Bismillahirrahmanirrahim...
Bismillahirrahmanirrahim...
Malam telah melabuhkan tirai,hari berganti lagi.Maha Suci Allah yang menjadikan siang dan malam saling berganti..dan dengan rahmat Allah,kita masih dikurniakan usia lagi agar berusaha untuk berbakti.
Zaman pandemik yang kita lalui menghadkan apa yang kita mahu lakukan.Ia ujian..sama ada sabar ataupun resah,kita tetap harus laluinya.
Alhamdulillah,petang tadi direzekikan untuk mengikuti usrah alumni jemaah. Banyak input yang diperoleh dan apa yang lebih penting ia membawa kembali kepada kesedaran bahawa 'aku perlu berbakti' dalam posisi yang ' aku mampu ketika ini.' Rindu untuk berusrah itu datang lagi. Adik-beradik sejemaah yang dirindui dan kenangan berprogram dan menimba ilmu terimbau satu persatu.
Air mata ini mengalir...
Lihatlah apa yang membawa diri kita kepada kebaikan,lalu pertahankanlah sekalipun ia dinilai tidak baik oleh manusia.
Lihatlah apa yang membawa diri kita kepada kerosakan,lalu tinggalkanlah sekalipun itu dipandang baik oleh manusia.
♥️Usia sudah bertambah,selayaknya juga ia disertai dengan kematangan dalam berfikir,menaakul dan wajib selalu muhasabah diri.
Dan sudah sememangnya sebagai manusia pasti kita akan terimbau tindakan ketika masih 'darah muda' yang mungkin tidak semuanya berjalan dengan lancar dan baik, tidak sependapat dengan orang lain,suka berhujah dan mungkin terlepas kata-kata yang tidak patut. Semoga itu memangkinkan lagi diri kita untuk muhasabah diri dan banyak memperbetulkan tingkah laku yang kurang sopan.
Semasa usrah petang tadi,kami diingatkan tentang pentingnya memasang niat yang baik kerana ia akan memacu kesinambungan perbuatan yang baik juga.
Betapa perlunya kita mengikuti syariat Islam supaya tidak terpesong daripada landasan perjuangan yang sebenarnya.
Dan...
Keberkatan masa yang perlu diusahakan. Ada insan dalam tempoh 24 jam sehari tidak ada satupun aktiviti yang dilakukannya tidak bermanfaat...semuanya bermanfaat.Alangkah beruntungnya! Allah memberkati kehidupannya!
Semoga Allah mengizinkanku untuk kembali berbakti didalam gerak kerja Islam.Semoga Allah mengizinkan jua diri ini berjaya mendidik anak-anak mengikut acuan Islam.
Malam ini...ia terasa satu beban..beban rindu untuk kembali aktif berbakti di pentas tarbiyah. Ia kerinduan....
-HD10/HM/08-
No comments:
Post a Comment