Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Tuesday, September 23, 2014

Hanya Dirinya

Assalamua'laikum,

Ini kisah yang kukongsi untuk yang sudi.
Ini kisah bukan fantasi tetapi realiti
Ini kisah cinta dan hikmah

Kehidupan pasangannya ujian
Siang berganti malam
Masa berlalu tanpa perlu menunggu sesiapa
Sedar-sedar esok telahpun tiba
Menanti kita menghadapi cabaran baru

Seorang wanita sedang menikmati paginya
Dengan secawan kopi pahit dan roti sandwich pembuka selera
Setia menunggu kekasihnya di katil tua
Kasihnya bukan kepalang
Tiada tolok bandingnya
Itu suaminya....lelaki tampan...

Perjalanan hidupnya bersama lelaki itu
Penuh ranjau penuh cabaran
Namun dilalui penuh kemanisan
Bisik hatinya asal sama-sama sanggup berjuang
Susah senang seiring berjalan

Cinta hanya dirinya
Lahir dari hati yang tulus murni
Kurniaan Maha Pencipta
Syukur teramat baginya
Hatinya berkata aku bahagia
Andai bersama dia

Wanita itu masih setia disisi suaminya
Berbalas senyuman di usia tua
Masih sama ketika mula berumahtangga
Tiada yang kurang walau wajah sudah tidak muda
Inilah kasih selamanya

Suratan Ilahi andai salah seorangnya pergi dahulu
Biarlah dalam dakapan cinta
Biarlah di hadapan mata
Agar bisa ditatap penuh kasih
Hanya dirinya selamanya.

Nursolehah Ahmad

Saturday, July 19, 2014

Al-Fatihah

Bismillahirrahmanirrahim

Sayu hati membaca berita berkaitan tragedi MH17 yang berlaku dalam suasana yang tidak dapat kita gambarkan.Ia berlalu begitu pantas dan kita melihatnya dengan hati dan aqal yang masih keliru.Adakah hanya mimpi? Tidak,semuanya berlaku dengan izin Allah.

Al-Fatihah........

Benarlah ayat-ayat Allah dalam Al-Qur'an,surah Ar-Rahman;26-27; yang bermaksud "Semua yang ada di bumi tidak akan abadi.Yang abadi hanyalah wajah Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan).

Rindunya kepada mereka yang telah dahulu pergi menemui Ilahi.Semoga mereka aman di sana.
Semoga ia menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita semua untuk menjadi lebih baik,lebih amalan dan bersyukur dengan apa yang ada.
Moga Allah sentiasa merahmati kita semua.ameen.

Al-Fatihah juga kita sedekahkan untuk semua umat Islam yang telah meninggal dunia.

(Teringat kenangan bersama arwah Aisyah Bakri dan adik Shila.Moga ada rezeki untuk berjumpa kelak di akhirat.Ameen)

Sunday, June 29, 2014

Tiada Tajuk....

Salam Ramadhan semua...
Assalamua'laikum,

Andai kita berada dalam kesenangan,adakah kita mampu mengingati insan yang dalam kesusahan?
Dan andai kita berada dalam kesusahan,adakah kita mampu mengingati insan yang lebih susah berbanding kita?
:"(

Saya secara jujurnya terpukul dengan "renungan ramadhan(gambar) ini.Tatkala pening menyusun jadual menu masakan bersama rakan-rakan serumah,rupanya masih ada yang tiada makanan untuk diisi di dalam perut.Insaf !!

Semoga Ramadhan kali ini lebih membawa erti kepada kita semua.Mendoakan saudara seIslam di serata dunia sentiasa.
Salam Ramadhan.maaf andai saya pernah menyakitkan hati sesiapa dengan tulisan saya di blog ini.Semoga kita sentiasa dalam kasih sayang Allah.ameeen. :")

Friday, May 23, 2014

Hanya aku dan kamu.

"Wanita Hiasan Dunia,Seindah Hiasan Adalah wanita Solehah"

Subhanallah.indahnya andai kita mampu menjadi seindah hiasan yang disebutkan.Namun,perjuangan masih panjang.Banyak yang perlu dilalui untuk merasai indahnya menjadi solehah.
********************************************************************************
Bismillahirrahmanirrahim.......

Warkah yang tidak seberapa ini kutulis
Buat diriku terutamanya dan mereka yang membaca
Agar sentiasa berusaha menjadi wanita yang baik untuk agama
Agar sentiasa membawa kegembiraan kepada ibu bapa
Agar sentiasa mengembleng tenaga untuk manfaat semua
Yang teristimewa....menjadi suri hati peneman setia suami tercinta
Paling utama kepada Allah Yang Maha Esa

Wanita kini pelbagai rupa
Semuanya indah dan cantik belaka
Namun adakah semua berasa teruja
Mengenakan hijab dan bertudung tatkala melangkah keluar melihat dunia?
Sayangnya andai tidak berasa
Kerana menutup aurat kewajiban kita
Bukan kepala semata
Namun seluruh anggota.

Wahai wanita seluruh dunia
Andainya iman kukuh di dada
Mengapa laman sosial diluahkan segala?
Menangisi kelemahan dan menunjukkan keimanan
Agar ditatapi coretan semua manusia
Biar ternampak baiknya rupa,indahnya bahasa
Sedangkan ia lakonan semata
Insaflah kerana penyesalanmu utama pada pandangan Allah semata.

Wanita yang dikasihi,
Bukan kita,bukan mereka yang menilai semuanya
Hanya Allah punya hak keseluruhannya
Mengapa serang-menyerang membalas kata
Sudah lupakah kita terhadap dosa?

Wanita yang bersih hatinya
Janganlah selalu mengadu domba
Menjatuhkan bahagia sesama saudara
Mendoakan kebaikan itu lebih mulia
Kerana akan dibalas yang sama
Kebaikan untukmu jua.

Warkah ini ku karang
Kerana tidak mampu meluah kata
Betapa sedih melihat dunia
Tatkala ada wanita yang sedemikian rupa
Adakah cemburu,busuk hati menjadi punca
Sedar dan bertaubatlah seikhlas jiwa
Kerana kita tidak lama di dunia
Ke akhirat kita pergi jua.

Nurhidayah Ariffin
12:41 am/ 23.05.14



Saturday, March 22, 2014

Tinta Cinta

Tinta Cinta.

Semalam masih dalam ingatan
Betapa sukar  cinta digarap dalam dakapan
Puas jatuh,puas menyapu tangis
Akhirnya ia hadir menyapa manis

Betapa kuat harus bertahan
Serangan penjuru kiri dan kanan
Ujian Allah menguji iman
Hanya doa dan tawakal menjadi siulan

Andai jodoh sudah tertulis
Tiada siapa mampu menghalang
Perancangan Allah menyatukan dua hati
Akhirnya bersatu dalam lafaz sakinah

Tuhan Maha Penyatu Hati
Berilah keberkatan dan kekuatan kepada kami
Apa jua kami lakukan di muka bumi
Moga semuanya Engkau redhai

Kepada insan yang masih mencari
Percayalah cinta itu sentiasa menanti
Kepada insan yang telah berpunya
Setialah sepenuh hati
Moga semuanya dalam redha Ilahi.
Ameen....










Tuesday, February 4, 2014

Solehah dan Muhasabah


Assalamua’laikum semua!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Emmm,lama saya tidak menulis di blog.Bukan kerana lupa..tetapi tidak berkesempatan.Hehe,itulah alasan biasa manusiakan?Saya rindu untuk menulis dan berkongsi cerita dengan semua yang sudi membaca…

Pada permulaan bulan Febuari ini mungkin elok untuk saya kongsikan apa yang saya rasa dan lihat tentang apa yang berlaku di sekeliling saya.Taraf hidup yang semakin berubah…..wang menjadi keutamaan dan pencarian di dunia ini.Bak kata orang,’no money, no talk”. Namun jangan lupa,bukan semuanya bermula dengan wang dan kebendaan..:) contohnya sifat kasih sayang,belas kasihan dan perhatian…dan yang paling penting keimanan kita kepada Maha Pencipta.

Semakin meningkat usia,semakin pendek umur kita.Apa yang hendak kita bawa ke akhirat kalau usia tidak berkadar terus dengan amal…..halal haram dilanggar tanpa segan….manusia yang semakin kronik dengan trend dan gaya masa kini yang tidak bertepatan dengan syariat agama.Kadangkala kita turut terikut-ikut lantaran ramainya golongan majoriti yang melakukannya. Apa yang perlu dibuat?Teguran?Tazkirah?Doa?menangis atau menjauhkan diri daripada bahayanya dugaan akhir zaman.

Teringat satu ungkapan hadis riwayat Bukhari yang bermaksud,

Orang mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar atas kejahatan mereka adalah lebih baik daripada tidak bergaul dengan orang ramai dan tidak pula bersabar di atas kejahatan mereka.”

Mudah-mudahan kita sentiasa digolongkan oleh Allah bersama golongan yang sentiasa ingin bertaubat. Ustaz pernah cakap……Bukan sedikit dosa kita di dunia ini….malu kalau kita dipertontonkan semula segala kelakuan buruk kita kelak. Hanya dengan adanya rahmat Allah,kasih sayang Allah…kita selamat.Selalulah nuhasabah diri dan buat solat taubat.Kita hidup di dunia ni tak lama.Ingat kehidupan yang kekal kelak.Sebab itu kita kena beringat semasa di dunia. Alam persinggahan…..hanya sementara.Mengapa kita payah dan risau untuk tinggalkan dunia ini?Sebab tempat persinggahan kita ini…cantik,indah,nikmat untuk kita rasa.Kita takut untuk tinggalkannya..sedangkan ia tidak lama.”


~Salam muhasabah dan peringatan buat Nursolehah dan semua.~

Monday, October 21, 2013

Sembang santai 2

"Okey, siapa yang nak offer diri jadi imam solat zuhur?"

Semuanya diam membisu.
sambil bertolak-tolakan,beberapa nama popular dikutip untuk dijadikan sasaran menjadi imam.

"Bagi dia....dia pakai tudung labuh!"
"Aik,apasal pla saya?"
"Yela,kau kan pakai tudung labuh....pandai jadi imam.,bacaan kau sedap.Kau jelah."

Setuju....!!!!!!! Semua setuju sebulat suara.

Gadis yang bertudung labuh terdiam tanpa kata.Namun dituruti jua keputusan syura spontan itu.Hatinya berkata-kata,alangkah cantiknya jika ramai yang ingin belajar dan mencuba.Aku juga bukan selayak yang disangka.Mudah-mudahan esok lusa ada yang berani tampil.insyaAllah.

"Bismillahirrahmanirrahim......Allahuakbar"
(solat berjemaah bermula).

*******************************************************************************
"Assalamua'laikum" maksudnya "salam sejahtera ke atas kamu"
"waa'laikummussalam" maksudnya "salam sejahtera ke atas kamu juga"

Cantiknya Islam mengajar kita agar sentiasa mendoakan kesejahteraan saudara seIslam kita.Dalam tidak sedar mungkin banyak lagi titipan doa dan kata-kata mesra dan baik kita lontarkan dengan sengaja agar kita masing-masing merasai nikmatnya bahagia.

Teringat lirik lagu Tegar - "aku yang dulu bukanlah yang sekarang"...
Mengimbau kembali kisah dahulu,sudah pasti banyak perubahan yang berlaku.Semoga sentiasa menjadi insan yang semakin memperbaiki diri dan berubah ke arah kebaikan.Kita hidup di dunia ini tidak lama,alangkah ruginya andai kita tidak berusaha menjadi insan yang baik dan sentiasa berasa cukup dengan rezeki Allah.Bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan.Andai melihat insan di atas,jangan merasa rendah diri.....andai  melihat insan yang berada di bawah,jangan sombong dan takbur diri.Hidup adalah medan ujian yang sentiasa berselang seli kisah sedih dan gembira.Tahniah dan bertuahlah jika kita tergolong dalam insan yang sentiasa bersyukur,mencari Al-Qur'an untuk menenangkan diri dan mengadu seutamanya hanya kepada Allah.

Nasihat daripada warga emas jangan dipandang enteng..mereka belajar daripada pengalaman hidup.
Pesanan daripada muda belia jangan ditolak mentah-mentah hanya kerana mereka terlalu muda dan seangkatan umur kita.
Jadilah insan yang fleksibel dan bijak berfikir! ^_^

_nursolehah ahmad_


Sunday, October 6, 2013

Sembang Santai

Assalamua'laikum...!!!!!!!!!!!!

Selamat petang kawan-kawan!
Dashyat juga lama tak buka blog sendiri.......atau dah semakin malas nak online?Emmmmm.......apapun,ini semua alasan jer....padahal kalau hendak 1000 usaha boleh kita lakukan,betul tak?

OK,hari ni saya nak kongsi sikit tentang LELAKI dan PEREMPUAN. Dulu ada seorang kawan yang request minta saya menulis pandangan saya tentang beberapa isu tentang lelaki dan perempuan.InsyaAllah,moga yang memintanya dapat membacanya (selain mencari rujukan yang lain juga: Paling best cari dalil dalam Al-Qur'an dan kitab-kitab tafsir selain buku motavasi (Man from mars,woman from venus...etc)).

Hehe....pernah dengar tak beberapa dialog seperti ini:-

"Tak aci! Lelaki boleh.Perempuan tak boleh,"rungut si manis yang tidak dibenarkan pergi  mendaki gunung dan bermalam di hutan.
********************************************************************************

"Mana adil,orang perempuan senang-senang je duk rumah,"rungut .
seorang  lelaki yang diajak ayahnya ke masjid.
********************************************************************************

"La....apa masalahnya.Nak balik kampungpun kena berteman juga ker?3 jam je kot! "

 (merujuk kepada hukum wanita bermusafir tanpa mahram)  http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/wanita-musafir-tanpa-mahram-untuk-tujuan-ziarah  (Akan dikupas pada post akan datang!^_^V)

Kita sama,kita juga berbeza.

Lelaki dan perempuan ada yang sama dan berbeza.Bukan sama atau berbeza secara mutlak(fizikal).Antara aspek yang sama adalah dari segi nilai kemanusian.Kedua-duanya perlu dilayan sebagai seorang manusia.Bukan dipandang seperti syaitan yang hanya ada keburukan atau malaikat yang sempurna tiada dosa.

Aspek tanggungjawab keduanya terhadap dosa dan pahala "sendirian berhad".Kedua-duanya akan pulang menemui Allah dan disoal amalan masing-masing.

Antara aspek perbezaan pula dari segi tuntutan peranan.Allah telah membahagikan setiap lelaki dan wanita itu peranan yang tersendiri.Contohnya tuntutan dalam aurat....aurat wanita perlu merangkumi keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan,aurat lelaki lebih ringan.....tetapi dalam tuntutan peranan tanggungjawab..lelaki perlu ke hadapan dalam menjadi ketua keluarga,mendidik anak isteri,mencari nafkah...dan sebagainya.Sememangnya Allah jadikan untuk saling lengkap melengkapi antara 1=lain. :) (solusi)

Teringat pula kata-kata daripada seorang sahabat..:) " Perempuan ada kelebihannya.Islam nak jaga wanita..sebabtu banyak benda wanita tak boleh sama dengan lelaki.Bukan sebab fizikal atau apa-apa,tetapi sebab syariat.Wanita ada mahkota yang amat bernilai untuk dijaga.Jaga maruah diri, maruah ibu bapa, maruah keluarga, maruah agama..InsyaAllah,malaikat dan seluruh isi bumi dan langit akan merahmati wanita yang menjaga dirinya".

~Jumpa lagi,wassalam~
Nursolehah Ahmad,Kuala Kangsar,Perak








Betapaku berharap..

Indah nian petang ini
Angin bertiup menyejukkan diri ini
Wajah yang sayu
Masih belum reda
Betapaku berharap........
Luka kian hilang....

Masih tiadakah belas ihsan
Dari hatimu wahai teman
Memahami luka yang dalam
Betapaku berharap
Luka kian hilang....

Jatuh bangun kita bersama
Dulu kau hadir menemaniku...
Apakah sudah tiada kasih..
Dalam kenangan kita bersama..
Betapaku berharap...
Luka kian hilang....

~Moga bahagia selalu-sahabatku~






Thursday, August 22, 2013

Nota 1 : Rezeki dan Keberkatan

Assalamua'laikum...

Salam pertemuan buat sahabat maya sekalian. Pertamanya marilah kita bersama-sama mendoakan diri kita dan semua saudara seIslam kita agar sentiasa teguh kepada ajaran Islam yang sebenarnya....mengerjakan solat lima waktu sehari semalam,rajin mengerjakan amalan sunat....sentiasa diberi peringatan dan panduan daripada Allah untuk sentiasa memperbaiki diri dan pulang ke jalan Allah. Manusia di akhir zaman penuh pancaroba. Dugaan harta kekayaan, wanita-wanita si penggoda apatah lagi yang tidak menutup aurat, mulut-mulut berbisa manusia yang sibuk merendahkan martabat manusia yang lain tatkala lupa untuk muhasabah pada diri sendiri, manusia berjiwa binatang di sana sini menindas tanpa rasa belas.Dunia akhir zaman yang penuh dugaan.Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t.InsyaAllah.ameen.

Rezeki.
Tatkala membaca sebuah buku berkaitan rezeki,hati saya terdetik..sejauh mana tahap bersyukurnya saya terhadap setiap rezeki yang saya peroleh.Tidak terhitung nilainya di sisi saya sebagai manusia yang lemah lagi hina.
Rezeki bukan perkara main-main apatah lagi ia melibatkan pendapatan/mata pencarian berbentuk wang ringgit bagi kita yang telah bekerja.
Berikut beberapa gambar rajah yang telah menarik minat saya untuk dikongsikan bersama di blog ini.Jom baca dan ambil pengajaran.






Amalan Menambah Rezeki.



Tanda-tanda rezeki yang berkat.




Jaminan Rezeki Oleh Allah s.w.t.



Doa Permulaan Rezeki.


*******************************************************************************
Sahabat-sahabat, Allah mendatangkan rezeki dalam pelbagai bentuk. Berada di dalam rahim seorang wanita Islam yang kita panggil sebagai ibu/mama/mak juga adalah rezeki yang tidak ternilai.Kasih sayang Allah melangkaui segalanya.Teringat ayat-ayat di dalam Surah Ar-Rahman "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" Maka sentiasalah bersyukur dengan rezeki yang ada.Berusahalah untuk mencari keberkatan dalam rezeki itu.
Cintailah dunia sekadar sahaja,kerana akhirat adalah alam yang kekal abadi.
Wallahua'lam.

Wednesday, August 21, 2013

RODA KEHIDUPAN


Assalamua'laikum semua!!!!
Maaf lama tidak bertegur sapa di dunia blog ini.Lama benar tidak menegur apatah lagi menziarahi blog-blog sahabat.Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Salam Aidilfitri.Semoga semuanya berada dalam keadaan yang gembira dan sentiasa bersyukur...tidak kira di manapun tahap kita kini.Umpama roda,kehidupan pasti tidak lari daripada menjalani masa sukar apatah lagi masa gembira. 

Sahabat-sahabat, 

Berapa orang dari kita yang pernah memikirkan sungguh-sungguh erti kehidupan ini? Meskipun kita menjalani hidup kita masing-masing, banyak dari kita yang mempertanyakan apakah erti kehidupan ini.Bahkan ada yang terdetik di hati...mengapa aku begini,mengapa mereka begitu.....adakah kita benar-benar menghargai dan memahami kehidupan kita saat ini,bagaimana kita menjalaninya, adakah kita tidak boleh merubahnya sesuai dengan keinginan kita. Terdapat pandangan-pandangan kehidupan yang berbeza dimana orang-orang akan melihat kehidupan berdasarkan pendidikan, pemahaman, dan pengalaman peribadi mereka. 
Apa yang pasti,semua yang berlaku adalah ketentuan Allah...Allah Maha Tahu akan keperluan hamba-Nya dan tidak akan membebani,menguji kecuali ia sesuai dengan kemampuan hamba-Nya. Jadi sentiasa bersangka baik dan yakin kepada Allah...pemilik segala kehidupan. :)

Roda Kehidupan,

Roda kehidupan akan sentiasa berputar Tatkala berada di atas,janganlah terlalu bongkak dan sombong......tatkala berada di bawah,janganlah terlalu kecewa dan bersedih,andai berada di pertengahan....jangan pula keliru dalam membuat keputusan.Mengadulah hanya kepada Allah andai hati terlalu sakit untuk disembuhkan.Bersihkan hati dan sembuhkanlah ia dengan ingatan terhadap hari akhirat.Hanya kepada Allah tempat kembali.Wallahualam.

Peringatan untukku,Peringatan untukmu