Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Friday, June 17, 2011

Cinta dan Pengorbanan: Keampunan Ibu Bapa

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, masih bernafas di pagi Jumaat ini.

Bertanya kepada diri sendiri... Sudahkah aku menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak kepada mak dan abah? Sayangkah aku pada mereka seperti sayangnya mereka kepadaku?

Sanggupkah aku berkorban seperti mana mereka sanggup berkorban segalanya demiku? Mak dan abah adalah rezeki yang besar buatku. Tidak mampu untuk kubandingkan dengan apapun. Moga selama ini, aku masih menjadi anak mereka yang sentiasa menyayangi mereka dan mengutamakan mereka. Walau diriku sudah bersuami kelak dan juga mempunyai anak-anak, mudah-mudahan, aku masih sentiasa dekat di hati mereka... Sayang selalu mereka... :-)

************************************************************************************
Membelek-belek tafsir Al-Qur'an... Terhenti seketika membaca tafsiran ayat 28, Surah Nuh yang bermaksud:

"Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan; dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!"

Ayat ini merupakan doa yang boleh kita amalkan. Rasulullah s.a.w. pernah menerangkan keutamaan mendoakan keampunan kepada ibu bapa:

"Sesungguhnya Allah s.w.t. menaikkan darjat seorang lelaki soleh di syurga, lalu dia bertanya. "Wahai Tuhan! Kenapakah saya mendapat kelebihan ini?" Dijawab, "Disebabkan permohonan ampun anak kamu kepada kamu."" (Musnad Ahmad, no: 10610 dengan sanad hasan)
(dara.com; edisi Julai 09)

*************************************************************************************
Banyak perkara, peristiwa dihidangkan kepada kita sebagai ibrah untuk kita ambil. Begitu jua perihalnya tentang ibu bapa. Kita mendengar, melihat.... Ada kes anak derhaka, ada anak yang sentiasa taat dan membahagiakan ibu bapa... Saya selalu berbincang dengan sahabat baik saya berkaitan banyak hal termasuk juga tentang ibu bapa. Ibu bapa perlu diutamakan walau adakalanya pendapat kita berbeza dengan mereka... Adakalanya kemahuan kita tidak dipertimbangkan tanpa alasan yang rasional untuk kita terima.. Ibu bapa ada pendapat dan sebab mereka yang tersendiri. Mungkin dari kaca mata kita, kita sudah dewasa, namun bagi mereka, kita masih anak kecil yang belum diserahkan pada pemegang amanah yang seterusnya. Ada ibu bapa yang menyokong, ada ibu bapa yang kaki perintah. Hakikatnya, kita perlu sentiasa bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah ini. Lahir ke dunia, kita mampu untuk memanggil "mok, mak, ibu, ummi... Ayah, abah, papa...". Insan2x yang berkorban jiwa raga demi kita.

Surah ar-Rahman... Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
(Bagi yang selalu berselisih pendapat dengan ibu bapa, cuba tenangkan situasi dan bawa berbincang baik-baik. InsyaAllah, ibu bapa akan usaha untuk mendengarnya).Wassalam.

************************************************************************************
Ibu bapa teman setia
Bersama-sama membesarkan kita
Banyak berkorban jiwa,raga dan harta
Moga bersama di dunia....dan di akhirat sana jua.

-Nursolehah Ahmad-

No comments:

Post a Comment