Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Saturday, December 31, 2011

Sekali Kurebah,Sejuta Kali Kubangkit.....

Bismillahirrahmanirrahim......


"Sekali kurebah,sejuta kali kubangkit"
(Novel Cinta Sufi;Ramlee Awang Murshid)


Assalamua'laikum..kita jumpa lagi...Alhamdulillah,hari ini berpeluang untuk menaip di blog hati ini.Seusai menghabiskan dua novel termasuk cerita epik thriller:Cinta Sufi ...:) Sebuah buku lagi..."Cinta..Tiada Akhirnya-Fauziah Ashari".Buku ni kesinambungan buku"Ombak Rindu".Emmm...sekali sekala menatap buku-buku novel ni....seronok juga.Puas rasanya...Apa agaknya akan terjadi kalau sehari tanpa buku?:) Mungkin boleh jadi gila agaknya.......

Meminjam ayat2 Novel Cinta Sufi....:Sekali kurebah,sejuta kali kubangkit" umpama kata2 motivasi...Buku-buku adalah kata-kata tanpa bicara.....buku yang terbaik ialah buku yang memberikan kita sesuatu nilai/ilmu yang berguna sebaik sahaja kita membacanya.Mungkin juga bermanfaat untuk panduan kita dalam melayari kehidupan....pendek kata...jangan sombong dengan buku....yea...walaupun kita telah ada pelbagai teknologi moden......emmm...mungkin boleh juga kita manfaatkan dengan mengunjungi e-book...setuju?:)

Hati seorang Isteri

(Kisah ini saya jumpa dalam folder dakwah dalam hardisk saya....saya ambil dari sahabat2 semasa di universiti dulu.Sekadar perkongsian buat yang bergelar wanita dan yang sedang/akan berkongsi hidup dengan seorang yang bergelar wanita. :) )

********************************************************

HATI SEORANG ISTERI...

 Wahai manusia! Bertaqwalah kamu kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu dari diri yang satu, dan menjadikan isteri daripadanya, dan daripada keduanya, berkembang biak lelaki, dan perempuan dengan banyaknya…”
An-Nisa' : 1.

Hanan tahu.  Perempuan dicipta untuk lelaki, dan begitulah sebaliknya.  Hawa dijadikan Allah sebagai pengisi kekosongan Adam.  Allah tahu.  Allah Maha Tahu.  Adam tidak betah keseorangan.  Lalu terciptalah Hawa.  Hawalah penyeri.  Hawalah penghibur.  Hawa jua racun berbisa.  Bila mana iblis gagal menggoda Adam, lalu diganggunya Siti Hawa.  Pujuk rayu Hawa akhirnya menundukkan ketaatan Adam terhadap Yang Esa.  Lantas dicampakkan ke dunia.  Dunia yang penuh kekejaman.  Penuh noda.  Penuh sengsara.  Itulah wanita.  Kuasa wanita bukan terletak kepada kekuatannya.  Adam jatuh kerana Siti Hawa.  Habil, dan Qabil berbunuhan kerana  hawa.  Bill Clinton  menggemparkan dunia ekoran dakwaan si hawa.  Pemimpin agung negara juga tersungkur kerana seorang wanita.

Thursday, December 29, 2011

KITA MASIH DIAJAR DAN BELAJAR......:)



Bismillahirrahmanirrahim...... J
Salam pertemuan buat semua pembaca alam maya..juga buat sahabat2x yang kenal hati budi penulis ini.Moga kita sentiasa lapang dada dan redha dengan ujian daripada Allah s.w.t. Ujian bukan untuk melemahkan kita...tetapi untuk menguatkan kita...juga sebagai kifarah dosa.Mudah-mudahan kita tidak cepat melatah dan bersyukur dengan ujian daripada-Nya.Tidak semua Allah uji dengan kepayahan..begitu juga dengan kesenangan..yang pasti..kita sentiasa layak untuk diuji.Kita hidup mengikut arus yang Allah bawa..bukan arus yang kita mahu.Mudah-mudahan kita sabar...sentiasa bersihkan hati...insyaAllah,akan sentiasa ingin dekat pada Allah.Ameen...

Monday, December 19, 2011

Let's Remain Thankful with what we have!

Assalamua'laikum kawan-kawan maya!Sihat?Mudah-mudahan semua sihat hendaknya.Ameen...

Hari ni cuaca kurang cerah...hujan sejak dari pagi. :) Alhamdulillah...mudah-mudahan ia membawa rahmat.Apabila kita memandang ciptaan Allah,bersyukur dan bertasbih...dah boleh dapat pahala....hehe...Kalau kita pandang wajah ibu bapa kita dengan penuh kasih sayang...dapat pahala juga....kalau senyumpun boleh pahala.....:) senangkan nak cari pahala?:) 

:) Emmm..tapi bila fikir dosa...memang menakutkan....Ahli sufi,Rabiatul Adawiyah sendiri menyifatkan bahawa dosa-dosa umpama pepasir di pantai.Tidak terhitung banyaknya....sebab tu kita kena sentiasa berusaha untuk muhasabah diri....yang mana yang dirasakan tidak patut kita buat/lakukan...cepat-cepat tinggal dan mohon ampun pada Allah.Moga Allah ampunkan kita..ameen.

Saya tengah mendengar lagu Alhamdulillah (Yassin dan Too Phat)....:) layan lagu rap kejap....sambil-sambil tu,menaipla di madrasah hati ini.:) Cantik liriknya.....

"jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah

entah apabila persimpangan tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba
ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
sentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi
sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
alhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam perjalanan ini"

Sunday, December 11, 2011

Kita sahabat sebab kita "sekun"?

Kamus Dewan DBP m/s 1213- Sekun (bahasa Kelantan)= sesuai/serasi
****************************************************************************
"Ku akan bernyanyi dan terus bernyanyi..ku tak ingin lihat kau bersedih"
"Sahabat...untuk selamanya....Kau dan aku sahabat...untuk selamanya...."

Saturday, December 3, 2011

Apabila Mata Melihat dan Hati Berasa..


Bismillahirrahmanirrahim.......
Allah Yang Maha melimpahkan segala rezeki....sesuai dengan diri kita dan keperluan kita.Hanya pada-Nya hamba yang hina ini beserah diri agar tidak terpesong dari landasan Hidayah-Nya.
Moga semuanya dalam rahmat dan perlindungan Allah.ameen.
*****************************************************************************


Assalamu'alaikum...ucapan salam buat insan yang bertuhankan Allah.Pencipta Alam Maya.salam Kasih sayang buat semua makhluk ciptaan-Nya....redhalah dengan apa yang Allah berikan kepada kita kerana ia adalah yang terbaik buat kita.insyaAllah... :)


Apabila mata melihat dan hati merasainya......
Mata melihat didunia ini tiada siapa yang sempurna...hati berasa rendah diri lantas bersyukur kesempurnaan hanyalah milik Allah,
Mata melihat kesenangan,mata yang melihat kesusahan....
mata yang melihat kesengsaraan jua kesedihan..
mata yang melihat kegembiraan...
lantas hati berasa terpanggil untuk sedar dan bersyukur......nikmat Allah kurnia pada diri..memang banyak tak ternilai.....


Biarlah mata sentiasa melihat.....biarlah hati sentiasa berasa.....
Agar tidak terleka dengan dunia....
Agar sentiasa bersyukur pada-Nya.....
Kita di dunia tidak lama...
Sampai masa diserulah kita....
Wahai manusia..kembalilah kepada Tuhanmu...
Allah Pencipta Alam semesta....