Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Thursday, June 2, 2011

Bila hujan turun...


Assalamu'alaikum semua!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Hehe.. Selamat petang..  Semoga ceria selalu..
(singgah blog sekejap, walaupun tak lama.. Walaupun x banyak.. Yang penting ada sedikit perkongsian)

************************************************************************************
Petang ini hujan turun lagi. Guruh dan kilat datang bersama-sama menyerikan suasana langit. Warna langit yang suram berselang-seli dengan panahan cahaya kilat. Sambil hujan turun, guruh juga berdentuman. Masing-masing tidak berebut. Masing-masing ada aturan tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan.

Teringat kisah "Siapa lagi kuat". Cerita tentang matahari, tentang angin dan etc yang beradu kekuatan masing-masing. Angin kata: "Akulah yang paling kuat, paling hebat. Begitu juga matahari. Hehe... Akhirnya masing-masing kalah. Hakikatnya kita juga manusia. Ada yang mengaku diri hebat, berkuasa, mampu melakukan segalanya. Namun kita perlu ingat, siapa kita sebenarnya di muka bumi ini...

"Kita adalah hamba Allah... Angin, matahari, bulan, bintang.. Semuanya milik Allah.. Kalau kita kuat, sebenarnya ada yang Maha Kuat yang memberi kekuatan kepada kita! Allah s.w.t. :) "

*************************************************************************************
MENANGISLAH WAHAI HATI.

"if your heart cries, it is smiling actually, smiling to face the reality, our heart is smiling cause we are happy to go through the test from Allah"

Seperti hujan yang turun, kita juga perlu menangis... Bukan meratapi tetapi muhasabah diri.

Hati yang hidup adalah hati yang selalu menangis kerana menyesali akan dosa-dosa yang telah dilakukan, hati yang sedih kerana amalan tidak setimpal dengan umur yang diberi Allah, hati yang tidak berupaya mengekang hawa nafsu dan godaan yang sentiasa meluputi diri... Hati yang terlalu tandus dengan ilmu... Hhati yang inginkan redha Allah selamanya......

:) Tok guru selalu pesan... Sentiasa hidupkan hati, jangan bagi hati mati... Hati yang mati kita dapat rasa bila tinggalkan ibadah wajib, kita tak rasa sedih dan bila buat dosa. Kita tak rasa apa-apapun. Moga Allah sentiasa hidupkan hati kita semua... Sentiasa gerakkan diri dan rohani untuk terus dan terus belajar dan belajar mencari ilmu yang memberi petunjuk dan panduan kepada kehidupan...

"Bersih hati bersih fikiran... Allah redha, kasih-Nya berkekalan"

wassalam.

No comments:

Post a Comment