... 

Tapi isteri kita tak...

Kita suruh, kita tegur, kita nasihat, semua dia ikut, smua dia turut, semua dia buat...bila bergaduh dan bermasam muka pun, selalunya dia la yg mula mengalah, dia la yg dtg minta maaf...kita tak cukup duit, dia dtg hulur, dia tolong kita...kita balik lewat dia faham, kita xbuat keje rumah pun dia buatkan...

Nak cari mana lagi isteri mcm ni...

Patut rasa malu bila isteri tu baik, tp kita tak layan dia baik2...patut rasa mcm kita tak layak plak dpt dia sbb perangai kita ni sebaliknya...tapi bila Allah dah jodohkan kita dgn isteri kita, bila Allah dah tentukan dan takdirkan mcm tu, maka sepatutnya kita bermuhasabah ttg apa yg perlu diubah...

Sikap kita, perangai kita, perbuatan kita...

Klu isteri yg baik mintak dilepaskan, mintak diceraikan, nak berpisah, maka kita kena tnya diri sendiri akan apa yg kita dah buat kat dia...


Kita sia-siakan dia, kita tak hargai dia dan itu adalah salah kita...salah kita, bukan salah dia...


Kredit : Firdaus Shakirin

Maafkan saya untuk kali ini...

 Perancangan yang 180° bertukar daripada asal. Sepatutnya saya akan terduduk menyesal kerana tidak tegas. Saya telah melukakan hati sendiri dan keluarga.Apa hikmahnya untuk kali ini? Kesekian kalinya masih memberi peluang. 


Ujian hati untuk diri dan keluarga.

Sakit sebenarnya apabila diuji dengan ujian hati.Malah sakitnya lebih dalam dan terpendam.Bagaimana untuk memahamkan semua ahli keluarga? Bagaimana untuk memuaskan hati semua? Dan bagaimana tidak cerdiknya masih memberikan harapan kepada tukang pelaku yang belum tentu tegas akan berubah? 


Saya menyoal diri,'waraskah saya? Apa betul ini yang saya inginkan?'


Saya berada dalam situasi 'sendiri'.Bergantung harap sepenuhnya hanya kepada Allah.Tiada lain yang mampu menjaga dan memelihara saya ketika saya berada di tempat yang asing.

Ya,dan pasti sudah tidak ada keluarga sendiri yang akan membantu kerana jarak yang jauh.


Saya tarik nafas dalam-dalam.Saya muhasabah diri dan berdoa. Dan saya sedar,saya ada tugas penting sebagai insan yang dikurniakan Allah dengan nama 'Hidayah'. Ia petunjuk.Allah hantar 'petunjuk' bukan hanya ke tempat orang-orang yang sudah mendapat petunjuk.Allah jua menghantar 'Hidayah' ini ke tempat golongan yang memerlukan petunjuk.Untuk dilakukan kebaikan,untuk mengajak orang berubah ke arah kebaikan dan memberi seikhlas hati. Faham dengan keadaan ini dan saya sedar mungkin antara hikmahnya,Allah sediakan pahala yang besar untuk saya berbakti dan bersabar.


Saya terluka tetapi saya kutip hikmahnya.Jalan cerita indah yang saya idamkan.Saya minta syurga pada Allah.Mana mungkin harganya murah. 


Friday, June 11, 2021

Sekadar menulis

 ðŸ˜ŠMalam ni nak tulis yang santai saja.Emmmm....pasal wanita...

Ia begini...ini pendapat sayalah.

Saya melihat kedudukan seorang wanita itu tidaklah perlu dinilai daripada segi luaran dan materialnya sahaja.

Ia subjektif untuk setiap wanita.

Islam memandang tinggi kedudukan wanita..memuliakannya dari segenap sudut.

Bagi wanita kampung seperti saya,sejak kecil diasuh untuk menjadi anak perempuan yang belajar membuat kerja rumah.Namun saya masih diberi ruang untuk bersekolah,menuntut ilmu sehingga ke menara gading.Saya masih berpeluang menjadi wanita bekerjaya selama beberapa tahun.

Walaupun pada akhirnya kini saya menguruskan rumah tangga,saya masih berusaha menimba ilmu dan menjadi wanita yang tidak terkebelakang dalam arus pembangunan.

Bagi wanita lain yang berada di bandar atau di kawasan lain atau keluarga lain,pola asuhan juga pasti berlainan.Ada yang dididik menjadi terlalu berdikari tanpa memerlukan bantuan lelaki dan ada juga yang dimanja terlebih-lebih.

Sama juga dengan isu berkahwin dengan lelaki yang kurang baik atau lambat bertemu jodoh.

Ia bukan salah wanita...

Sudah pasti seorang wanita inginkan suami yang baik dan bertanggungjawab..

Dan sudah pasti tiada wanita yang ingin jodohnya lambat.

(Sayapun tidak pasti istilah jodoh lambat ini tepat atau tidak  dan ditahap umur apa masyarakat melabelkannya sebagai lambat berkahwin😪)

Ia ujian daripada Allah..

Bukan mudah untuk menghadapi suami yang kurang baik..

Dan bukan mudah untuk menutup mulut 'netizen bawang' yang saban masa melontar peluru soalan demi soalan tentang jodoh.

Belum sebut lagi tentang anak..yang berkahwin yang lambat dikurniakan anak juga tidak lepas dipersoalkan.

Wanita yang bercerai dan bergelar ibu tunggal juga dikacau dengan tohmahan dan pertanyaan.

Benar,tidak mudah ujian untuk seorang wanita.

Namun mendoakan yang terbaik buat kami adalah lebih mulia.

Tuan-tuan,

Menghormati,melindungi dan menjaga kebajikan kami para wanita adalah tanggungjawab kalian.

Kami juga ada tanggungjawab dalam memelihara maruah kami.

Kami juga ada tugas kami yang sama pentingnya seperti kalian.

Menjadi pendukung belakang tabir,bertugas di barisan hadapan,melahirkan anak-anak hatta sehingga pengurusan dan perkhidmatan segalanya kami lakukan.

Ia sekali dengan kasih sayang..tidak terbeli dengan material duniawi.

Apapun, bukankah wanita cerdik itu wanita solehah?Bersih mindanya,suci jiwanya,tinggi akhlaq Islaminya?

Berstatus isteri atau 'single'..berusaha menjadi insan yang beriman itu lebih baik bukan?😊

Okeylah...insyaAllah nanti sambung lagi menulis...

Selamat malam semua.

-HD10,12am)




Thursday, June 10, 2021

Tatkala Hati Gundah

 Bismillahirrahmanirrahim...

 Bismillahirrahmanirrahim...

Malam telah melabuhkan tirai,hari berganti lagi.Maha Suci Allah yang menjadikan siang dan malam saling berganti..dan dengan rahmat Allah,kita masih dikurniakan usia lagi agar berusaha untuk berbakti.

Zaman pandemik yang kita lalui menghadkan apa yang kita mahu lakukan.Ia ujian..sama ada sabar ataupun resah,kita tetap harus laluinya.

Alhamdulillah,petang tadi direzekikan untuk mengikuti usrah alumni jemaah. Banyak input yang diperoleh dan apa yang lebih penting ia membawa kembali kepada kesedaran bahawa 'aku perlu berbakti' dalam posisi yang ' aku mampu ketika ini.' Rindu untuk berusrah itu datang lagi. Adik-beradik sejemaah yang dirindui dan kenangan berprogram dan menimba ilmu terimbau satu persatu. 

Air mata ini mengalir...

Lihatlah apa yang membawa diri kita kepada kebaikan,lalu pertahankanlah sekalipun ia dinilai tidak baik oleh manusia.

Lihatlah apa yang membawa diri kita kepada kerosakan,lalu tinggalkanlah sekalipun itu dipandang baik oleh manusia.

♥️Usia sudah bertambah,selayaknya juga ia disertai dengan kematangan dalam berfikir,menaakul dan wajib selalu muhasabah diri.

Dan sudah sememangnya sebagai manusia pasti kita akan terimbau tindakan ketika masih 'darah muda' yang mungkin tidak semuanya berjalan dengan lancar dan baik, tidak sependapat dengan orang lain,suka berhujah dan mungkin terlepas kata-kata yang tidak patut. Semoga itu memangkinkan lagi diri kita untuk muhasabah diri dan banyak memperbetulkan tingkah laku yang kurang sopan.

Semasa usrah petang tadi,kami diingatkan tentang pentingnya memasang niat yang baik kerana ia akan memacu kesinambungan perbuatan yang baik juga.

Betapa perlunya kita mengikuti syariat Islam supaya tidak terpesong daripada landasan perjuangan yang sebenarnya.

Dan...

Keberkatan masa yang perlu diusahakan. Ada insan dalam tempoh 24 jam sehari tidak ada satupun aktiviti yang dilakukannya tidak bermanfaat...semuanya bermanfaat.Alangkah beruntungnya! Allah memberkati kehidupannya!

Semoga Allah mengizinkanku untuk kembali berbakti didalam gerak kerja Islam.Semoga Allah mengizinkan jua diri ini berjaya mendidik anak-anak mengikut acuan Islam. 

Malam ini...ia terasa satu beban..beban rindu untuk kembali aktif berbakti di pentas tarbiyah. Ia kerinduan....

-HD10/HM/08-