"Wanita Hiasan Dunia,Seindah Hiasan Adalah wanita Solehah"
Subhanallah.indahnya andai kita mampu menjadi seindah hiasan yang disebutkan.Namun,perjuangan masih panjang.Banyak yang perlu dilalui untuk merasai indahnya menjadi solehah.
********************************************************************************
Bismillahirrahmanirrahim.......
Warkah yang tidak seberapa ini kutulis
Buat diriku terutamanya dan mereka yang membaca
Agar sentiasa berusaha menjadi wanita yang baik untuk agama
Agar sentiasa membawa kegembiraan kepada ibu bapa
Agar sentiasa mengembleng tenaga untuk manfaat semua
Yang teristimewa....menjadi suri hati peneman setia suami tercinta
Paling utama kepada Allah Yang Maha Esa
Wanita kini pelbagai rupa
Semuanya indah dan cantik belaka
Namun adakah semua berasa teruja
Mengenakan hijab dan bertudung tatkala melangkah keluar melihat dunia?
Sayangnya andai tidak berasa
Kerana menutup aurat kewajiban kita
Bukan kepala semata
Namun seluruh anggota.
Wahai wanita seluruh dunia
Andainya iman kukuh di dada
Mengapa laman sosial diluahkan segala?
Menangisi kelemahan dan menunjukkan keimanan
Agar ditatapi coretan semua manusia
Biar ternampak baiknya rupa,indahnya bahasa
Sedangkan ia lakonan semata
Insaflah kerana penyesalanmu utama pada pandangan Allah semata.
Wanita yang dikasihi,
Bukan kita,bukan mereka yang menilai semuanya
Hanya Allah punya hak keseluruhannya
Mengapa serang-menyerang membalas kata
Sudah lupakah kita terhadap dosa?
Wanita yang bersih hatinya
Janganlah selalu mengadu domba
Menjatuhkan bahagia sesama saudara
Mendoakan kebaikan itu lebih mulia
Kerana akan dibalas yang sama
Kebaikan untukmu jua.
Warkah ini ku karang
Kerana tidak mampu meluah kata
Betapa sedih melihat dunia
Tatkala ada wanita yang sedemikian rupa
Adakah cemburu,busuk hati menjadi punca
Sedar dan bertaubatlah seikhlas jiwa
Kerana kita tidak lama di dunia
Ke akhirat kita pergi jua.
Nurhidayah Ariffin
12:41 am/ 23.05.14
Barangsiapa yang JERNIH HATINYA akan diperbaiki ALLAH pula yang nyata di wajahnya - Saidina Umar al-Khattab.
Damba Cinta Ilahi
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Friday, May 23, 2014
Saturday, March 22, 2014
Tinta Cinta
Tinta Cinta.
Semalam masih dalam ingatan
Betapa sukar cinta digarap dalam dakapan
Puas jatuh,puas menyapu tangis
Akhirnya ia hadir menyapa manis
Betapa kuat harus bertahan
Serangan penjuru kiri dan kanan
Ujian Allah menguji iman
Hanya doa dan tawakal menjadi siulan
Andai jodoh sudah tertulis
Tiada siapa mampu menghalang
Perancangan Allah menyatukan dua hati
Akhirnya bersatu dalam lafaz sakinah
Tuhan Maha Penyatu Hati
Berilah keberkatan dan kekuatan kepada kami
Apa jua kami lakukan di muka bumi
Moga semuanya Engkau redhai
Kepada insan yang masih mencari
Percayalah cinta itu sentiasa menanti
Kepada insan yang telah berpunya
Setialah sepenuh hati
Moga semuanya dalam redha Ilahi.
Ameen....
Tuesday, February 4, 2014
Solehah dan Muhasabah
Assalamua’laikum
semua!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Emmm,lama
saya tidak menulis di blog.Bukan kerana lupa..tetapi tidak berkesempatan.Hehe,itulah
alasan biasa manusiakan?Saya rindu untuk menulis dan berkongsi cerita dengan
semua yang sudi membaca…
Pada
permulaan bulan Febuari ini mungkin elok untuk saya kongsikan apa yang saya
rasa dan lihat tentang apa yang berlaku di sekeliling saya.Taraf hidup yang
semakin berubah…..wang menjadi keutamaan dan pencarian di dunia ini.Bak kata
orang,’no money, no talk”. Namun jangan lupa,bukan semuanya bermula dengan wang
dan kebendaan..:) contohnya sifat kasih sayang,belas kasihan dan perhatian…dan
yang paling penting keimanan kita kepada Maha Pencipta.
Semakin
meningkat usia,semakin pendek umur kita.Apa yang hendak kita bawa ke akhirat
kalau usia tidak berkadar terus dengan amal…..halal haram dilanggar tanpa segan….manusia
yang semakin kronik dengan trend dan gaya masa kini yang tidak bertepatan
dengan syariat agama.Kadangkala kita turut terikut-ikut lantaran ramainya
golongan majoriti yang melakukannya. Apa yang perlu
dibuat?Teguran?Tazkirah?Doa?menangis atau menjauhkan diri daripada bahayanya
dugaan akhir zaman.
Teringat
satu ungkapan hadis riwayat Bukhari yang bermaksud,
“
Orang mukmin yang bergaul dengan orang
ramai dan bersabar atas kejahatan mereka adalah lebih baik daripada tidak
bergaul dengan orang ramai dan tidak pula bersabar di atas kejahatan mereka.”
Mudah-mudahan
kita sentiasa digolongkan oleh Allah bersama golongan yang sentiasa ingin
bertaubat. Ustaz pernah cakap……”Bukan
sedikit dosa kita di dunia ini….malu kalau kita dipertontonkan semula segala
kelakuan buruk kita kelak. Hanya dengan adanya rahmat Allah,kasih sayang Allah…kita
selamat.Selalulah nuhasabah diri dan buat solat taubat.Kita hidup di dunia ni
tak lama.Ingat kehidupan yang kekal kelak.Sebab itu kita kena beringat semasa
di dunia. Alam persinggahan…..hanya sementara.Mengapa kita payah dan risau
untuk tinggalkan dunia ini?Sebab tempat persinggahan kita ini…cantik,indah,nikmat
untuk kita rasa.Kita takut untuk tinggalkannya..sedangkan ia tidak lama.”
~Salam
muhasabah dan peringatan buat Nursolehah dan semua.~
Wednesday, January 22, 2014
Monday, October 21, 2013
Sembang santai 2
"Okey, siapa yang nak offer diri jadi imam solat zuhur?"
Semuanya diam membisu.
sambil bertolak-tolakan,beberapa nama popular dikutip untuk dijadikan sasaran menjadi imam.
"Bagi dia....dia pakai tudung labuh!"
"Aik,apasal pla saya?"
"Yela,kau kan pakai tudung labuh....pandai jadi imam.,bacaan kau sedap.Kau jelah."
Setuju....!!!!!!! Semua setuju sebulat suara.
Gadis yang bertudung labuh terdiam tanpa kata.Namun dituruti jua keputusan syura spontan itu.Hatinya berkata-kata,alangkah cantiknya jika ramai yang ingin belajar dan mencuba.Aku juga bukan selayak yang disangka.Mudah-mudahan esok lusa ada yang berani tampil.insyaAllah.
"Bismillahirrahmanirrahim......Allahuakbar"
(solat berjemaah bermula).
*******************************************************************************
"Assalamua'laikum" maksudnya "salam sejahtera ke atas kamu"
"waa'laikummussalam" maksudnya "salam sejahtera ke atas kamu juga"
Cantiknya Islam mengajar kita agar sentiasa mendoakan kesejahteraan saudara seIslam kita.Dalam tidak sedar mungkin banyak lagi titipan doa dan kata-kata mesra dan baik kita lontarkan dengan sengaja agar kita masing-masing merasai nikmatnya bahagia.
Teringat lirik lagu Tegar - "aku yang dulu bukanlah yang sekarang"...
Mengimbau kembali kisah dahulu,sudah pasti banyak perubahan yang berlaku.Semoga sentiasa menjadi insan yang semakin memperbaiki diri dan berubah ke arah kebaikan.Kita hidup di dunia ini tidak lama,alangkah ruginya andai kita tidak berusaha menjadi insan yang baik dan sentiasa berasa cukup dengan rezeki Allah.Bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan.Andai melihat insan di atas,jangan merasa rendah diri.....andai melihat insan yang berada di bawah,jangan sombong dan takbur diri.Hidup adalah medan ujian yang sentiasa berselang seli kisah sedih dan gembira.Tahniah dan bertuahlah jika kita tergolong dalam insan yang sentiasa bersyukur,mencari Al-Qur'an untuk menenangkan diri dan mengadu seutamanya hanya kepada Allah.
Nasihat daripada warga emas jangan dipandang enteng..mereka belajar daripada pengalaman hidup.
Pesanan daripada muda belia jangan ditolak mentah-mentah hanya kerana mereka terlalu muda dan seangkatan umur kita.
Jadilah insan yang fleksibel dan bijak berfikir! ^_^
_nursolehah ahmad_
Semuanya diam membisu.
sambil bertolak-tolakan,beberapa nama popular dikutip untuk dijadikan sasaran menjadi imam.
"Bagi dia....dia pakai tudung labuh!"
"Aik,apasal pla saya?"
"Yela,kau kan pakai tudung labuh....pandai jadi imam.,bacaan kau sedap.Kau jelah."
Setuju....!!!!!!! Semua setuju sebulat suara.
Gadis yang bertudung labuh terdiam tanpa kata.Namun dituruti jua keputusan syura spontan itu.Hatinya berkata-kata,alangkah cantiknya jika ramai yang ingin belajar dan mencuba.Aku juga bukan selayak yang disangka.Mudah-mudahan esok lusa ada yang berani tampil.insyaAllah.
"Bismillahirrahmanirrahim......Allahuakbar"
(solat berjemaah bermula).
*******************************************************************************
"Assalamua'laikum" maksudnya "salam sejahtera ke atas kamu"
"waa'laikummussalam" maksudnya "salam sejahtera ke atas kamu juga"
Cantiknya Islam mengajar kita agar sentiasa mendoakan kesejahteraan saudara seIslam kita.Dalam tidak sedar mungkin banyak lagi titipan doa dan kata-kata mesra dan baik kita lontarkan dengan sengaja agar kita masing-masing merasai nikmatnya bahagia.
Teringat lirik lagu Tegar - "aku yang dulu bukanlah yang sekarang"...
Mengimbau kembali kisah dahulu,sudah pasti banyak perubahan yang berlaku.Semoga sentiasa menjadi insan yang semakin memperbaiki diri dan berubah ke arah kebaikan.Kita hidup di dunia ini tidak lama,alangkah ruginya andai kita tidak berusaha menjadi insan yang baik dan sentiasa berasa cukup dengan rezeki Allah.Bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan.Andai melihat insan di atas,jangan merasa rendah diri.....andai melihat insan yang berada di bawah,jangan sombong dan takbur diri.Hidup adalah medan ujian yang sentiasa berselang seli kisah sedih dan gembira.Tahniah dan bertuahlah jika kita tergolong dalam insan yang sentiasa bersyukur,mencari Al-Qur'an untuk menenangkan diri dan mengadu seutamanya hanya kepada Allah.
Nasihat daripada warga emas jangan dipandang enteng..mereka belajar daripada pengalaman hidup.
Pesanan daripada muda belia jangan ditolak mentah-mentah hanya kerana mereka terlalu muda dan seangkatan umur kita.
Jadilah insan yang fleksibel dan bijak berfikir! ^_^
_nursolehah ahmad_
Sunday, October 20, 2013
Sunday, October 6, 2013
Sembang Santai
Assalamua'laikum...!!!!!!!!!!!!
Selamat petang kawan-kawan!
Dashyat juga lama tak buka blog sendiri.......atau dah semakin malas nak online?Emmmmm.......apapun,ini semua alasan jer....padahal kalau hendak 1000 usaha boleh kita lakukan,betul tak?
Hehe....pernah dengar tak beberapa dialog seperti ini:-
"Tak aci! Lelaki boleh.Perempuan tak boleh,"rungut si manis yang tidak dibenarkan pergi mendaki gunung dan bermalam di hutan.
********************************************************************************
"Mana adil,orang perempuan senang-senang je duk rumah,"rungut .
seorang lelaki yang diajak ayahnya ke masjid.
********************************************************************************
"La....apa masalahnya.Nak balik kampungpun kena berteman juga ker?3 jam je kot! "
(merujuk kepada hukum wanita bermusafir tanpa mahram) http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/wanita-musafir-tanpa-mahram-untuk-tujuan-ziarah (Akan dikupas pada post akan datang!^_^V)
Kita sama,kita juga berbeza.
Selamat petang kawan-kawan!
Dashyat juga lama tak buka blog sendiri.......atau dah semakin malas nak online?Emmmmm.......apapun,ini semua alasan jer....padahal kalau hendak 1000 usaha boleh kita lakukan,betul tak?
OK,hari ni saya nak kongsi sikit tentang LELAKI dan PEREMPUAN. Dulu ada seorang kawan yang request minta saya menulis pandangan saya tentang beberapa isu tentang lelaki dan perempuan.InsyaAllah,moga yang memintanya dapat membacanya (selain mencari rujukan yang lain juga: Paling best cari dalil dalam Al-Qur'an dan kitab-kitab tafsir selain buku motavasi (Man from mars,woman from venus...etc)).
"Tak aci! Lelaki boleh.Perempuan tak boleh,"rungut si manis yang tidak dibenarkan pergi mendaki gunung dan bermalam di hutan.
********************************************************************************
"Mana adil,orang perempuan senang-senang je duk rumah,"rungut .
seorang lelaki yang diajak ayahnya ke masjid.
********************************************************************************
"La....apa masalahnya.Nak balik kampungpun kena berteman juga ker?3 jam je kot! "
(merujuk kepada hukum wanita bermusafir tanpa mahram) http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/wanita-musafir-tanpa-mahram-untuk-tujuan-ziarah (Akan dikupas pada post akan datang!^_^V)
Kita sama,kita juga berbeza.
Lelaki dan perempuan ada yang sama dan berbeza.Bukan sama atau berbeza secara mutlak(fizikal).Antara aspek yang sama adalah dari segi nilai kemanusian.Kedua-duanya perlu dilayan sebagai seorang manusia.Bukan dipandang seperti syaitan yang hanya ada keburukan atau malaikat yang sempurna tiada dosa.
Aspek tanggungjawab keduanya terhadap dosa dan pahala "sendirian berhad".Kedua-duanya akan pulang menemui Allah dan disoal amalan masing-masing.
Antara aspek perbezaan pula dari segi tuntutan peranan.Allah telah membahagikan setiap lelaki dan wanita itu peranan yang tersendiri.Contohnya tuntutan dalam aurat....aurat wanita perlu merangkumi keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan,aurat lelaki lebih ringan.....tetapi dalam tuntutan peranan tanggungjawab..lelaki perlu ke hadapan dalam menjadi ketua keluarga,mendidik anak isteri,mencari nafkah...dan sebagainya.Sememangnya Allah jadikan untuk saling lengkap melengkapi antara 1=lain. :) (solusi)
Teringat pula kata-kata daripada seorang sahabat..:) " Perempuan ada kelebihannya.Islam nak jaga wanita..sebabtu banyak benda wanita tak boleh sama dengan lelaki.Bukan sebab fizikal atau apa-apa,tetapi sebab syariat.Wanita ada mahkota yang amat bernilai untuk dijaga.Jaga maruah diri, maruah ibu bapa, maruah keluarga, maruah agama..InsyaAllah,malaikat dan seluruh isi bumi dan langit akan merahmati wanita yang menjaga dirinya".
~Jumpa lagi,wassalam~
Nursolehah Ahmad,Kuala Kangsar,Perak
Betapaku berharap..
Indah nian petang ini
Angin bertiup menyejukkan diri ini
Wajah yang sayu
Masih belum reda
Betapaku berharap........
Luka kian hilang....
Masih tiadakah belas ihsan
Dari hatimu wahai teman
Memahami luka yang dalam
Betapaku berharap
Luka kian hilang....
Jatuh bangun kita bersama
Dulu kau hadir menemaniku...
Apakah sudah tiada kasih..
Dalam kenangan kita bersama..
Betapaku berharap...
Luka kian hilang....
~Moga bahagia selalu-sahabatku~
Thursday, August 22, 2013
Nota 1 : Rezeki dan Keberkatan
Assalamua'laikum...
Salam pertemuan buat sahabat maya sekalian. Pertamanya marilah kita bersama-sama mendoakan diri kita dan semua saudara seIslam kita agar sentiasa teguh kepada ajaran Islam yang sebenarnya....mengerjakan solat lima waktu sehari semalam,rajin mengerjakan amalan sunat....sentiasa diberi peringatan dan panduan daripada Allah untuk sentiasa memperbaiki diri dan pulang ke jalan Allah. Manusia di akhir zaman penuh pancaroba. Dugaan harta kekayaan, wanita-wanita si penggoda apatah lagi yang tidak menutup aurat, mulut-mulut berbisa manusia yang sibuk merendahkan martabat manusia yang lain tatkala lupa untuk muhasabah pada diri sendiri, manusia berjiwa binatang di sana sini menindas tanpa rasa belas.Dunia akhir zaman yang penuh dugaan.Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t.InsyaAllah.ameen.
Rezeki.
Tatkala membaca sebuah buku berkaitan rezeki,hati saya terdetik..sejauh mana tahap bersyukurnya saya terhadap setiap rezeki yang saya peroleh.Tidak terhitung nilainya di sisi saya sebagai manusia yang lemah lagi hina.
Rezeki bukan perkara main-main apatah lagi ia melibatkan pendapatan/mata pencarian berbentuk wang ringgit bagi kita yang telah bekerja.
Berikut beberapa gambar rajah yang telah menarik minat saya untuk dikongsikan bersama di blog ini.Jom baca dan ambil pengajaran.
Amalan Menambah Rezeki.
Tanda-tanda rezeki yang berkat.
Jaminan Rezeki Oleh Allah s.w.t.
Doa Permulaan Rezeki.
*******************************************************************************
Sahabat-sahabat, Allah mendatangkan rezeki dalam pelbagai bentuk. Berada di dalam rahim seorang wanita Islam yang kita panggil sebagai ibu/mama/mak juga adalah rezeki yang tidak ternilai.Kasih sayang Allah melangkaui segalanya.Teringat ayat-ayat di dalam Surah Ar-Rahman "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" Maka sentiasalah bersyukur dengan rezeki yang ada.Berusahalah untuk mencari keberkatan dalam rezeki itu.
Cintailah dunia sekadar sahaja,kerana akhirat adalah alam yang kekal abadi.
Wallahua'lam.
Wednesday, August 21, 2013
RODA KEHIDUPAN
Assalamua'laikum semua!!!!
Maaf lama tidak bertegur sapa di dunia blog ini.Lama benar tidak menegur apatah lagi menziarahi blog-blog sahabat.Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Salam Aidilfitri.Semoga semuanya berada dalam keadaan yang gembira dan sentiasa bersyukur...tidak kira di manapun tahap kita kini.Umpama roda,kehidupan pasti tidak lari daripada menjalani masa sukar apatah lagi masa gembira.
Sahabat-sahabat,
Berapa orang dari kita yang pernah memikirkan sungguh-sungguh erti
kehidupan ini? Meskipun kita menjalani hidup kita masing-masing, banyak
dari kita yang mempertanyakan apakah erti kehidupan ini.Bahkan ada yang terdetik di hati...mengapa aku begini,mengapa mereka begitu.....adakah kita benar-benar menghargai dan memahami kehidupan kita saat ini,bagaimana kita
menjalaninya, adakah kita tidak boleh merubahnya sesuai dengan keinginan kita.
Terdapat pandangan-pandangan kehidupan yang berbeza dimana orang-orang
akan melihat kehidupan berdasarkan pendidikan, pemahaman, dan pengalaman
peribadi mereka.
Apa yang pasti,semua yang berlaku adalah ketentuan Allah...Allah Maha Tahu akan keperluan hamba-Nya dan tidak akan membebani,menguji kecuali ia sesuai dengan kemampuan hamba-Nya. Jadi sentiasa bersangka baik dan yakin kepada Allah...pemilik segala kehidupan. :)
Roda Kehidupan,
Roda kehidupan akan sentiasa berputar Tatkala berada di atas,janganlah terlalu bongkak dan sombong......tatkala berada di bawah,janganlah terlalu kecewa dan bersedih,andai berada di pertengahan....jangan pula keliru dalam membuat keputusan.Mengadulah hanya kepada Allah andai hati terlalu sakit untuk disembuhkan.Bersihkan hati dan sembuhkanlah ia dengan ingatan terhadap hari akhirat.Hanya kepada Allah tempat kembali.Wallahualam.
Peringatan untukku,Peringatan untukmu
Tuesday, July 2, 2013
SEMBANG-sembang Fikir
Assalamua'laikum, sahabat-sahabat maya yang saya ingati.
Semoga sentiasa dalam situasi yang lebih baik daripada sebelumnya.Cabaran mencabar? Hehe..biasalah..namapun kehidupan.Pasti sentiasa dicabar dan diuji.
________________________________________________________________________________
Malam tadi saya melihat cahaya bulan yang terang..cantik bulan itu! Subhanallah,tidak tertanding ciptaan Allah dengan ciptaan daripada manusia.Saya merenungnya sambil berfikir...(ye ker berfikir?mengelamun kot....hehe).Bulan cantik......bintangpun cantik...bunyi cengkerik malam jua merdu....Wah,dah boleh buat lagu ni!! Saya terdiam dan kembali mengingati apa yang telah saya lakukan pada hari ini. Emmm,banyak perkara yang telah diselesaikan.Mudah-mudahan semuanya mendapat kelulusan dan keredhaan Allah s.w.t.Ameen.
**********************************************************************************
Sedang membelek beberapa majalah ilmu,saya tertarik untuk membawa semua berfikir tentang persoalan ini. Ada pepatah Melayu mengatakan "Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan". Apabila kita inginkan sesuatu maka perlulah berusaha ke arahnya tanpa kenal jemu mahupun berputus asa. Jangan ikut kata-kata seperti..."ala..ulat dalam kayu pun boleh hidup"..."kat dunia ni,jangan risaula..ada jer rezeki kita masing2x...". Adakah tanpa usaha rezeki datang menyapa kita? Ikutilah ayat indah ini, "Berbakti/bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun di dunia ini dan beramallah kamu seperti kamu akan meninggal dunia pada esoknya".
Menghitung Hari Detik Demi Detik
Masaku nanti apakan ada....
Jalan cerita....kisah yang panjang...
Menghitung hari......
(Teringat lirik lagu ni.....apapun yang berlaku,kita mesti berani.Anda berani?)
JOM BERANIKAN DIRI !
1) Berani dalam melaksanakan perintah Allah s.w.t.
Kalau kita tak tahu banyak tentang ilmu-ilmu agama,kita kena berani untuk bertanya dan belajar.Kena berani ketika mengamalkan rukun iman dan rukun Islam!
2) Berani melakukan perubahan
Bila rasa diri buat salah,jom u-turn balik ke jalan yang benar. Istighfar dan bertaubat.^_^
3) Berani cakap benar walaupun pahit.
Kadang-kadang kita kena makan ubat yang pahit untuk sembuh (dengan izin Allah)....:) samala juga tentang kata-kata yang pahit tetapi benar akan membuatkan hati orang sembuh daripada penyakit hati...(mula-mula sentapla sekejap,tapi bila fikir-fikir balik......bagusnya ada yang membantu membetulkan apa yang salah!)
4) Berani mengemukakan idea-idea baru.
Ada idea,salurkan pada jalan yang betul!
5) Berani gagal dan berani belajar daripada kesilapan.
^_^ huhu.....ni yang kena berani bertempat nih!
**********************************************************************************
Sekian..jumpa lagi!
Part 2- Hargailah Ayahmu
![]() | |||
| Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ayah ibu...... |
Berbicara tentang kisah hidup seorang lelaki memang sukar bagi saya andai saya tidak cuba bertanya dan bertanya...kenapa perangai lelaki begini dan begitu?Adakalanya mereka lembut hati....adakalanya ego terlalu tinggi......
Banyak yang perlu difahami daripada diri seorang lelaki tambahan pula lelaki yang bakal bergelar pasangan hidup sendiri,bakal bergelar ayah,bakal memikul seribu satu tanggungjawab yang mana semuanya akan dipersoalkan di akhirat kelak.
Tersentuh hati saya tatkala membaca "rahsia ini" di dalam sebuah majalah.Tanda perkongsian bersama untuk kita lebih menghargai insan yang bernama lelaki,khususnya "ayah..abah...abi...walid...atau seumpamanya...", mari kita bersama-sama menghayati "surat cinta untuk hawa" ini.
*********************************************************************************
(Smber : Muslimtenns;bil : 15)
Rahsia ibu....
Anak ibu yang ibu sayang,mungkin ibu lebih kerap menelefonmu menanyakan keadaanmu setiap hari,tetapi tahukah anakku sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu.
Semasa kamu kecil,ibulah yang sering mendukungmu..tetapi tahukah anakku bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah yang selalu menanyakan apa yang kamu lakukan seharian..
Saat kamu sakit/demam,ayah sering membentak, "Sudah dipesan jangan minum ais! " Tetapi tahukah kamu bahawa ayah sangat merisaukan kamu bukan membencimu.
Ketika kamu remaja,kamu meminta izin untuk keluar malam tetapi ayah melarangmu.Sedarkah kamu yang ayah hanya ingin menjaga kita kerana bagi ayah kamu adalah sesuatu yang amat berharga.
Saat kamu sudah boleh dipercayai,ayah membenarkanmu..namun kamu telah melanggar kepercayaannya.Namun ayahlah yang setia menunggu kamu di ruang tamu tanpa jemu.
Setelah kamu dewasa,ayah telah menghantar kamu ke sekolah sehinggalah ke pengajian tinggi. Di saat kamu memerlukan itu ini untuk keperluan belajarmu,ayah hanya mengerutkan dahi.Tanpa menolak,ayah tetap cuba memenuhinya.saat kamu berjaya,ayah adalah orang pertama yang bertepuk tangan untukmu dan tersenyum bangga.
Sampai ketika jodohmu telah datang dan meminta izin mengambilmu daripada ayah,ayah sangat berhati-hati mengizinkannya.Dan akhirnya...saat ayah melihat kamu duduk di atas pelamin bersama pasanganmu,ayah tersenyum bahagia.....
Adakah kamu tahu ayah telah sempat pergi ke belakang dan menangis ketika itu?Ya,ibu pun tidak tahu
Ayah menangis kerana sangat bahagia.Ayahmu berdoa ,"Ya Tuhan,tugasku telah selesai dengan baik.Bahagiakanlah putra putri kecilku bersama pasangannya."
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk.Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kamu.
*********************************************************************************
Banyak yang kita tidak tahu bukan? Kebanyakannya pandangan mata yang menilai,jarang mata hati dihalakan bersama.Pentingnya ayah seperti jua ibu.Peranan besar telah mereka jalankan demi menjaga dan memelihara zuriat yang mereka cintai.Selagi mana adanya kemahuan untuk memahami,maka pasti kita akan dapat bergerak seiring dengan insan yang kita sayangi.Hargailah insan penting dalam hidup sahabat-sahabat terutamanya ibu dan ayah.
wassalam.
13:04 am, 02 julai 2013
Tuesday, June 25, 2013
Part 1- Bila tua sesudah muda dan yang muda semakin tua.
Bismillahirrahmanirrahim....
Riwayat Ahmad
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Tidak termasuk umatku,orang yang tidak hormat orang tua,tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim di antara kami"
Riwayat Ahmad
Subscribe to:
Posts (Atom)




.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)










