Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Wednesday, June 29, 2011

Kasih sejarak dua jari


(^_^)v Kasih sejarak dua jari

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, dah 27 Rejab.
Cuaca di Kota Kinabalu pada hari ini suram dan tenang. Hujan turun, tapi tidak lebat. Matahari ada, tetapi tidak terik cahayanya. Suasana tenang walaupun cuaca tampak suram. :) Moga hati-hati kita tidak malap mahupun suram dengan cahaya petunjuk dari Allah s.w.t.

Ana cuba "download" gambar kartun yang ana minat untuk dimasukkan di dalam blog, tetapi asyik tak dapat jer ni. Geram jugak, dah berpuluh kali cuba, akhirnya berkata pada diri "cuba menulis tanpa kartun boleh?"Baik... :)

Sakit tekak datang secara drastik. Sama ada kurang minum air atau banyak makan makanan yang tak sepatutnya? Emph.. Rasanya sebab banyak bercakap kot. Bercaaaakkkaapp jer! Hehe.. Malam ni menulisla pula. Rehatkan mulut. Pancaindera amanah Allah kan? Bila sakit mata, gastrik, sakit itu sakit ini.. Adakah salah sendiri tak menjaga amanah Allah dengan baik? :)


*************************************************************************************
"Hidup di dunia ini, penuh ranjau berduri.. Semua perbuatan...akan dapat balasan..."
Si kecil memperdengarkan nyanyiannya di pentas pidato. Anak kecil diajar tentang hukum alam. Baik yang dibuat, maka baik balasannya. Begitu jua sebaliknya :) Subhanallah..

Bumi Akhir Usia...
Rasulullah s.a.w membayangkan usia bumi kepada para sahabat baginda pada waktu itu umpama seorang tua yang bongkok dan terpaksa berjalan menggunakan tongkat. Itu kisah 1400 tahun yang lalu.. Kini? :)

Medan muhasabah perlu sentiasa kita jengah.. Bukan untuk orang lain, untuk kita koreksi diri. Terukkah akhlakku? Baikkah amalanku? Bersihkah hatiku? Ikhlaskah aku? Tanya dan terus tanya pada diri sendiri. Kita yang tahu keadaan kita.. Bilamana iman turun, ibadah tiada manisnya. Maksiat tiada rasa. Dilema dalam kegelapan tanpa cahaya... Na'uzubillah...

*************************************************************************************
Cengkerik malam telahpun berbunyi. Katak bersahut-sahutan. Kunang-kunang berterbangan dalam kegelapan. Cantik dan indah malam ini. Ketenangan yang tiada nilainya. Semasa kecil selalu bising.. Apela cengkerik ni berbunyi malam-malam? Katak pun memekak jer.. Tapi nenek kata.. Binatang-binatang berzikir memuji Allah.. Semua hidupan memuji dan berzikir pada Allah. Cuma manusia yang selalu lupa.. Tersentak sendirian... Sambil mengangguk faham. Lepas ni tak nak mengomel dah... Yang penting kena melazimi zikir dan selawat :)

*************************************************************************************
Menongkah arus deras,
Berdayung ke muara impian,
Asal hati kita ikhlas,
Pasti tenang dalam iman.

Cahaya petunjuk milik Allah,
Diberi pada yang bertuah,
tidak dibiar Allah menanti rebah,
Kerana kasihnya kita tak mengalah.


Kelip-kelip disangka api,
Kalau api mana cahayanya,
Hidup kita dalam genggaman Ilahi,
Sampai masa,bertemu kita dengan-Nya.

Gerimis hadir di saat duka,
Seperti bersama berkongsi rasa,
Hidup di dunia hanya sementara,
Dicabut nyawa,tinggalkan dunia.

-Nursolehah Ahmad-

No comments:

Post a Comment