Damba Cinta Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Pemilik Hari Pembalasan. Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Kitab al-Qur'an: Surah al-Fatihah)

Monday, October 21, 2013

Sembang santai 2

"Okey, siapa yang nak offer diri jadi imam solat zuhur?"

Semuanya diam membisu.
sambil bertolak-tolakan,beberapa nama popular dikutip untuk dijadikan sasaran menjadi imam.

"Bagi dia....dia pakai tudung labuh!"
"Aik,apasal pla saya?"
"Yela,kau kan pakai tudung labuh....pandai jadi imam.,bacaan kau sedap.Kau jelah."

Setuju....!!!!!!! Semua setuju sebulat suara.

Gadis yang bertudung labuh terdiam tanpa kata.Namun dituruti jua keputusan syura spontan itu.Hatinya berkata-kata,alangkah cantiknya jika ramai yang ingin belajar dan mencuba.Aku juga bukan selayak yang disangka.Mudah-mudahan esok lusa ada yang berani tampil.insyaAllah.

"Bismillahirrahmanirrahim......Allahuakbar"
(solat berjemaah bermula).

*******************************************************************************
"Assalamua'laikum" maksudnya "salam sejahtera ke atas kamu"
"waa'laikummussalam" maksudnya "salam sejahtera ke atas kamu juga"

Cantiknya Islam mengajar kita agar sentiasa mendoakan kesejahteraan saudara seIslam kita.Dalam tidak sedar mungkin banyak lagi titipan doa dan kata-kata mesra dan baik kita lontarkan dengan sengaja agar kita masing-masing merasai nikmatnya bahagia.

Teringat lirik lagu Tegar - "aku yang dulu bukanlah yang sekarang"...
Mengimbau kembali kisah dahulu,sudah pasti banyak perubahan yang berlaku.Semoga sentiasa menjadi insan yang semakin memperbaiki diri dan berubah ke arah kebaikan.Kita hidup di dunia ini tidak lama,alangkah ruginya andai kita tidak berusaha menjadi insan yang baik dan sentiasa berasa cukup dengan rezeki Allah.Bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan.Andai melihat insan di atas,jangan merasa rendah diri.....andai  melihat insan yang berada di bawah,jangan sombong dan takbur diri.Hidup adalah medan ujian yang sentiasa berselang seli kisah sedih dan gembira.Tahniah dan bertuahlah jika kita tergolong dalam insan yang sentiasa bersyukur,mencari Al-Qur'an untuk menenangkan diri dan mengadu seutamanya hanya kepada Allah.

Nasihat daripada warga emas jangan dipandang enteng..mereka belajar daripada pengalaman hidup.
Pesanan daripada muda belia jangan ditolak mentah-mentah hanya kerana mereka terlalu muda dan seangkatan umur kita.
Jadilah insan yang fleksibel dan bijak berfikir! ^_^

_nursolehah ahmad_


No comments:

Post a Comment