Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Friday, May 23, 2014

Hanya aku dan kamu.

"Wanita Hiasan Dunia,Seindah Hiasan Adalah wanita Solehah"

Subhanallah.indahnya andai kita mampu menjadi seindah hiasan yang disebutkan.Namun,perjuangan masih panjang.Banyak yang perlu dilalui untuk merasai indahnya menjadi solehah.
********************************************************************************
Bismillahirrahmanirrahim.......

Warkah yang tidak seberapa ini kutulis
Buat diriku terutamanya dan mereka yang membaca
Agar sentiasa berusaha menjadi wanita yang baik untuk agama
Agar sentiasa membawa kegembiraan kepada ibu bapa
Agar sentiasa mengembleng tenaga untuk manfaat semua
Yang teristimewa....menjadi suri hati peneman setia suami tercinta
Paling utama kepada Allah Yang Maha Esa

Wanita kini pelbagai rupa
Semuanya indah dan cantik belaka
Namun adakah semua berasa teruja
Mengenakan hijab dan bertudung tatkala melangkah keluar melihat dunia?
Sayangnya andai tidak berasa
Kerana menutup aurat kewajiban kita
Bukan kepala semata
Namun seluruh anggota.

Wahai wanita seluruh dunia
Andainya iman kukuh di dada
Mengapa laman sosial diluahkan segala?
Menangisi kelemahan dan menunjukkan keimanan
Agar ditatapi coretan semua manusia
Biar ternampak baiknya rupa,indahnya bahasa
Sedangkan ia lakonan semata
Insaflah kerana penyesalanmu utama pada pandangan Allah semata.

Wanita yang dikasihi,
Bukan kita,bukan mereka yang menilai semuanya
Hanya Allah punya hak keseluruhannya
Mengapa serang-menyerang membalas kata
Sudah lupakah kita terhadap dosa?

Wanita yang bersih hatinya
Janganlah selalu mengadu domba
Menjatuhkan bahagia sesama saudara
Mendoakan kebaikan itu lebih mulia
Kerana akan dibalas yang sama
Kebaikan untukmu jua.

Warkah ini ku karang
Kerana tidak mampu meluah kata
Betapa sedih melihat dunia
Tatkala ada wanita yang sedemikian rupa
Adakah cemburu,busuk hati menjadi punca
Sedar dan bertaubatlah seikhlas jiwa
Kerana kita tidak lama di dunia
Ke akhirat kita pergi jua.

Nurhidayah Ariffin
12:41 am/ 23.05.14



No comments:

Post a Comment